29 Jul 2021

Ujian Kompetensi Pereka Gred B29 UKM

 Assalamualaikum

Semalam (28/7/21), aku dapat email dari UKM untuk mengambil ujian tapisan kompetensi bagi jawatan pereka Gred B29 di. Ujian ni dijalankan secara online dan masa yang diberi adalah 8 jam untuk jawab kesemua soalan. 


Aku ada cari kat google, kalau ujian untuk pereka ni selalunya bentuk soalan macam mana yang dia keluarkan? Ada soalan bulat-bulat macam yang selalu ditanya ke tak? Memang semata-mata kena buat design grafik jeke? Kalau ujian untuk gred Pereka bagi jawatan SPP, kena jawab soalan bulat-bulat tu. Tapi untuk UKM taktau macam mana.

Aku standby jela baca sikit pasal latarbelakang UKM, visi misi, nama naib canselor dan benda-benda basic gitu je. TAPI.... dia tak tanya pun untuk jawatan pereka ni. Dalam masa 8 jam tu memang kena buat design sahaja.



Maybe sesetengah orang nampak macam 8 jam ni masa yang cukup untuk 4 soalan. Tapi bagi aku ngam-ngam weh xD Maybe aku tak reti manage masa dan nak cari idea tu memang aku ambil masa yang lama, huhu. 

Aku start jawab soalan tu dalam 9.15 am so 8 jam tu habis pukul 5.15 pm. Once kita tekan butang jawab ujian tu, 8 jam terus berjalan dan takleh pause dah. Ikutla nak jawab pukul berapa pun asalkan tak melebihi dari pukul 10 pm je. Cuma janganla pukul 5 pm baru nak jawab kan, tak cukupla masa 8 jam tu.


So aku share soalan apa yang aku dapat ye

Soalan 1: Buat satu logo yang melambangkan diri anda.

Soalan 2: Buat poster bersaiz A4 bertemakan covid-19.

Soalan 3: Buat layout majalah HIT UKM 4 mukasurat termasuk cover. 

Soalan 4: Buat animation slide-show mengenai SOP vaksin berdurasi 5 - 8 minit.

Semua soalan ni aku boleh je jawab cuma nak kata cantik perfect tu memang tak mampu lah hahah. Aku kalau buat design memang lama sikit sebab nak cari idea, dapat ilham tu sedikit terbantut. 

Dalam setiap soalan ni ada 3 point yang diberi. Yang pertama kena tunjuk proses atau lakaran, kedua kena bagitahu dari mana dapat sumber (cthnya sumber gambar, artikel atau idea design) dan yang ketiga software apa yang diguna untuk buat design ni.

Masa awal-awal tu aku menyempatlah lakar idea kat atas kertas, nak tunjuk proseslah kiranya. Dah hujung-hujung tu sorrylah, memang mampu hantar file PDF dengan bagitau guna software apa jelah xD Tak sempat nak cerita pepanjang tentang mana nak dapat idea blabla semua tu.

So begitulah exam bagi jawatan pereka di UKM, tempat lain taktahu macam mana. Berpinar jugak mata aku seharian jawab exam ni. Masa jawab exam pun sama macam office hour je mano tak sakit mata. Ni first time aku jawab ujian kompetensi di UKM, so lepasni kita tunggu sama ada dipanggil temuduga atau tak. 

Thanks for reading!


17 comments:

  1. Eye opener. It's quite hard for non-art person like me ahahah.

    Hope u pass~ 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dipanggil interview kirs rezekii hahah

      Thank youu!

      Delete
  2. Semoga ada rezeki dipanggil nanti. Aaaminn...

    ReplyDelete
  3. Salam, pandai buat logo dengan pantas Alhamdulillah. inshaAllah berjaya, moga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu tak juga, saya amik masa yg lama utk buat logo walaupun masa sepatutnya hanya 1 jam sahaja xD

      Aminn. Terima kasih!

      Delete
  4. Semoga berjaya mazni, i wish you all the best!

    ReplyDelete
  5. wow.. kena buat 4 artwork dlm masa 8 jam.. jem otak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jem jugaklah hahaha. memang fokus kat screen je sampai juling bijik mata xD

      Delete
  6. fuhhhh kalau sy 1 soalan 8 jam kot������btw all the best tau sis����

    ReplyDelete
  7. Ya ampunn berpinar tgk. Memang kalau nk design mesti conteng sana sini. Harap ada rezeki utk jawatan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah prepare kertas lakaran hahaha. amin insyaAllah

      Delete
    2. In shaa allah dipermudahkan. Kalau ada rezeki ada lah, kalau tak ada tu, ada benda lg bagus menunggu

      Delete
  8. kalau sy dah jem palo otak, jem mata ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mata saya memang jem teruk kak, berpinarrr xD

      Delete

Nak komen apa? silakan~