3 Aug 2021

Kimono Project untuk Olimpik Tokyo 2020

 Assalamualaikum

Aku ternampak orang share kat twitter yang Jepun menghasilkan kimono untuk setiap negara yang mengambil bahagian dalam olimpik #Tokyo2020. Sebagai orang yang sukakan arts and culture, memang aku sukalah benda-benda yang camni hahah. 

Aku usha la semua design kimono tu, semuanya lawa-lawa! Corak-corak pada baju tu melambangkan identiti dan budaya bagi sebuah negara tu.

Kredit picture

Lebih 200 kimono dihasilkan oleh sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk projek ini. Organisasi tersebut yang bernama Image Oneworld melancarkan KIMONO PROJECT dari 2014. Projek ni mula dihasilkan pada tahun 2017 dan siap pada tahun 2021.

Bertahun jugalah diorang start buat Kimono Project. Tapi disebabkan covid-19, Jepun tak dapat gunakan kimono ni untuk Olimpik Tokyo yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Walaubagaimana pun, projek ini telah berjaya dihasilkan sepenuhnya dan kesemuan 213 kimono ini merupakan custom made design. 

Mastermind di sebalik Kimono Project ini merupakan seorang designer Jepun yang bernama Yoshimasa Takakura dan anggaran harga bagi sehelai kimono ini bernilai 1 million yen!

Okay, jom tengok design-design kimono ni!

Australia

philippines
Canada
Croatia. Lawa betul corak ni
Egypt. Ni pun style
Hungary
Lithuania
Republic of Mali
Republic of Madagascar
Republic of Angola
New Zealand
Nepal
Morocco
Dan negaraku tercinta, Malaysia!
Kenya
Ireland
Indonesia
Brunei Darussalam
Italy
Korea
Djibouti
French Polynesia
Islamic Republic of Mauritania
Kiribati. Ni really minimal dan kemas!
Kyrgyz
Mauritius
Mongolia
Niger
Pakistan. Ya Tuhan cantiknyaa
Palestine
Puerto Rico
Republic of Suriname
Rwanda
Saint Lucia
South Africa. Ni pun lawa!
Sri Lanka

Taipei
Tajikistan. Vibrant!
Thailand
Tunisia
Tuvalu
United Arab Emirates
Uruguay
Uzbekistan. Rasanya ni paling fav kot, buat design shawl pun cantik ni haha! Tapi memang negara yang ada stan-stan kat hujung ni lawa-lawa designyaa

So inilah dia separuh design yang ada, nak share semua memang idokler. Kalau nak tengok banyak lagi, boleh ke KIMONO PROJECT. Memang orang Jepun ni kreatif betul bila jadi tuan rumah olimpik, ada je benda-benda yang menarik perhatian.

28 comments:

  1. Semuanya cantik cantik lah tak boleh pilih!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!! semua corak lawa2

      Delete
    2. morocco dengan palestine punya pun cantikk. macam biasalah, jepun memang luar biasa xD

      Delete
    3. Kan! Semangat jadi tuan rumah sediakan benda2 macamni!

      Delete
  2. Menarik juga pakaian mereka kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan rumah semangat sangat buatkan kimono utk negara2 lain

      Delete
  3. semua cantik. Kalau suruh pilih ni memang tak tahu nak pilih yang mana satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua corak nampak vibrant kan. tapi kimono malaysia tetap dihati hehe

      Delete
  4. no wonder projek ni amik masa bertahun2. nak study culture bukan senang! yang menariknya bila diteliti. corak tetap gaya seni jepun walaupun culture ikut negara masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuu! identiti jepun tu masih dikekalkan walaupun setiap kimono melambangkan sesebuah negara

      Delete
  5. diorg mmg kreatif��������. semuanya lawa2 kalau jual tu sy rembat dulu. yaa mmg mahal tp sbg kenangan kannnn����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Tapu lepas tengok harga dia tu.. hahaha takpela baik beli rumah 🤣🤣

      Delete
    2. jgn laa tgk nombor tu hehehhee nnt smpi ke sudah x jadi (ceh bunyi mcm kaya sgt)

      Delete
  6. Design New Zealand cantik!!Flora Fauna gittew😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka sebab base colour dia hitam! Corak pun cantik

      Delete
  7. omg interestingnyaa. tak tahu pun heheh thank u for sharing! cantik sangat setiap corak tu. padanla 1 million yen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dihasilkan dengan penuh teliti, makan masa. Worth the price 😁

      Delete
  8. Menariknya. Kalau tidak, mesti dapat tengok masa Olimpik 2020. Tapi tahniah jugak untuk semua yang terlibat sebab berjaya merealisasikan projek besar seluruh negara macam ni. Banyak modal tu. Semua cantik cantik. Of course rambang mata nak memilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan, tapi berjaya jugaklah diorang pamerkan kimono ni walaupun bukan masa olimpik. Kalau sehelai kimono anggarannya 1 million yen, total 213 ni entah boleh bina lagi stadium baru agaknya xD

      Delete
  9. Semuanyaaa colorful dan cantikkk.. bestkan kalau dpt selfie pakai kimono

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimono camni kalau nak sewa taktaulah mahalnya macam mana. selalu kalau gi jepun pakai yukata yang biasa2 tu je

      Delete
    2. Nampak mahal dr biasa tgk jenis kain dgn design pun lawa2

      Delete
  10. Suka tengok! Semua cantik-cantik. Akak suka Malaysia dan New Zealand punya. Egypt pun unik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kalau nak pilih at least mesti lebih dari 3 kann

      Delete

Nak komen apa? silakan~