10 Oct 2016

Masih hidup


Assalamualaikum

Hi people! Long time no seeeee. LAMA GILA AKU TAK UPDATE ENTRY NAK DEKAT 2 BULAN DAHH.

Sebenarnya boleh dikatakan hampir setiap minggu aku bukak blog sepanjang tempoh menghilang ni. Tapi dek kerana kekangan masa dan esaimen yang melambak tu, terpaksalah blog ini dibiarkan sunyi tanpa sebarang cerita. Memang ada banyaaaaak benda yang nak diceritakan sebab seketul mazni ni memang suka membebel. Tapi yang tu kita tunggu nantilah ek? 

Nanti, nanti... Sampai tahun depan pun tak habis rasanya!

Marilah aku cerita sikit kronologi aktiviti sepanjang tempoh menghilang ni;

 Berjaya tukar phone baru setelah hampir setahun bertahan dengan perangai phone lama yang dah tak betul tu. Yang tu nanti kita buat review, masih dalam draft ni, hehe.

 Kita join color run buat pertama kalinya. Seronok baju dengan tudung kotor dengan warna-warni!

 Last kelas koko untuk diploma. Ramai orang tak suka koko tapi aku suka sebab kelas dia santai-santai je. Banyak ilmu kitorang belajar dari koko terutama pasal negara malaysia. Dah nama pun pemikiran pemimpin. Apapun, encik nik memang daboom!


 Kelas kitorang volunteer untuk program dapur jalanan. Ini untuk projek akhir subjek interpersonal communication. Will update entry soon!

 Berjaya buat screen printing for the 1st time. And yess, aku jadikan header blog ni sebagai design untuk projek akhir ni. Menangis2 nak siapkan kerja cetak ni tau takk, haha. Memang sepanjang siapkan projek screen printing ni sentiasa serabai dengan baju yang kotor terkena fabric ink. Ughh takleh hilang pulak tu T__T

kalau waktu sem 1 dulu aku selalu bising dengan kerja fnd, sem 3 nilah dia fnd yang senior cakap tuu. Tapi still rasa tak percaya aku berjaya cetak atas baju! Dulu teringin sangat nak buat benda ni.

 Hari sabtu baru ni, aku join hari sukan negara. Err.. takdelah jadi wakil untuk mana2 permainan.   Just main apa yang ada je kat padang kawad tu. Paling sadis dahla tak sempat dapat baju, kupon aktiviti pun dia tak bagiii! Ingat kitorang yang duduk kat ceruk bawah tu ada masa ke nak tunggu lama2 sampai pukul 3.30 petang? Agakla wey orang datang pagi kot, KENAPA TAK BAGI JE KUPON TU SEBELUM MULA AKTIVITI??! T__T

Oh ya btw untuk hari sukan kuala selangor ni, uitm puncak alam jadi tuan rumah. Memang ramai gila orang..

 Lepas habis hari sukan negara, kitorang pun berjaya buat benda gila, iaitu berjalan kaki dari padang kawad turun ke kolej baiduri dan zamrud. Adalah dalam 5 ke 6 km gitu. If you guys dah pernah baca pasal betapa jauhnya kolej kitorang dengan kolej2 lain, taktaulah ada ke tak yang sanggup jalan kaki macam kitorang ni hahaha.


 Alhamdulillah pada hari jumaat minggu lepas bersamaan 7/10/2016 seketul mazni bertambah umurnya menjadi 19 tahun, my last year as a teen hewhew. Semalam baru meraikan hari tua dengan menggemukkan diri dekat sushi zanmai. Sedap!

 Last but not least, aku sebenarnya tengah hadap final exam ni. 2 paper dah selamat untuk aku bertawakal kepada ilahi, tinggal another 2 papers to go pada 15/10 dan 18/10 nanti. Wish me pass this semester with flying colors!

Papaii.

Thanks for reading!

ps; bolehlah tolong klik2 ads kat tepi tu ye. hehe

24 comments:

  1. aaaa, mudanya diaaaa, ya Allah! :D

    dah besar ni, I love koko, so many things I can learn other than academic stuffs. hahaa
    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terima kasih! tahun depan dh 20 dah boleh panggil saya tua kot xD

      saya suka koko tk kira jenis yg aktif atau pasif haha!

      Delete
  2. 19? selama ni ingatkan sama umur hahaha . bestnya banyak aktiviti! hehe goodluck mazni! do your best utk exam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha awak atas lagi eh? xD btw thankyouuuu!

      Delete
  3. bday kita 1 day apart je hoho len kali boleh celebrate sesamaaa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tulah, baru tau bday kak aisya sehari lps bday saya xD

      Delete
  4. wahhh menghilang sebab busy ye. lepas nie boleh la aktif balik ye.
    menarik betul aktiviti korang :D
    all the best ya mazni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas examlah kot baru start aktif, hehe
      terima kasih BV :)

      Delete
  5. happy birthday! bestnya umur masih 1 kat depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! tapi tahun depan dh jadi 2 :(

      Delete
  6. bank activity tu..Abe Nik pok klau masa kat u memang jaranglah update.....
    apa2 pon good luck 4 ur final exam

    ReplyDelete
  7. Okay lps ni boleh berniaga tote bag ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, nnti mohonler sapot bisnes saya okay? haha

      Delete
  8. fuyooo. tukar phone baru! phone apakah? Tak sabo nak baca weh ekekeke. bestnya paper dah nak habis. aku ada lagi 4 paper (T^T) Semua killer subject lak tu. Moga AD untuk sem ni, maz! :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita hupdate entry ye awak! AD ke DL? InysaAllah, you too babe :*

      Delete
  9. Baru tau awak palam jugak haha. Tekejut tgk yg gambar koko awak tu ada vlassmate saya jugaj hahhaha lol. Btw hai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi hi! alamak malunya ada budak palam tau blog sayaa >< jgn bagitau kt classmates awak tu eh lol

      Delete
  10. Hahaha, bestnya you day mazni! Mcm-2 happen ek! ;) Btw, Best of luck final and may you achieve good result! Amin! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlaaa~ sem ni try mengaktifkan diri :p thanks doa, InsyaAllah!

      Delete
  11. Tudiaa sekali combine dengan macam macam cerita. Goodluck Mzni untuk final exam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teaser je ni, nanti ada masa kita update entry satu2 :p thanks kak nani!

      Delete
  12. Baru 19 tahun rupanya Maz. Mudanya awak ni :)

    Pelbagai aktiviti ada sepanjang tak update blog 2 bulan ni ye. Seronok tengok aktiviti masa belajar dengan kawan2. Rindu zaman uni :(

    Have a great time :)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~