Assalamualaikum
Masa cuti pilihanraya baru-baru ni, kitorang balik kampung jap. Pastu masa otw dari Perak nak balik Bangi singgahlah kat Sungai Kemensah untuk makan BBQ. Abang akulah yang serach tempat ni sebab pernah viral dulu. Aku pun ada baca gak pasal makan kat dalam sungai ni.
Nak pegi sini agak berliku-liku sikit. Kena lalu belakang zoo negara pastu terus ke Sungai Kemensah tu. Tapi jalan nak sampai tempat BBQ tu ya ampunn, extreme gila macam buat offroad! Eloklah datang sini naik 4WD. Bayaran bagi parking kereta ialah RM5.
Apa yang menariknya tempat ni, adalah pelanggan boleh makan dalam sungai tu sendiri. Suasana tempat ni pun tak sama macam tempat makan lain yang kita selalu tengok, rasa macam duduk kat pedalaman sangat.
Disebabkan tempat ni unik, maka memang haritu ramai sangat orang, padahal belum pukul 12 pun lagi. Nak nak pulak kitorang ni datang hari sabtu, maka selamat datang. Line nak beratur panjang betul haritu, we waited for almost 2 hours!
Sebenarnya, boleh pilih sama ada nak makan kat dalam sungai atau makan dekat atas. Kitorang memang tak nak makan dalam sungai tu sebab malas nak bukak-bukak kasut. Lagipun nak makan kat dalam sungai kena tunggu lama sikit. Kalau nak makan kat atas pulak, asal nampak meja kosong je dah boleh terus naik but guess what, orang kat kaunter tu langsung tak inform pun boleh terus naik je kalau nak makan kat atas!
Bayangkan eh, masa memula sampai tu kena beratur untuk daftar nama, nak beratur untuk daftar nama sahaja dah kena tunggu dekat 30 mins, ok tak kisahlah tu sebab memang kena tunggu turn pun. Lepastu tunggulah kat situ dengan harapan nama dah dipanggil selepas 1 jam lebih, but NO. Aku memang dah fedap gila nak pegi makan kat tempat lain je rasanya. Pastu bila abang aku tanya berapa lama lagi turn nak kena tunggu, orang kaunter tu cakap, "oh kalau nak makan kat atas boleh terus naik je, yang tunggu giliran ni untuk makan kat dalam sungai je"
Pastu ayah aku bebel la kenapa tak bagitau awal-awal tadi, kitorang tunggu dah lama nak dekat 2 jam. Pastu kau tahu dia reply apa? "takpela kalau encik nak cancel makan sini pun takpe". Tf is that?? Sudahlah dia takde inform kita pasal siapa yang nak makan sungai je yang kena tunggu lepastu cakap rude pulak tu! Kalau malas sangat nak cakap banyak kali, apa kata kau tampal jelah kertas sebesar alam dengan information "Bagi sesiapa yang ingin makan di ruangan atas boleh terus masuk jika ada tempat kosong, dan bagi yang ingin makan di sungai perlu tunggu giliran anda. Terima kasih."
Kitorang mati-matilah ingat kena tunggu dia panggil nama, baru boleh masuk. Kau expect apa, orang baru first time datang kot, manalah tau mana yang nak kena tunggu, mana yang boleh terus masuk je. Ey belum makan lagi dah menyirap. Memang takde mood langsung.
ni bahagian atas. Family yang tunggu turn sebelum kitorang pun sama kena tunggu lama sebab taktahu, kesian diorang.
Bagi makanan pulak, kami ambil family combo dan total keseluruhan untuk 6 orang makan adalah RM 140 tak silap. Makanan ni sampai laju gak. Apa yang bestnya set combo ni, dia campur semua jenis daging iaitu lamb, smokey duck dan chicken. Aku tak tipu, makanan kat sini semua sedap. Daripada sos dia sampai ke daging memang sedap, lembut pulak tu. Personally, aku suka dengan smoke duck tu. Maybe sebab jarang makan daging itik so bila dapat itik BBQ memang bestla.
Sebab makanan dia sedap, maka mampulah memujuk hati kami yang agak panas ni hahaha.
Tapi sedih sikit dengan portion nasi sebab kecik sangat.. so tak berapa kenyang. Boleh je tambah tapi charge lainla pulak.
Jom tengok persekitaran tempat ni pulak, memang menenangkan dan penuh dengan suasana semulajadi.
View dari tempat makan kitorang. Ni sebenarnya pool kot, so kalau datang bawak anak-anak boleh mereka mandi manda kat sini.
