26 Jan 2019

Jalan-jalan free di KL


Assalamualaikum

Perasan tak, bila kita duduk kat negeri sendiri sebenarnya tak banyak pun tempat yang kita dah explore. Kita lebih berminat nak explore tempat/negeri orang lain berbanding tempat sendiri. Alasan yang paling selalu didengari, "alahh KL ni sejengkal je dengan aku, bila-bila masa pun aku boleh pegilah" Tapi benda yang paling dekat tulah yang sampai kesudah kita tak jejak-jejak pun lagi, lol. #ThisIsSoMe

Oleh itu, aku rasa macam nak 'playing tourist' di KL tapi masalahnya aku tengah sengkek takde duit tau. Ada hati pula nak berjalan-jalan di kotaraya.

Eh hellooo apa ingat kat KL ni mahal-mahal belaka ke? Ada je tempat-tempat free okayy. Keje kau jalan jee, takyah keluar duit pun nak masuk tempat-tempat ni.

Aku pegi dengan kawan naik MRT je. Lagi cepat. Tempat first yang kitorang pegi ialah Taman Eko Rimba, Bukit Nenas. Nak kesini dengan MRT, turun kat stesen Pasar Seni, pastu dari Pasar Seni tu ambil LRT ke Dang Wangi ataupun ambil monorail ke Bukit Nenas. Yang ni memang kena jalan sikitla. Oh btw, Taman Eco tu bebetul duduk dekat Menara KL. 

Bagi pejalan kaki macam aku ni, nak sampai ke lokasi kejadian sangatlah penuh dengan liku-liku kehidupan. Belum apa-apa lagi dah pancit weeyy hahaha lemah betulla. Kena jalan kaki dekat 2 km pastu naik pulak bukit ya ampunnn padahal ada jalan shortcut kitorang tak perasan.


Apa yang menariknya kat Taman Eko Rimba ni ialah sebab ia salah satu hutan simpan yang tertua di KL. Nama lain dia jugak orang gelar "Forest in the city" sebab duduk kat tengah-tengah bandar. Selalu kalau datang KL kita gelar hutan konkrit, masuk kat taman ni okaylah, ada jugak hutan asli yang udaranya segar tak macam kat luar sana tu haha. Eloklah dia simpan hutan-hutan macamni untuk jaga environment.


Rasanya yang jadi tarikan kat sini sebab ada canopy walk. Setinggi berapa tingkat entah aku pun tak sure. Tapi dia punya jambatan tu ada retak-retak sikit, aku nak pijak pun seram. Alhamdulillah masih selamat. 

Bagi siapa yang pemalas nak trekking, naik jambatan gantung ni je ibarat kau dah keliling satu hutan ni. But us do both. Rugilah dah jalan jauh-jauh tapi sekadar tengok hutan ni dari atas canopy walk je. Inilah punca ketibas lol :p

 
Kat dalam ni jugak ada Taman Herba mini, pastu ada spesies pokok-pokok yang bernama aneh, dan selebihnya jalan2 kecil untuk trekking. Boleh dikatakan kitorang dah pusing satu hutan ni ambil masa 1 jam je.

Dan jangan lupa pergi information centre dia untuk dapatkan aircond. Eh?

mati terkejut. arwah baik orangnya
shades of kaYOU
Masa keluar dari Eko Rimba ni baru pukul 11. Disebabkan masih terlalu awal lagi, alang-alang nak pegi semula ke LRT Pasar Seni kita pusing-pusinglah kat situ sekejap. Sebenarnya haritu ada viral kat twitter pasal Pasar Seni ni ada jual fresh flowers yang murah-murah. Saja nak usha harga bunga ni kononnya nak bagi hadiah untuk mak, padahal dalam hati niat nak beli untuk diri sendiri (lol) pastu beli tak reti jaga, pastu mati. Motif menyeksa bunga? (lol sekali lagi)


