1 Feb 2015

First experience memanah


Assalamualaikum
Selamat bulan februari!

*KLIK  *KLIK  *KLIK


Semalam kitorang pegi Fraser Hill. Pegi ni pun sebab hadiah birthday abah untuk mak. Mak mintak bawak jenjalan, hehe.

Sebelum ni pernah jugak datang fraser hill, tapi itu cerita 13 tahun yg lalu. Aku tak ingat apa-apa pun pasal fraser hill ni, parents aku yang cakap pernah pegi sini dulu. 

Dulu time kitorang datang ayah aku kata fraser hill ni sejuk gilalah. Sampai berasap mulut bila bercakap tu. Entah betul ke tak atau ayah aku saja nak melebih-lebih, hahaha. Tapi sekarang, dah panas. Tak macam dulu. Kalau nak sejuk waktu pagi atau malam jelah.

Dekat fraser hill ni bosan takde apa benda pun sebenarnya. Cuma dia punya rekabentuk rumah je lawa ala-ala english dan banyak pemandangan hijau. Kalau part yang aku rasa best masa kat fraser hill ni satu je, memanah.

Memanah ni nampak je senang, tapi susah nak aim panah dia kena kat target tu. Aku geleng kepala je tengok orang main tapi panah dia tak mengena. Sekali bila sampai turn aku hampeh jugak. Confident je lebih ingat boleh kena at least 5 panah. Last-last, satu panah je yang kena. Tu pun kat area putih. Gembira yang teramat pulak tu. Ahh kesiannya xD

Harga RM10 untuk 10 batang anak panah

Dat loser


Lepas memanah ni, badan memang rasa sakit-sakit gila. Kakak aku sampai lebam tangan dia, apa benda tah yang dia buat, hahaha. Postur badan kita kena menyenget, tangan lak kena lurus, kepala straight pandang depan. Menggigil dah aku pegang panah tu lama-lama. Walaupun tak berat sangat tapi kalau pegang lama-lama lenguh jugak. 

Tapi serious cakap, memanah ni memang best. Kalau selalu praktis, mesti boleh pro punya.


Selain memanah ada jugak aktiviti tunggang kuda. Kat sini semua sukan sunnah Rasul. Tapi kalau naik kuda ni just pusing-pusing camtu je. Satu round RM8. Mahal jugaklah tapi aku tak naik sebab macam bosan. 

Thanks for reading!



27 comments:

  1. wehhh bestnya memanah. .teringin nak memanah. .sukan sunnah. .hehe :)

    ReplyDelete
  2. setujuuu, sukan sunnah :D naik kuda pun :D wah wah. bestnya!

    ReplyDelete
  3. Alololo..ada juga kucing tumpang posing ye..akak PC ada juga pegi Fraser hill ni..berkursus..kawan kawan yang pernah pergi sebelum ni mereka kata sebelum ni FH memang sejuk sangat..tapi sekarang sangat jauh berbeza..mungkin hutan yang semakin menipis..semulajadinya kian ternoda dek tangan manusia.,

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dia. First experince. Selagi ada ruang gapai la peluang sebanyak mungkin :D Pengalaman yang tiada besar nilainya. ^_^

    ReplyDelete
  5. Zumal pun teringin nak belajar memanah nie ^-^

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat memanah. ada feeling macam katniss tak?

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Dulu pergi sana tapi tak tahu pula ada benda-benda ni.

    ReplyDelete
  8. wah murah nya!!!
    tapi tulah hahahahah kalau tak kena habis beratus ringgit ni hakhak

    what a nice experience lah mashaallah sister!!!
    nak jugak!!

    ReplyDelete
  9. Waaahhh!!!
    Bestnya memanah. Murah plak tu. Open field plak tu...
    Tapi aku tak pernah sampai pun Fraser Hill...bila ntah nak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu murah jugak tk 10 shots tu rm10. teringinnya nk pegi fraser hill jugak huwawawa

      Delete
  10. Xpernah lagi memanah& menunggang kuda....'

    ReplyDelete
  11. omg cantiknya view Fraser Hill. Lama tak pegi. menarikkkk!

    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  12. haha.comel mazni muka cenggitu.
    dekat uni akak tiap petang ada org memanah. tp tak pernah berkesempatan nak pergi main lagi. hehe

    ReplyDelete
  13. huaahh.. dia pi memanah lahh. bestnyaa.. next time teach me ea? hehe u look so berkarisma. =')

    ReplyDelete
  14. tak pernah memanah pun. wuuuuu. seronok nyaa jalan jalan bukit fraser tapi jala dia tak tahan. pusing pusing. ahhaha

    ReplyDelete
  15. wahh bertuahnya ada experience . sy teringin tp tak berpeluang.

    ReplyDelete
  16. kak sally selalu nak cuba yg dekat TS tu tapi xde kawan nak teman :P

    ReplyDelete
  17. bestnya, teringin nk tunggang kuda, tp tak berani,,hehe

    ReplyDelete
  18. kalau sis JM memanah bukan kena yg warna putih tu tapi semua menjunam ke tanah :-)

    ReplyDelete
  19. wahhh bestnya dapat belajar2 memanah....best ni, boleh gi nnt bila dah balik msia :D

    ReplyDelete
  20. hehehe kira murah gak tu rm10 dapat 10 busur.. dulu pernah try kat sunway lagoon years ago hehehe.. mahal mahal.. dahla nak masuk pun mahal dah.. ptt kasi la free isk !! hahaha.. memang hampeh tak kena pun..

    ReplyDelete
  21. memanah ni memang best.. tapi lama2 main, badan sakit jugak.. sebab body tak biasa kan.. hihi

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~