14 Jul 2017

Shopping borong di GM Klang


Assalamualaikum

Sebut je GM Klang, nama tempat ni memang tak asing lagi di kalangan peniaga-peniaga. Nilah syurga nak borong segala barang dengan harga yang murah! Baju, kasut, beg, pin tudung, baju baby, gadget phone, langsir semua ada kat sini.

First time aku menapak kat GM Klang ni. Kalau barang-barang yang murah selalunya aku pegi Times Square je. Agak jakunlah jugak sebab ingatkan TS tu dah cukup besar, sekali kau masuk GM Klang ni memang tahap kebesaran dia tu sampai tak habis pusing.


Oh kisahnya pegi GM Klang ni sebab nak beli barang kawen untuk kakak, beli set-set hantaran dengan doorgift. Banyak gila choice, korang boleh pilih nak jenis yang macam mana, price pun tak mahal sangat. Bakal pengantin sukaler mai sini :p


Kedai pengantin ni duduk kat luar bangunan GM Klang tu. Masih di dalam kawasan yang sama, cuma kena jalan sikitlah nak pegi kedai-kedai kat luar. Yang kat luar ni dia lebih kepada jual langsir, karpet, cadar tilam, bantal, barang kahwin. Kalau sape penah pegi Nilai 3, konsepnya lebih kurang samalah. Dari segi harga tak surelah pulak Nilai lagi murah atau GM Klang ni.


Dah settle barang-barang kakak, kita masuk dalam pulakkkk

Yang ni syurga bagi kaki shopping. Baju-baju kat sini semua memang jenis up to date. Kalau nak dapat harga murah, kena borong banyak sikitla. Orang yang buat bisnes online, yang bukak-bukak butik tu selalunya amek stok kat sini je!

Seriously banyak gila choice, memang tak habis pusing satu bangunan ni. Nak survey harga pun aku tak sempat, kahkah!

Beli pin kat sini 10 bijik RM 5! Tapi pin dia jenis satu kaler jela, kalau yang ada batu-batu warna-warni tu 12 bijik RM 10.


Apa yang aku suka kat sini, setiap floor tu mengikut jenis barang yang dijual. Contoh kalau 2nd floor tu dia jual pakaian je semua, floor 3 section kanak-kanak, floor 4 gadget. Senang nak cari barang-barang yang kita dah target gituu.


Aku cadangkan kaki2 shopping sekalian boleh lepak sini. Kalau ada masa banyak trylah survey harga kat setiap kedai, percayalah kaki kau comfirm melecet lepastu. Sebabkan aku kesuntukan masa kat dalam ni so tak dapatlah nak shopping dengan tenang. Syukur jugak duit ni terselamat lol.

Rasa cam nak pegi lagi tapi jauhhhh. Kan bagus kalau boleh pegi naik train je sobs sobs

Thanks for reading!



25 comments:

  1. dh lama dgr pasal GM klang ni tapi pasal dia kat klang so..... yeah.

    tapi mughahhhh T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pun kalau nak datang sini mesti kena beli barang dlm kuantiti yg banyak jekot. jauh dari rumah xD

      Delete
  2. GM Klang selalu dengar dalam iklan radio hehe

    helloaiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya slalu dengar dari mulut orang je. pastu terus pegi sana haha

      Delete
  3. Takut nak pergi GM sebab nanti wallet jadi makin nipis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak kawal nafsu memang dompet boleh nipis

      Delete
  4. busyra suka p sini.. dlu time study. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mest penat nak pusing satu bangunan ni kann

      Delete
  5. Kat sini kalau beli byk mmg berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. beli borong buat bisnes sendiri

      Delete
  6. rambang mata pulak tgk baju2 dalam gambar tu hahaha
    nasib baik mazni tak lama kat situ,kalau tak mmg habis lah duit terbang xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious cantik kak, blouse dgn kurung moden dia ya ampunn
      haha tula, ada hikmah disebalik kejadian xD

      Delete
  7. bestnya GM Klang ni..macam-macam ado ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. OMG macam best. Tapi jauhlah pulak Klang. Anyways, sama lah kita, kalau nk cari barang murah pergi TS haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pegi TS senang sikit naik train. kalau kat GM Klang ni ada train station mmng merayap situ jelah kot rasanya

      Delete
  9. Akak bila pergi GM ni selalu macam sedih sikit. Banyak barang nak beli tapi duit takde :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA betul! rasa tak puas kalau shopping barang sikit2 je kat sana

      Delete
  10. Rambang je mata kalau pegi GM ni hahaha! Alamatnya bye bye money lah 😂

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
  11. Best kan dapat shopping kat sini...macam macam ada...memang boleh kabur mata jugala..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kabur jugak kak, pening taktau nak masuk kedai mana :p

      Delete
  12. banyak kali dengar GM Klang ni tapi belum pernah jejak kaki lagi. Kalau beli harga borong of course la murah kan? bestnya. boleh jimat banyak kalau dapat barang yang kita nak dengan harg lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep dia macam tulah, beli banyak harga makin murah. boleh campur2

      Delete
  13. Saya kerap ke gm.
    Dekat sangatt dgn rumah saya.
    A jugak barang yg murah kat situ.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~