Tapi serious bunga kat sini memang murah-murah tau. sejambak banyak macam kat dalam gambar tu harga dalam belas-belas hingga ke RM 20++ je. Paling aku geram bunga baby breath yang comel tu harga tak sampai 30 punn.

bunga tulips yang aku pegang ni dalam RM 20-30 camtu
Habis cuci mata tengok bunga kitorang pegi jalan-jalan pulak kat Petaling Street. Percaya tak kalau aku kata yang aku tak pernah pergi sini? Heleh padahal macam downtown biasa je, tempat nak shopping-shopping. Sini kalau malam-malam ramailah orang, tengahari aku datang ni sipi-sipi je sebab panass. I love the CNY vibes, cantik dengan hiasan tanglung.


Kalau datang Pasar Seni ni pergilah singgah Central Market. Taktaulah macam mana haritu aku boleh tak teringat yang Central Market ni duduk kat Pasar Seni.. Alah ruginya tau

Petang tu memang aku dah plan nak gi Bank Negara Museum. Dari Pasar Seni ambil MRT turun kat Bandaraya. Pastu keluar-keluar stesen tu dah nampak SOGO ha apalagi, masuk dalam tu pegi cari makanan. Lepas makan baru gerak pegi BNM. Macam biasa, ada jalan shortcut tapi kitorang gi ikut jalan jauh sebab google maps berperangai keji. 

Elok-elok 3 minit berjalan kaki jadi 9 minit lak.

in love with their architecture
and not to forget, their interior design too
BNM ni ada 4 tingkat. Kat sini dia ada ceritakan sejarah macam mana terbentuknya logo kijang kat duit Malaysia, siapa orang pertama yang buka bank Malaysia, ceritakan pasal saham, kejatuhan ekonomi, Islamic finance dan macam-macam lagilah sejarah yang ada. 

Aku teringin nak pegi sini lepas dari kelas Curatorship. Classmate kitorang buat research pasal tempat ni dan aku nampak macam best je tengok tempat yang penuh duit ni hahaha! Sejak dari kelas curatorship tu aku rasa macam lebih menghargai muzium-muzium/gallery yang ada kat Malaysia. Lecturer aku kata muzium/art gallery ni selalu tak dapat sambutan public. Selalunya orang-orang seni atau orang yang minat sejarah je selalu datang tempat gini. Lect kata "kalau bukan kita siapa lagi yang nak hargai galeri-galeri kat Malaysia ni"

So guys, apa kata kalau ada masa terluang trylah pergi muzium. Masuk free takyah bayar pun. Boleh dapat additional information jugak untuk benda yang kita tak pernah tahu sebelum ni. Lagipun muzium ni cantik dan paling penting banyak spot menarik untuk bergambar :p #igers

galeri lukisan. Banyak guna media oil pastel

Dan ada satu level yang dipenuhi dengan simpanan duit daripada zaman-zaman lama. Ada saiz duit yang daripada sekecil tahi hidung hinggalah sebesar anak gajah. Duit yang besar anak gajah tu duit zaman purba. Orang dulu punya duit pakai batu ja, takda ukiran-ukiran kat duit lagi zaman tu.

yang ni duit daripada kerajaan raja2 lama. Kebanyakan duit diukir nama sultan. detail tau walaupun size duit tu kecik
inilah duit paling kecik. Kecik macamtu pun mampu lagi nak ukir logo kijang dan nama sultan kat atas duit tu. Btw ini pakai real emas tau
ni replika duit zaman purba. Real size dia lagi besar daripada ini.


Haa yang ni aku suka tengok sebab ni evolusi duit kertas Malaysia dari zaman dulu sampailah duit yang kita pakai sekarang. Tengok saiz duit-duit dulu besar nauu.

Kat sini bukan ada pasal duit Malaysia je, duit-duit dari luar negara pun ada jugak. Even duit lama dari negara-negara lain pun ada jugak.

