16 Feb 2019

Ojju KFood - Korean fried chicken with cheese


Asslamualaikum

Sekarang ni banyak betul fenomena ayam korea bercheese kan. First restaurant yang ada ayam korea cheese ni aku try kat KFry, IOI City Mall. Kalini kita try tempat lain pulaklah, nak tengok mana lagi better heww.

Ojju ni cuma ada kat NU Sentral je buat masa ni. Tempat ni sebenarnya baru juga buka tahun lepas(2018) So yeah, bolehla cuba tempat baru pulak.

No. L4.01 (03 & 04), Level 4 NU Sentral Shopping Centre No, 201


Ojju ni betul-betul depan dengan escalator. Berhadapan dengan kedai Chizu dan surau/tandas. Senang betul, habis je makan terus gi solat ha.

Sebelum aku menceritakan dengan lebih lanjut, mungkin korang boleh tengok dulu senarai menu dan harga-haga. Pastu plan dengan kawan-kawan. Aku makan berdua je, alhamdulillah habis licin okay. Dahsyat tak dahsyat?


Kitorang amek chicken rolling cheese bahagian wings (RM 43.90) + cheesy korean fried rice (RM 11.90). Yes dia bagi 4 ketul kepak ayam saja. Aku rasa macam tak kenyang, itu yang tambah nasi haha.

Tapi bila sampai tu, okay kot wings dia taklah terlalu kecil. Satu wings tu boleh dipotong lagi pada 2. Dapatla juga merasa sorang ibarat makan 4 ketul ayam.

sebelum pencairan
semasa pencairan

Rate kepedasan? Bagi aku tak berapa pedas sangat. Sesuailah untuk taste bud aku yang tak tahan pedas ni. But i don't know, aku macam lebih prefer pedas lagi kot xD Dan sejujurnya, aku macam sedih sikit sebab cheese dia tak banyak sebeban macam kat KFRY.

Sesambil kitorang makan ayam yang telah disaluti cheese tu, pekerja kat situ masaklah pulak nasi. Ala-ala macam dakgalbi jugakla, dok ketuk-ketuk nasi tu, gaul sampai sebati.


Paling sweet nya dia akan buat lubang bentuk love and then letak telur. Ni kalau makan dengan kekasih masa valentines day ke sweetlah kan tersipu sipu maluw gitu. Aku ni makan dengan kawan jee. Kitorang peduli apa, teruslah musnahkan telur tu pastu makan #KisahSiLonely

Nasi goreng dia not bad, aku suka je. walaupun nasi ni dah digaulkan sekali dengan cheese, takdela rasa muak sangat bila makan sekali dengan ayam tu. Portion nasi ni sesuai untuk 2-3 orang makan. Kitorang makan 2 orang pun mampu habiskan sebab masatu jin lapar sedang menguasai dalam badan muahaha.

Lepas makan kita haruslah memberikan review kan? On my personal review, dari segi harga okay. Kuantiti makanan pun memang ngam untuk 2 orang. Takde nak berebut, takde sampai nak kena tapau bawak balik. Tapi entahlah, even lepas makan ni pun aku masih rasa lapar. Mungkin jin lapar aku haritu berleluasa sikit, so aku tak salahkan ojju ni sebab makanan dia sikit ke apa eh :p Cuma bagi aku ayam dia tak se-kick macam kat Kfry and cheese dia pun macam tak banyak sangat. Maklomla aku ni penggemar cheese kann.


Rating 

3/5

Thanks for reading!

4 comments:

  1. Banyaknya kedai makanan Korea yang baru dekat Malaysia ni! :O

    ReplyDelete
  2. Arghhh stressnya tengok makanan sedap-sedap lol

    ReplyDelete
  3. nasib baiklah tempat saya tak banyak sangat tempat makan menarik mcm ni. kalau tak mmg susahlah nak diet xD

    ReplyDelete
  4. betul tu. banyak sangat da kedai ayam goreng. memang da macam kat Korea kiri kanan kedai ayam hahaha.. tapi semua ni akak x penah try lagi. penah skali ke Kyochon je.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~