1 Jun 2014

Disebalik pembinaan jambatan


Assalamualaikum

Akhirnya dah pasang pun unifi kat rumah! Baru best sikit nak online, takde stuck sana, stuck sini. hehe

Tadi masa tengah baca paper pasal budak 2 tahun yang kepala kena penggal tu(Innalillah) Tiba-tiba mak aku cerita pasal jambatan. Setiap kali nampak jambatan je mesti kita rasa eksited nak lalu atas jambatan, nak tangkap gambar berlatar-belakangkan jambatan. Senang cerita kita semua suka lalu atas jambatan. ahaa

Tapi mungkin ada yang taktau cerita disebalik pembinaan jambatan.

Mak ayah aku orang Perak, kat perak ni banyak jugaklah jambatan. Terutamanya kampung ayah aku kat Parit, Perak.

Ayah aku cerita orang zaman dulu kalau nak buat jambatan diorang perlukan kepala budak-budak kecik. Sebab dekat sungai tu ada penunggu, so penunggu tu nak kepala budak-budak baru diorang boleh bina jambatan. Menakutkan woi...

Masa zaman mak ayah aku dulu, tak ramai budak-budak yang selalu keluar main kat luar. Siapa keluar memang kenalah dia. Then kalau ada nampak orang India tengah pegang sabit masa tu, memang kena selamatkan diri sebelum kepala kena penggal.

Kisah mak aku pulak,
dulu mak aku ada kawan, nama beliau Cik Manis. Masa kecik-kecik dulu mak aku sukalah main dengan dia, kira macam kawan rapatlah. Tapi satu hari tu, tiba-tiba kawan mak aku tu hilang tanpa kesan. Bila dah hilang macamtu je orang dah taulah dia jadi korban pembinaan jambatan.. :'( Kesian ibu arwah cik Manis tu..

Kalau korang nak tau, jambatan Pulau Pinang yang berdiri megah sekarang ni pun sebenarnya banyak mengorbankan nyawa orang. Aku baca kat artikel, ramai pembina jambatan yang mati masa tengah bina jambatan tu. Tapi mak aku kata pulak, memang ada orang sengaja tolak orang-orang tu supaya dia jatuh. Nak jadi makanan untuk makeluk2 laut tu.

Ya Allah, tak sangka nak bina jambatan pun sampai mengorbankan nyawa orang. Agak-agak, pembinaan jambatan zaman sekarang masih pakai kepala orang lagi ke? Harapnya tak..

Sekian, Salaam.


32 comments:

  1. Betul3. Banyak gak dengar kisah camtu dlu. Umi ana pun de citer mende yg same. Sebab dulu umi ana pun org perak gak. Tp tak tau la betul ke tak. Kata org; tu cara org tua2 nak takutkan budak2 spye x balik lewat.

    ReplyDelete
  2. Seram pulak kalau nak lalu jambatan malam malam .. ekin pun ada dengar jugak tapi ada percaya ada jugakk tak .. hehe

    ReplyDelete
  3. seriouslyyy? tak pernah dgr pon cerita macam tu.
    subhanAllah. macam tu sekali kan. takotttt!
    Janganlah dibuat benda tu betul2 jadi. tak dapat bayangkan. T^T

    ReplyDelete
  4. seram pulak bace cite ni.. harap2 skrg ni xde lg mcm tu.. yang part orang india pegang sabit tu.. mybe org tua dulu2 xnak bagi ank2 jalan2 merata, so dye ckp la mcm tu. wallahua'alam.. keep writing dear! :)

    ReplyDelete
  5. haha....masa kecik2..memang cerita macam tu kan? haha...menakutkan..huhu

    ReplyDelete
  6. uishhh ngeri betul la dengar cerita jambatan nie hmmm

    ReplyDelete
  7. takut baq hang woiii (--')

    ReplyDelete
  8. deep nya post ni... creepy :O

    ReplyDelete
  9. kita pun pernah dengar bahawasanya ,,, jambatan kat highway SKVE yang nak menghubungkan dengan Pulau Indah tu memerlukan korban semasa pembinaan nya ,, now jambatan tu dah siap and tak tahu lah ada yang dikorbankan ker tidak ,, tahu benda ni pun sebab SKVE dekat dengan rumah ,, :D btw tahniah kerana akak telah menggunakan Unifi ,, selamat menikmati nikmat internet berkelajuan 'kuda' ,, :)

    ReplyDelete
  10. Huh? zeriously.Gila seram kot.Tapi Adam jenis yang tak suka lalu atas jambatan.Sebabnya selalu terbayang kot-kot jambatan runtuh ke etc , Mak Adam pun jenis macam tu jugak HAHAHA macam-macam.

    ReplyDelete
  11. tak dapat bayangkan bila nak keluar main kena lari sebab nampak india pegang sabit >_< Ya allah ~ takutnya hidup

    ReplyDelete
  12. seriously? first time dengar neyh.. seramnya..
    kalau betollah mmg tak patut kan.. TT^TT

    ReplyDelete
  13. pernah juga dengar cerita bukan jambatan je, tapi pembinaan bangunan pun guna benda yg sama juga utk kukuhkan bangunan tu..kalau kat sabah, kitorg gelar 'pengait'.. org yg mengambil kepala orang untuk dijadikan bahan pembinaan bangunan2x..huhu..nauzubillah..
    my latest >>> http://firohar.blogspot.com/2014/05/aku-bersama-cuti-ku.html

    ReplyDelete
  14. Pernah juga dengar cerita yang kalau nak bina jambatan, mesti kena ada orang mati. Even KLCC pun katanya macam tu. Tak tahulah betul ke tidak.

    ReplyDelete
  15. pernah jugak dengar pasal ni dulu2..
    memang mnyeramkan.....~~

    ReplyDelete
  16. meremang bulu roma baca entry ni Y__Y

    ReplyDelete
  17. Zumal pun pernah dengar citer macam nie masa kecik2 dulu... seram sangat

    ReplyDelete
  18. seriously??!!!!! eiii.. menakutkan!!

    ReplyDelete
  19. ramainya pernah dengar cite ni. macam betul je. hmm, harapnya tak guna lagi penggal2 kepala orang ni T.T

    ReplyDelete
  20. pernah juga dengar pasal ni. seram juga rasanya

    ReplyDelete
  21. owh, ya.. bapak saya pun cakap benda sama. setiap tiang kaki jambatan ada kepala. dia cakap, kemungkinan besar jambatan p.pinang yg baru tuu dah pakai banyak kepala. eee... mula2 rasa susah nak percaya... iskhh.. seram bila imagine benda tuu.

    ReplyDelete
  22. Err pasaipa menakutkan sgt. Adda jenis yg tak suka lalu jambatan. kalau terpaksa je. Haih seram

    ReplyDelete
  23. mmg ada je kemalangan yg berlaku...tapi kita anggap jela kemalangan :)

    ReplyDelete
  24. maksudnye semua jambatan ade hantu la.hehe

    ReplyDelete
  25. ye ke??? ya Allah,tak pernah la pulak dengar pasal ni..first time ni,gulps. seram pula...

    ReplyDelete
  26. Huish, menakutkan betul.. Saya memang dengar macam2 berita lah pasal jambatan ni hah.. Kalau naik jambatan penang dah lewat, mula teringat cerita2 orang.. Seram seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh kerja nk menipu.... Mana ada org mati waktu dok bina jambatan pertama

      Delete

Nak komen apa? silakan~