2 Feb 2017

Trip WA: Rottnest Island part 3


Assalamualaikum

Dijangka ini adalah entry terakhir semasa di Rotto, i'll make it it short. Sebelum tu, previous entry pasal Rottnest island ni boleh baca di;


Selepas mengisi perut dengan ketulan sandwich yang ala kadar, kami teruskan mengayuh untuk pulang ke pangkal jalan. Tapi sebelum tu aku cari tempat untuk solat dulu.

Memang sunyi takde orang, itulah Mabel Cove. Kat sini adalah kawasan tebing yang dipenuhi dengan batu kapur. Nah ini gambaran rupa Mabel Cove tu..

nilah tempat aku solat. berangin kauuuu
Cabaran nak solat kat sini, angin mengerbang dengan sangat dahsyat, pastu nak sujud tu sakit sebab batu dia tajam-tajam oii haha. Thankfully, kat sini takde orang langsung pun!

Lepas habis solat berlaku sesuatu yang mendebarkan dimana ada ular kaler hitam yang jenis haluihh tu tiba-tiba muncul dari bawah. Dia nak menuju kearah aku pulak tu, bahana betul!

Lepastu apa lagi, kelam kabutlah lari sebab takut dia kejar pulak. Memang kat area sini dah warning ada snake tapi tak perasan pulak papan warning tu. Time nak keluar baru perasan, ciss! Kalau tau ada ular memang takdenya nak solat kat sini tau T__T

walaubagaimanapun, tempat yg sunyi ni tetap cantik
Lupa pulak nak cerita, sebenarnya sebelum sampai Mabel Cove ni kami terjumpa Quokka. Spesies haiwan comel yang hanya boleh dijumpai kat Rotto ni je. Rupa dia macam beaver+tikus!

                    
gambar 1- "hi Quokka, jom jadi kawan?"
gambar 2- tidakkkkkkk jangan tinggalkan aku!

Yelah dia tak sudi nak kawan dengan kita..

menggedik sungguh tau
Quokka ni merupakan antara "the happiest animal in the world" sebab mukanya sentiasa tersenyum. Boleh search quokka selfie dan korang akan lihat betapa comel dan bahagianya muka si kecik ni bila bergambar. Dahla chubby! x))

Walaupun ni haiwan liar, tapi sangat friendly dan suka datang dekat orang. Diingatkan, tak boleh suka-suka bagi dia makanan ataupun cuba nak dukung si Quokka ni. Takut apa-apa jadi pulak nanti.

 
    

Selepas tu, kami teruskan perjalanan sehingga jumpa pink lake. Yes, sini juga ada pink lake cuma tasik kat sini tak berapa nampak pinknya.

kombinasi kaler yg sangat cantik!
And finally, tamatlah sudah misi berbasikal kami selama 7 jam. Menderita jugak sebab kaki penat mengayuh dan kulit terbakar selama 7 jam, tapi serious berbaloi sebab tempat cantik dan dapat pengalaman berbasikal mengelilingi satu pulau. Kan cheq dah kata, ni antara pencapaian paling hebat yg aku pernah buat :p

So, meh sini aku tunjuk hasil daripada cycling ni. Mohon jangan terkejut..

Realitinya takdelah gelap sampai macam ni sangat. Lighting tak elok tuu, kahkah.
Dia punya sunburn tu sama macam aku praktis kawad kaki selama 3 bulan. Cuma bezanya ni sunburn teruk dalam masa sehari! Pakai sunscreen pun takde kesan sebab SPF 30 je, tak sesuai dengan cuaca summer kat sini T__T

Walaupun dikecam dengan kulit yang sedemikian rupa, tapi kawan aku kata,

"At least kulit kau hitam dengan pangalaman yang orang lain tak pernah rasa. "

Sangat terharuu sebab ada yang memahami. Inilah sunburn yang menyeronokkan!

dan my only sport shoes pun dah terkopak... Beli kat Korea, meninggal di Australia..



Kami turun kat Barrack Jetty, betul-betul depan Swan Bells. Dapatlah tengok bandar Perth ni dengan jarak dekat, cuma tak mampu nak berjalan je sebab kaki dah lenguh mencucuk-cucuk. Lagipun uncle Saf pun dah datang jemput kitorang masatu.

Itu saja untuk cerita Rottnest Island. Kalau berjalan di Perth, jangan lupa listkan Rotto dalam itinerary korang sebab tak pun dari Perth city!


Thanks for reading!



15 comments:

  1. Comelnyaaa Quokka tuuu!! Jinak pulaktu.
    Bestnya jenjalan kayuh basikal. Menikmati pemandangan smbil ambik angin. Fuuuh~

    ReplyDelete
  2. dapat naik bas free tak kat perth tuhhh., hehe2

    ReplyDelete
  3. "Beli kat Korea, meninggal di Australia" hahahaha xD k ni lawak tapi syg nyaaaa haha lol

    jealous pulak rasanya,lama dah tak kayuh basikal -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih tau T__T nasib baik dah beli kasut pengganti masa kat perth tu.
      pasni taktau kasut ni meninggal kat mane pulak :P

      Delete
  4. comelnya quokka tu, selalu tengok gambar dia senyum tu sebab banyak jadi meme XD
    lama dah tak kayuh basikal, teringin pulak nak kayuh basikal T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun lama x kayuh basikal sbb tayar dah pancit, terperuklah dia kat rumah tu xD
      pegi sini barulah dpt kayuh basikal puas2, haha

      Delete
  5. omg, bestnya!!! Bila lah nak travel ni T____T jinaklah punak si quoka tu, nampak macam garang hahahaha :D
    New Update: Random ft SPM result countdown.

    ReplyDelete
  6. singgah sini jap . dh lama follow blog ni . done put u in my bloglist . lets keep in touch as a blogger .. do follow back kay ..

    ReplyDelete
  7. Hahaha. tiba-tiba ada ular la pulak. tak pepasal jadi adventure pulak. hihi

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. Plus, klik iklan menarik di sini juga. :)

    ReplyDelete
  9. rindu gila nak pergi blog kak mazni!! datang2 je cerita bestt :'D
    btw comel gila Quokka tu... & tengok dalam gmbr, dia tersangatlah friendly.. kenapa tak blh dukung & bg makan? takut dia gigit atau mengganas ke?
    Ina sebenarnya dh lama search pink lake tu & buat pink lake tu sebagai wallpaper phone ina. Tak sangka memang wujud :O

    ReplyDelete
  10. bestnya view dia! cantikkk. teringin nak pergi, btw saya singgah dan follow sini ya. jemput melawat blog saya hehe :)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~