The best part is taking lot of pics! Baru ku tahu yang orang dok amek gambar sotkaba besar ni ada kat muzium ni rupanya. Kalau nak lebih colourful, masuk terowong duit yang ada kat section kanak-kanak. Terowong tu penuh dengan duit sampai aku rasa nak pecahkan je hahaha!


Itu je kisah berjalan-jalan dari pagi sampai petang ni. Walaupun berjalan sampai sakit-sakit kaki tapi rasa berbaloi sebab banyak gak tempat yang kitorang pegi. Duit pun cuma guna untuk makan dengan train je hehe jimatt.

Thanks for reading!


19 comments:

  1. terbaik. betul tu. kita dok la seberang negeri kan :)
    rupanya sekeliling kita byk tempat menarik. sgt setuju.
    and tq for sharing.
    CNY ni plan nak naik kl rumah kakak.
    naik mrt ke CM. tmn eko ni mcm menarik. aida da bookmark.
    untung la blogwalking sini ptg ni. tq again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan. saya selalu pegi KL sebab nak pegi mall je, padahal ada je lagi tempat-tempat menarik selain mall yang best. free pula tu :p

      Delete
  2. Thank you for sharing this, Mazni. All the places are already in my list sebab memang teringin sangat nak jalan-jalan KL bila balik for good nanti. Segan gak bila kawan-kawan mat salleh yang lagi tahu pasal KL dan Malaysia ni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik for good bila kak farah?
      hehe KL ni kecik je, mampu je nak pusing2 semua tempat xD

      Delete
  3. Asalam dah follow sini ..lama dah..menarik semuanya gambar terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, saya pun dah lama follow uncle hehe :D terima kasih

      Delete
  4. Last time I went to Kl was in 2013 kut and tu pun sebab kononnya nak sambung belajar dekat sana hahaha. Entah bila la dapat bercuti dekat KL macam mazni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lama jugak tuu. ingatkan kak nini orang selangor

      Delete
  5. Setahun dah belajar dekat KL tapi tak dapat pergi lagi tempat tempat macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya bila dah hujung2 nak dekat habis belajar baru terdetik nak jalan2 camni :p

      Delete
  6. Ok gak pi tempt free... kalu tmpt orang memang gigih kan... tmpt sendiri mmg malas... SS laaa tuuu... 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama SS :p ni pun sebab takde duit je ni, itu yg pegi cari tempat2 free je hahaha

      Delete
  7. wahhh kena masukkan dalam list nie sebab bulan feb nanti BV akan ke KL jadi tourist. hahahhaha :D cun pulak tengah cari tempat menarik di KL, nice la. thanks Mazni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bulan 2 dah ni,BV datang sini berapa hb? xD
      welcome btw. have a nice trip BV :D

      Delete
  8. Nice post! You give me ideas where to bring my friends to, just in case they want to visit my place.

    Betullah tu, tempat tinggal sendiri jarang nak diexplore berbanding tempat orang XD Now that I'm studying in Kuantan, I know a lot of interesting places around Pahang. KL? Putrajaya? I know nothing XD Even masuk KLCC pun belum pernah. HAHAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kak aisya mungkin suka kot taman eko rimba tu, boleh beriadah :D

      haha biasalah duduk tempat orang memang kita jelajah habis-habisan. tempat sendiri malas kann

      Delete
  9. Samaaa lah, biasanya tempat sendiri memang tak rasa nak explore sangat. Tempat orang jugak yang dia suka pergi. Hahah! KL Forest Eco Park tu memang semput jalan nak sampai atas. Hahah! Tapi best lah sebab macam boleh explore the nature. Gitu. Museum bank tu dah masuk dalam wishlist jugak nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. truee semput gila nak sampai kat eko park tu, jalan curam tauu.
      museum bank tu saya suka sbb amek gambar je haha

      Delete
  10. nak play tourist jugakla kat KL nanti. tapi yang Eco Rimba kena jalan banyak tu nanti fikir lain. that museum memang awesome. cantikla bnyak photo spots..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~