23 Jan 2018

Diploma Show Printing Technology 2018


Assalamualaikum

Hi! Ini entry pertama untuk tahun 2018, so unofficialy aku dah habis diploma! Nak yay ke tak yay? Rasanya aku selalu cerita kat blog ni yang aku akan terlibat dengan diploma show (boleh rujuk entry ni --> KLIK) Alhamdulillah, show kitorng berjalan dengan lancar pada 11/1/2018 yang lepas.


Bagi pelajar semester akhir in Printing Technology, kami semua takde final exam. So kitorang cuma ada assessment(macam presentation) dan diploma show.


Apa yang perlu kitorang buat ialah present setiap hasil kerja pada assessor. Aku buat tema pasal travel so produk yang telah aku hasilkan ialah poster, majalah, sticker, button badges, name card, tote bag dan juga cawan. Kita punya yashe-yashe jee.

Taknaklah cerita apa yang terjadi masa assessment day tu, kang panjang pulak ceritanya.


Berbalik semula pada diploma show kami, pada 11 januari yang lalu bertempat di Dewan Gesturz UiTM Puncak Alam, seramai 48 orang pelajar telah terlibat dengan pameran ni. Kami juga ada jemput pelajar-pelajar dari SMK Subang Bestari, lebih kurang 88 orang termasuk guru pengiring. Pagi tu semua orang kena datang pukul 7.30 pagi untuk ready dewan sebelum budak-budak sekolah datang. 


Pukul 9 pagi SMK Subang Bestari dah datang memenuhi dewan, tapi acara belum boleh dimulakan sebab tetamu VIP belum sampai. Rasa kesian jugak kat budak-budak ni sebab kena tunggu lama, so kitorang bagi roti buat sarapan sementara menunggu ketibaan VIP. Pukul 10 baru acara start.


VIP yang dapat hadir pada hari kejadian cuma sorang je, maka beliau akan melancarkan perasmian diploma show kitorang pada haritu.

Ini Fauzi sebagai tukang baca doa dan Nina sebagai master of ceremony

Kisah sedih masa majlis pelancaran ni, belon tu sepatutnya meletup, tapi entah kenapa susah sangat nak meletup walaupun dah dicocok berkali-kali, sedih jugakla sebab pelancarannya tak menjadi macam yang kitorang nak tapi benda tu masih lawak, VIP pun gelak jelah.


Diploma show kami juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Kompang 5 Beradik! Apa yang uniknya ialah diorang berkompang sambil menyanyi dan menari. Paling kagum sebab ahlinya cuma 5 orang je dan ofcoslah diorang ni adik beradik! Suka dengan idea diorang yang memodenkan persembahan kompang  supaya nampak lain daripada yang lain.

Sebenarnya salah sorang ahli Kompang 5 Beradik ni merupakan kawan kitorang jugak, so terima kasih Fauzi dan adik beradiknya, kalau takde diorang ni agaknya suram sikit kot pembukaan majlis kami ni.


Lepas pembukaan tu, VIP dan cikgu-cikgu sekolah akan datang ke booth setiap orang untuk lihat hasil kerja kami. Selalunya orang yang depan depanlah banyak ditanya, cam aku ni duduk booth belakang rilek je VIP tengok sekali lalu je.


Meh lihatlah hasil-hasil kerja yang kitorang buat, eheh.


Memang haritu ramai betul umat manusia, ni pun ramai sebab ada budak-budak sekolah. Oh btw adik-adik ni sangat rajin bertanya, ada yang macam menunjukkan minat dengan course printing ni. Ada yang kata diorang minat mendesign cuma taknak hadap esaimen susah yang kitorang buat ni hahaha. Baru kau tahu amek art and design ni tak semudah yang disangka.

Anyhow, glad that they loves my artwork. Thanks for coming to my booth! Sporting betul diorang ni pun. Yang penting goodies aku licin habis!



A big thanks to kawan-kawan blogger yang pernah bagi saya postcards, berguna jugak untuk buat hiasan kat booth sendiri, you know who you are :p 

Dah petang-petang sikit tu orang dah mula surut, time nilah kitorang melagha pegi karaoke la, selfie la. Maafkan saya, terpaksa ku letak gambar-gambar muka kami dalam blog ni sebagai kenangan. Takpe kan? haha

Taktaulah kenapa diorang ni karaoke berjemaah depan booth aku...


