20 Nov 2013

Main sorok-sorok dengan hantu

Assalamualaikum
Biasalah tu kalau main sorok-sorok mesti ada hantu kan? Tapi kisah yang berlaku pada aku ni lain sikit, aku betul-betul main sorok-sorok dengan hantu. Tapi masa aku 5 tahun lah. Mesti hangpa ingat aku dok tipu kan? Ey, walaupun masa tu aku 5 tahun tapi ingatan aku kuat sampai sekarang eh. Masa aku tadika dulu aku selalu kena buli, selipar kena buang dalam tong sampah, orang selalu curi barang aku, manusia yang buli aku tu nama dia F_____ aiseh takyah sebut ah, tapi semua tu aku ingat tau.

Satu malam tu, aku takleh tidur. Mak aku suruhlah aku tidur sebab dah lewat sangat, tapi aku cakap aku tak ngantuk dan nak main. Mak aku paksa jugak aku tidur. Berapa minit lepastu, aku intai-intai sikit tengok mak aku dah tidur. Yess line clear! Aku pun bangunlah, nak ajak kakak aku main.

Tiba-tiba, aku nampak kaklong dengan kakngah kat depan bilik diorang. Diorang diam je. Tak bercakap. Aku dengan terujanya ajaklah diorang main sorok-sorok, diorang angguk. Round pertama tu, aku tak ingat siapa yang kena jadi hantu tapi yang pasti bukan aku. Bila round ke-2 tu, aku kena tangkap pastu jadi hantu. Lepas dah kira sampai 10 tu, aku mulalah cari kaklong dengan kakngah. Pastu aku bukaklah pintu bilik diorang, tengok diorang tengah tidur. Lena pulak tu. Hati aku terdetik "Eh, tadi kaklong dengan kakngah main dengan kita, kenapa sekarang diorang tidur pulak? Mana boleh macamni". Kerana kecewa, aku teruslah masuk tidur balik..

Disebabkan masa tu umoq aku 5 tahun, so aku tak terfikir pun yang main sorok-sorok dengan aku tu 'benda lain', aku cuma rasa pelik dan kecewa je sebab diorang taknak main dengan aku dah. Bila dah besar sikit, baru aku tau siapa yang main dengan aku waktu tu. Nasib baik waktu tu aku 5 tahun, kalau tak, demam 2 harilah aku xD 

Benda ni taklah menyeramkan, tapi pada masa yang sama gembira jugaklah at least 'dia' temankan kita main, lol gila. Waktu kecik memang senang sangat nak jumpa benda-benda macamtu terutama bila main sorok-sorok waktu malam, lagilah~

Moral of the story, adik-adik diluar sana, jangan main sorok-sorok waktu malam ye xD Karang hangpa pulak demam 2 hari kalau berlaku hal-hal yang diluar jangkaan. Korang pernah kena macamni?

Sekian,
Assalamualaikum

46 comments:

  1. ehehhe..
    bleh tahan seram nie.
    mmg serik ler besar2 ni nak main sorok2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tpi saya dah besar2 pun kengkadang main jugak sorok-sorok. hahaha xD

      Delete
  2. ish.. seram tu. boleh pulak main dengan hantu. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik waktu tu kecik lagi, tk terasa sangat seramnya :p

      Delete
  3. Pernah dgr x game Hitori Kakurenbo a.k.a One Man Hide and Seek or Hide and Seek Alone. Klau game tu mmg main hide and seek ngan hantu. kkk Ingatkan post ni nk ceritakan tntg game tu rupanya lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk pernah dengar dan tak pernah main hehe >.<

      Delete
  4. hahaHAA...masa kecik2 dulu slalu main benda ni..hehe...

    ReplyDelete
  5. uish..seram juga oww...ermm bebudak memang macam tuh..nasib tak di sorok dengan hantu..alamatnya huru hara satu rumah..xox0

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha janganlah cakap cmtu. takut den. huhu

      Delete
  6. selamat hantu tu tak larikan mazni ;)
    jin ni diberi kelebihan oleh Allah swt untuk menyerupai haiwan atau apa sahaja yang jin tersebut inginkan, maybe at you age that years ago, jin tersebut menyerupai kakak2 mazni :)
    lain kali jangan main lewat2 malam, tu waktu kemuncak jin2 berkeliaran ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. hehe janganlah komen cmtu, takut saya dibuatnya >.< sekarang pun kalau keluar main malam-malam, saya main bunga api dengan kawan2 je :p tpi waktu bulan puasalah selalunya hihi

      Delete
  7. 'Creepy' jugak baca entry ni. Umur baya-baya 5 tahun ni, hijab tu belum tertutup habis dari pandangan mata kita lagi kot. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, budak2 mmng boleh nampak semua benda2 ni

      Delete
  8. akak pernah ternampak sekali..masa zaman sekolah rendah..balik sekolah lewat sebab ada kelas tambahan sebab nak upsr..hujan panas..secara kebetulan kawan lain dah kayuh basikal jauh kedepan..cukuplah sekali..nauzubillah..demam jugalah..terperanjat..tapi ada hikmahnya yang Allah nak bagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seramnya..dahlah tengah hujan. kesian akak sampai terdemam-demam dah :/

      Delete
  9. Awak main sorok2 ngan hantu tapi saya penah ternampak kereta berundur masuk garaj tanpa pemandu. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah tu lagi seram. tk demam ke? huhu

      Delete
    2. Tak adalah sampai demam..hihihi...tapi bila dibayangkan balik meremang bulu roma. ^_^ Saya rasamain sorok2 ngan hantu lagi seram. Saya nampak je, awak siap ajak main lagi. Hihihi....

      Delete
    3. insiden yg tidak disengajakan muehehe. kalau saya tau yg main dgn saya tu benda lain, tkdenya saya ajak haha

      Delete
  10. Lau skrg cmtu..mau x seram kn..hihi

    ReplyDelete
  11. macam comel je kan main sorok2 dgn benda tu. nasib baik tak kena sorok terus.. tapi budak2 memang senang nak jumpa benda tu masa kecik.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak je macam comel, tpi dahsyat. hahaha xD

      Delete
  12. tak pernah kena lagi, haha teror la akak ni xd

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tkde yang terernya. tu waktu kecik :p

      Delete
  13. uish,seram pulak bila baca entry ni,hehe....

    ReplyDelete
  14. wahh hebat + daebak!!! seram pun ada

    ReplyDelete
  15. tertiba rasa seraaaaam time baca entry ni.. terus pandang kiri dan kanan.. huhuhuhu
    #blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada apa kt kiri kanan tu? hahaha

      Delete
  16. seram gak kan siapa la yang main tu... haaaa....

    ReplyDelete
  17. misteri betul ni.. syukur tak jadi perkara buruk masa tu.. dia cuma nak ajak teman bermain saja kot..

    ReplyDelete
  18. Alamak aihhhh , kita main sorok2 dgn manusia. Dia boleh pulak main sorok2 dgn hantu, Hahaha ;DD

    http://abellmohd.blogspot.com/2013/11/coding-blog-baru-menyusahkan.html

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. hehe kalau cerita hantu org lain lagi dahsyat drp yg ni :p

      Delete
  20. kang jadi kes "Villa Nabila" pulak..hahaha...nasib la budak 5 tahun..hahaha..lps ni sila jgn main sorok-sorok dah ye dik... :P

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~