8 May 2020

Resipi: Nasi goreng kimchi semudah ABC!

Assalamualaikum!

Salam Ramadan ke-15. Ya Allah, cepatnya masa berlalu, dah 15 hari kita berpuasa. Start dari malam ni kita disunatkan baca doa qunut dalam solat witir tau!

Disebabkan ketiadaan bazaar dan puasa tahun ni kita asik masak jekan, mesti korang takde idea dah sampai nak masak apa kan? Sekali- sekala tukarlah sikit selera, buatla makanan korea pulak. Ini confirm boleh masuk dengan tekak melayu, n kalau masak pun confirm menjadi asalkan kena ada dua bahan wajib, kimchi dan gochujang!


Ni first time tau aku masak nasi goreng kimchi ni. Takut jugak tak jadi tapi sedap lak hahaha! Serious! Ni pun tengok kawan aku post kat ig story. So resipi kredit kat dia ya.

Bahan-bahan

- Bawang merah 1 biji 
- Kimchi 5 sudu
- Gochujang 1 sudu
- sosej/ayam/daging (bahan ikut suka)
- Nasi (bergantung pada portion)

i pakai gochujang dan kimchi brand ni. Boleh cari kat korean mart/jaya grocer. Kimchi brand bibigo pun sedap gila!


Jom masakk!

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah sampai naik bau

- Masukkan bahan seperti sosej/ayam/daging lalu ditumis

- Masukkan kimchi 5 sudu

- Masukkan nasi dan gaul dengan kimchi hingga sebati. Tuang kimchi juice sikit bagi rasa keenakan korea asli (tibehh)

- Masukkan sesudu gochujang dan gaul sehingga sebati lalu seasoned with salt~ and it's done

Dah siap! 5 step je. Easy ke tak easy? Pastu kalau korang nak hias dia kasi nampak umph sikit, taburlah seaweed dan telur separuh masak. Baru nampak macam kat kedai!

Menu ni simple dan sedap, orang bujang sesuaila masak ni. Even mak aku yang jarang makan korean food pun memberikan pengiktirafan okey hahah! Nanti aku akan share lagi resipi lain2. Selamat mencuba!

Thanks for reading!

31 comments:

  1. Suka makan jugak tapi kalau gi makan kimchi dan makanan berunsurkan kimchi takleh makan. Mungkin sb bukan pengemar masam2/jeruk hahah. Tiba rinduu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada org tak suka masam2, tpi bila kimchi ni dah diolah jadi nasi goreng tak rasa pun masam tu, sedap!

      Delete
  2. kita pun ada recipe kimchi fried rice belum post kat blog sebab tengah puasa XD tapi lain sikit la recipe tu dengan mazni buat ni. I used a lot of garlic XD

    Papepun telur goreng tu masyaAllah *o* the egg yolk <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok youtube pun memang diorang letak garlic but saya malas nak letak xD tapi rasa dia still sama macam kat kedai muahaha

      any nasi goreng mwajib kena ada telur separuh mata muehehe

      Delete
  3. Alahai lama betul tak makan kimchi. Selalu makan dkt restoran korea je. Ni boleh lah cuba beli yg dlm botol tu plak.

    ReplyDelete
  4. Memang sonang nak buat nak nasi goreng ini. Nnti boleh terei :)

    ReplyDelete
  5. sebenarnya gochujang dengan kimchi tu rasa macamane? dia sejenis paste ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimchi tu adalah cabbage yg telah dijerukkan. ada rasa masam2 pedas sikit
      gochujang tu paste chili korea
      :D

      Delete
  6. ya Allah, sedapnya tengokk. senang pun senang. thanks for the sharing. :D

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kimchi fried rice! tengah cari kimchi but most dekat online takut sampai lambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau benda2 makanan yg macam kimchi ni memang saya tk berani nak beli online buat masa ni, courier banyak buat hal hahah
      jaya grocer ada kak!

      Delete
  8. Waaaaa sedapnya ㅇㅅㅇ banyak sebenarnya resepi masakan Korea yang perlukan kimchi yang teringin nak buat tapi tak terfikir pulak nak cari kimchi dekat Jaya Grocer hajhsajs

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimchi ni kira wajib bagi orang korea, tak letak dalam masakan, mesti dia buat jadi side dish. haha saya suka gi jaya grocer sebab banyak bende pelik2 xD

      Delete
  9. looks good. a few years ago ray try buat dengan adik tpi pedas gila and manis but sedapppp. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ray terletak banyak cili ke? hahah. tapi asal sedap jalanlahh xD

      Delete
  10. I don't like kimchi :( Kalau suka, macam teringin juga nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sayangnya. tapi bila kimchi ni dah gaul dengan nasi actually tak rasa sangat masam tu hehe

      Delete
  11. gochujang awak guna ni pedas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pedas sangat pun. sebab tu saya letak sesudu je hehe

      Delete
  12. Apa rasa kimchi eh ? Tak pernah try :(

    ReplyDelete
  13. mengoda betul telur gedik tuu ^^

    ReplyDelete
  14. Ala susah nak jumpa kimchi. kalau tidak boleh juga buat nasi goreng atau jjgae..lama xmakan

    ReplyDelete
  15. pernah makan dekat restoren ala korea tapi tak boleh masuk ya makanan dia. tapi yang ni nampak sedap!

    ReplyDelete
  16. teringin nak buat kimchi fried rice nie, mudah sangat resipinya. haritu pergi satu international market nak beli gochujang nie la sebab terpengaruh tapi gochujang habis T^T

    ReplyDelete
  17. sedapnya..tak pernah lg makan kimchi..sllau tgk drama korea rasa nak beli je tp fikir duit..sayang pula

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~