17 Jul 2017

Yang sedap itu special

Assalamualaikum

Hi semuaaa! Dah makan malam ke belum tu? Ada yang puasa ke harini? Harini aku puasa so tadi berbuka baru je makan burger sebab tiba-tiba teringin. Usually kalau beli burger aku mesti order dua jenis, daging dan ayam. 1 burger memang tak cukup!


Antara dua burger ni, aku lebih suka daging. Disebabkan lebih suka burger daging, aku akan makan burger ayam dulu dan lepastu barulah diikuti dengan burger daging. Ni memang tabiat makan daripada dulu lagi. Tak kisahlah dia dah sejuk sikit ke apa janji makan paling last.


Haritu baru makan boat noodle buat pertama kalinya, so ameklah 5 mangkuk je. Kat boat noodles ni ada 2 jenis kuah which is satu tu macam kuah sup kicap(pathumtani) dan lagi satu kuah dia pekat sikit kaler macam kuah laksa(ayutthaya).

Dua-dua sedap sebenarnya tapi aku lebih suka pathumtani tu. Yang lagi satu rasa dia agak pedas so kureng sikitlah. Makanya yang berkuah kicap tu akan jadi bowl terakhir sebagai penutup 5 mangkuk mee ni. Aku rasa cukup 5 mangkuk untuk sorang makan, tapi kalau lelaki mungkin tambah banyak sikit kot?


Beralih pula pada sushi, makanan paling favourite sepanjang zaman. Disebabkan sushi ni ada banyak choice, so memang aku pilih semua perisa sedap-sedap! Bila dah pilih semua sedap jadinya taktau mana yang nak kena makan paling akhir sekali, haha. Akhirnya perisa grilled lobster aku simpan yang paling last sekali.

Oh, yang ni empire sushi. Memang ada banyak sangat choice dan harga sushi tak lebih dari RM3. Kecuali hand roll ada yang harga 3 hingga RM4. Jenis sushi dia pun lain daripada yang lain contohnya macam takoyaki sushi, grilled abalone, grilled lobster, chicken floss, deli chicken, etc. Comfirm tak menyesal beli banyak-banyak!

Outlets dia ada banyak, tapi setakat yang aku pernah pegi cuma dekat IOI City Mall, Times Square dan The Store Sungai Petani je.


Same goes to pizza, setiap kali order dominos aloha chicken wajib ada.  Dan ini juga akan jadi pizza terakhir yang bakal masuk kedalam mulut. Pizza lain kita dah settlekan awal-awal.

So inilah antara tabiat makan aku. Ada sesetengah orang prefer untuk makan benda yang paling dia suka dulu, pastu baru makan benda lain. Kalau aku benda yang paling suka tu makan paling last sekali sebab nak rasa kenikmatan dihujung-hujung kunyahan tu, lol! Padahal masuk perut semua sama jee.

Taktaulah tabiat makan aku ni pelik atau orang lain pun sama macam ni? ._.

So korang pulak macam mana? Utamakan yang paling sedap atau yang sedap tu makan paling last?


30 comments:

  1. silap saya.. tengok entri ni pada jam 12.40 tengah malam.. perut pun berbunyi dengan riangnya.. haahaha~

    ReplyDelete
  2. nampak sedap nyaa,empire sushi tu,,harga pun bebaloii !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gilaaaaa! mana nak jumpa sushi yg pelik2 ni harga bawah rm3 kan? sushi grilled lobster dgn abalone tu xD

      Delete
  3. Replies
    1. sekali sekala letak gamba makanan cik nor, hehe

      Delete
  4. aigoo terliur tengok ishhhhh
    ada je org yg macam tu saya pun kdg2 macam tu gak tapi kalau dah lapar sangat mmg tak kisah dah hahaha tiba2 rasa nak makan pizza ni T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lapar macam mana pun still pilih jugak yg mana nak makan dulu, yg mana nk makan last xD

      Delete
  5. telan air liur la tengok sushi dan pizza tuuuuu! T^T
    ramai jugak yg kata sushi kat tempat tu best kt fb
    n teringin nak merasa domino's pizza :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV kan lidah jepun2 comfirm terpikat punya dgn sushi ni T^T tiba2 kita yg tulis entry ni rasa nk makan sushi tu pulak hahaha

      Delete
  6. Tak pernah dengar pun pasal Empire Sushi. Ni yang kena cuba nanti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cubaa! lagi murah dan banyak choice :D

      Delete
  7. Allahu kenapalah tengok post ni waktu pagi buta macamni.
    Dah la perut tengah lapar ni hahaha kejamnya.
    Sedapnya burger daging cheese tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha sorry cikgu :p
      semua orang suka burger, tambah2 pulak ada cheese!

      Delete
  8. Menyesal baca entry ni tengah malam. Hahahah! Sedapnyaa boat noodle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nani selalu kan makan boat noodle? hehe. ni saya baru 1st time. sedap! xD

      Delete
  9. Mama suka juga sushi sedap kan. Kenapa makanan Tu semua sedap isy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak peminat sushi ni.
      hehe nk letak gamba makanan kenalah sedap2

      Delete
  10. Yang sedap tu special atau yg special tu sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 istilah ni pun boleh pakai

      Delete
  11. Wahhhhh sedapnya burger....teringin pulak...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli burger tepi jalan murah je, sedap pun iye jugak

      Delete
  12. Tengok gambar makanan ni lagi Rasa lapar pun dtg semula hahah

    ReplyDelete
  13. luv je mknn mcm ni! burger mmg x genap satu kan. boat noodle sy x try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tomo pun makan 2 jugak ehh hehe

      Delete
  14. Siqah ikut mood mana nak makan dulu. Asalkan semua masuk perut kita, bukan perut orang lain. Haha.

    Paling suka sushi dan pizza!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya taktaulah, mmng kena pilih dulu nak makan yg mana dulu :p

      Delete
  15. Saya penggemar burger daging.. Domino's Pizza saya suka extravaganza.. Sushi pulak saya suka Sushi King set mix bento dan set salmon steak.. Bestlah cerita tentang makanan, hehehe ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yg akak suka tu saya suka jugakk!

      Delete

Nak komen apa? silakan~