A biggest thanks to my lecturer aka supervisor yang handle kitorang sepanjang semester 5 ni, Encik Noor Ehsan dan Dr. Siti Farhana. Tapi yang paling banyak tengok-tengokkan kitorang Encik Ehsan la sebab Dr. agak busy sikit. Tahun ni beliau akan bersara, so terima kasih banyak-banyak Encik! :)


Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli komiti yang terlibat dalam menjayakan majlis ni. Tahniah sebab berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik, memang tak lengkap kalau semua orang takde. Walaupun selalu sangat ada perselisihan faham, yang penting settle dah semua kerja-kerja kita. To be honest banyak jugak yang pahit sepanjang nak settlekan diploma show ni, dengan dramanya, dengan airmata nya, dengan terasa hatinya, dengan ada yang tak puas hati haha but let bygones be bygones. Adatla tu berkerja dalam satu kumpulan mesti ada salah faham. Tahniah untuk batch kita!

Apa yang aku dapat sepanjang diploma?

Diploma life have been so great to me daripada sem 1 sampai sem 5 ni. Banyak kenangan manis. Aku dapat classmates yang best-best, dapat housemate yang baik. Masa kat sekolah dulu aku agak pemalu dan tak berapa nak bersosial tapi lepas dah masuk U ni dah bolehla sikit-sikit. Maybe sebab diorang semua ni kawan pertama yang aku dapat sejak masuk Universiti so sebab tu aku hargai diorang gila-gila. Nak berpisah haritu, ya Tuhan sebaldi penuh dengan airmata. Rasa macam tak percaya hampir 3 tahun kita belajar sama-sama then lepasni tak jumpa dah.. Aku belajar kat sekolah 5 tahun pun tak sedih macamni tau.

Ilmu yang aku dapat sepanjang diploma ni InsyaAllah akan digunakan dengan sebaiknya. Rasa macam wow sangat dulu masa sekolah kita belajar BM, Maths, science tapi kat sini belajar pasal ilmu printing yang tak pernah terlintas pun dalam otak aku nak belajar benda-benda macamni.

Akhir kata, selamat maju jaya untuk semua 37th generation of printing technology. Semoga berjaya diluar sana!

major love, since 2015

Bapak panjanglah entry ni, macam buat report pulak. 

Thanks for reading!

19 comments:

  1. Congrats dah habis dip!! Semoga dipermudahkan segala urusan lepas ni mazni!!!

    Masa habis matrik dulu pun sedih gila siap nangis kalah masa habis sekolah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktaulah ada orang yg boleh replace diorang ni ke tak T__T syahdu dia sebab ramai yg tak sambung degree hmm

      Delete
  2. Tahniah Mazni dah habis diploma. Wahhh bestnyaa ada pameran macam ni, suka jugak pergi tengok sebab semua hasil kerja wowerzzz sangat sangat. Heheh. Siapp ada kompang 5 beradik tu, syoknyaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak nani! hehe memang best jugak buat pameran ni cuma kelibut time nak siapkan haritu xD untung kawan kita ahli kompang 5beradik tu hahaha

      Delete
  3. Bestnya tengok perjalanan diploma show tu rasa macam berminat dengan bidang pengajian camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best, terima kasih zumal :)

      Delete
    2. Tahniah dan selamat menempuh alam kerja pula

      Delete
  4. tahniah semua
    teringat kawan2 dulu buat show macam nih juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)
      kawan art and design juga kee

      Delete
  5. Replies
    1. tamat dah hehe. terima kasih JM :)

      Delete
  6. bestnyaa nampak meriah. cantik2 semua display board =D

    ada GA sedang berlangsung di blog CT. kalo sudi jemput join =)
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, nak tanya laptop apa yang sesuai untuk pelajar printing technology. Thank you in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. lecturer prefer macbook tpi kalau rasa tak mampu, boleh je pakai laptop biasa. dekat fakulti pun dah ada iMac sebenarnya. cuma makesure laptop tu okay kalau nak masuk file2 berat macam ai, id, photoshop semua tu.

      saya suggest asus, lenovo, msi, hp

      Delete
  8. Nak tanya, course ni perlukan spec laptop mcm mana eh? Perlu high spec kah? Sebab saya nmpk course ni ada graphic design, jdi mestilah guna adobe photoshop and more

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari spec yg sesuai utk design. Sbb kita mmng kena ada software ai, id photoshop semua tu. Saya pernah pakai laptop yg bkn spec design memang banyak carut sebab slow ahaha

      Delete

Nak komen apa? silakan~