Overall, makanan memang sedap but servis sebelum nak masuk makan tu kurang sikitlah. Mungkin haritu ramai sangat orang sampai staff pun kelam kabut. Orang yang jaga kat kaunter tu pun asyik-asyik hilang je. Dialah yang nak kena ambil giliran, dialah yang nak kena tengok ada tempat kosong ke tak. Sepatutnya kat bahagian kaunter tu tak boleh sorang je yang jaga.
Kalau nak makan sini, silalah buat tempahan dulu bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Sebab tempat ni memang selalu full house dan beratur panjang. Kalau taknak buat tempahan, kena tunggu at least 45 minit untuk makan.
Thanks for reading.
Selalu baca benda yang best best je pasal tempat ni. Rupanya, ada juga yang kurang eh. Kalau my family kena macam ni, memang mengamuk habislah my dad. Habis nanti orang tu kena sound. Tak kisahlah makanan sedap ke tak.
ReplyDeletebetul, servis is number 1. kalau awal2 lagi dah rasa tak best memang takde mood langsung. silap dia sebab tak bagitau kitorang je boleh terus masuk untuk makan kat atas -- penat menunggu
DeleteKalau makanan sedap tapi servis tak bagus malas dah nak pergi sana lagi. Jadi hilang mood nak makan.
ReplyDeletecukupla kot datang sekali sebab nak merasa je
DeleteLamaa gila kena tunggu sampai dua jam. Aiyoo, gigih lah korang sanggu tunggu. Nasib makanan sedap kalau tak, lagi berganda rasa nak mengamuk. Hahah.
ReplyDeletepenantian yang lama tu agak terbayar jugaklah dengan makanan yg sedap tu hahaha
Delete2 jam tunggu, hmm kalau BV memang dah menyirap dah. bukan sekejap 2 jam tu T^T setuju dengan mazni, dorang patut letak notis awal2. nasib baik makanan sedap kan.
ReplyDeleteunik suasana kawasan tu, siap boleh makan kat sungai, sambil makan, sambil celup2 kaki kat sungai. hahhahaha patut la viral :)
memang dah agak restoran camni kena tunggu lama, tapi yang tak boleh blah tu kenapa dia tak inform awal2 untuk orang yg nak makan kat atass. kalau tak, boleh terus naik je.. takyah tunggu lama2 T__T
Deletehaah dia viral sebab keunikan suasana makan kat sini :D
alamak mcm best je. kena try ni huhu
ReplyDeleteBBQ dia sedapp
Deletebest nyer.
ReplyDelete----------
Ada akaun Instagram dan nak menang perfume FREE?
Jom join GA kami (IG:@rexylla).
Syarat mudah je.
idea tu menarik tapi rasanya macam lagi best kalo tersusun sket kot. tapi kalo makanan sedap okay je. sambil makan celop2 kaki best jugak. entahlah kena pegi sendiri dulu. and kolam tu hurm..
ReplyDeletesebenarnya teringin gak nak makan dalam sungai tu tpi memikirkan malas nk bukak kasut terus biar ajelah hahaha
DeleteTerliurnya tengokk T-T mesti sedap kan.. pemandangan pun lawaa!!
ReplyDeleteyeahh suasana mcm kat kampung sikit
DeleteTak pernah tahu kewujudan this place. Serious nampak macam intriguing gila nak pegi but staff service agak poor, susah sikit lah nak bawak my sibling sbb masing2 kepala angin, silap2 hilang kepala org yg jaga counter tu. They should have the courtesy to say "oh maaf cik, silap saya sebab ramai sangat customer harini."
ReplyDeleteBut yeah, mungkin akan datang and try with my family probably pada hari bekerja supaya tak bergaduh hahahahahah just kidding. Tapi akan cuba elak peak season or weekend. Lovely info!
yeah at least she should say sorry sbb tak bagitau benda tu awal2, kalau tak takdelah kitorang kena tunggu smpai nak dekat 2 jam. paling2 lama beratur pun sepatutnya cuma 45 mins jee.
Deletemakesure kena buat reservation before datang!
yes. a simple 'sorry' pun dah memadai,kan.
Deletesejuk la skit hati kita ni hah...
menarik.
ReplyDeleteaida ada baca juga pasal tempat ni. cuma lom sampai.
portion nasi tu memang sikit. Izzat makan pun tak cukup, mazni hi hi hi....
and bab makan atas makan kat sungai tu, kena la ada notis to inform public.
mana la kita nak tahu kan.
sabo jer lah...