24 Oct 2016

Oppo F1s memang badaboom untuk selfie!


Assalamualaikum

Harap maaf, ini bukan review berbayar yerps. Saya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai pengguna yang berwibawa sahaja.


Ini dah masuk kali ke-3 dalam seumur hidup aku tukar phone. Tapi so far ni merupakan antara phone yang paling aku rasa puas hati sebab ianya model yang paling latest! Oppo F1s, haa ni yang orang panggil henpon Nora Danish tuu.

Keluaran oppo f1 ni ada 2 pilihan warna iaitu gold dan rose gold yang memberikan imej elegant kepada penggunanya. Aku semestinya amek kaler rose gold! Kaler rose gold ni sangat sangat cantik. Even promoter aku yang lelaki haritu pun pakai kaler rose gold jugak, what say youuu?

Dengan trademark "selfie expert", memang phone ni sangat sesuai untuk engkorang kat luar sana tu yang suka sangat selfiaq. Haa meh sini cheq tunjuk sikit spec untuk kamera dia.

Camera
Ni gambar kamera belakang, 13MP.
Kamera dia memang cantik hokay. Even amek gambar waktu malam pun still nampak cantik

Dah nama pun selfie expert atau ber-hastagkan #pakarselfieanda so kenalah letak sikit hasil gambar selfie kan? 

Aku ni bukanlah sejenis makhluk yang suka selfie tapi sejak guna oppo f1s ni, boleh tahanlah selalu jugak terbukak front camera. Oh btw, front kamera dia 16 MP tau! Lighting kau lawa ke huduh ke, gambar selfie korang sentiasa nampak cuns! Ohmaii siapa yang nak say no to selfie bila kamera depan dia lawa tahap melampau?


Selain tu, kat kamera ni pun ade function "palm gestures". Yang ni no need to set2 timer lah, especially bila ambik gambar secara berjemaah. Kau cuma perlu angkat tangan macam presiden, pastu automatik gambar dah ter-set timer dengan sendirinya. Lepasni takdelah masalah dah set timer tapi ada yang terbuat muka gorilla sebab tak sempat nak ready kan? 

Fingerprint sensor

Dengan adanya function thumb print ni, rasa tahap keselamatan henpon lebih terjaga dan sekaligus memudahkan aku, iaitu tuan punya badan untuk meng-unlock henpon sendiri. Setiap kali nak unlock henpon aku just letak jari kat button home dan taraaa, dah unlock. Bukan tu je, malah fingerprint sensor dia sangat laju hokey! mudah dan efektif.

Design yang sangat cantik dengan 5.5 inch size screen serta slim body


Antara salah satu sebab yang buat aku jatuh cinta kat F1s ni mestilah sebab design dia! Psstt, ramai yang kata design f1s ni macam iphone 6 plus. Yang ni memang tak tipulah, sekali pandang memang macam iphone 6 plus. Nipis pun iye jugak dan paling best, screen besar tu yang syok bila nak tengok movie kat phone, heheh. 

Berat phone adalah 160g.

Memory phone

Memory adalah 3GB RAM + 32GB ROM. Yang 32GB tu depends la nak tukar besar mana, macam aku terus je beli 64GB. Kalau phone lama haritu masalahnya sebab selalu insufficient storage, kali ni dah takde lagi masalah tu!

Battery & fast charging support

Yang ni aku suka, battery dia memang tahan lama wey! Ada sekali tu, seharian aku ada program dari pagi sampai malam. Time tu pegi dengar lagulah, main twitter ig semua2 tulah, ambil gambarlah, rakam videolah senang cite memang banyak pakai phone jugaklah haritu. Pastu sebelum nak balik tu tengok battery ada lagi 30%. Untuk pengetahuan aku cuma charge phone pagi sebelum start program, sepanjang program langsung tak charge phone pun okay! Kesian powerbank tu macam takde jasa je, haha!

Selain tu, ia sangat fast charging. Dalam masa 1 jam je battery dah boleh full charge.

Simcard

Pakai nano-SIM dan boleh masuk 2 simkad.

Display

HD, IPS-TFT, 16 million colors

Operating system

ColorOS 3.0, Android 5.1


Setakat ni memang puashati guna oppo f1s ni! Semua perfect :D Rasa bangga jap jadi oppo user, biarpun phone oppo sebelum ni maha gila sampai buatkan aku rasa macam nak khianati semua jenama oppo, tapi f1s ni memang kesayangan saya muehehe. Thanks oppo!

Thanks for reading!



28 comments:

  1. memang lawa lah gambar dia. tapi mahal lah oppo.. hanya mampu berhuhu sahaja. follow sini ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya price dia okay2 jugakla, huhu.

      Delete
  2. Uitm puncak alam??????? Tapi oppo punya camera tak pernah kecewa fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kat alam bina, awak puncak alam jugak ke?
      ikr kamera dia mmng lawa!

      Delete
  3. ala awak jealousnyaaaaa :D saya pun memang berkenan nak beli.. saya pakai oppo juga skarang ni tp R1L memang best oppo nak amik gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, kamera oppo mmng lawa. dulu phone oppo saya yg bengong2 tu pun quality gambar still not bad jugak sebenarnya, haha :D

      Delete
  4. Cantiknyaa gambar. Aihh ada jugak yang beli oppo ni kang. Hahaha ! Henfon ni pun dah sendu sendu dah sekarang

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Uishhhh! Boleh tahannnn! Hahahaha. Okok

      Delete
    2. harga yang memang berpatutan untuk handphone secanggih nie. kamera dia serius cantik sangat :D

      Delete
    3. kannn >< mmng suka kamera dia, haha

      Delete
  6. Tumpang tny, mazni beli on9 atau Kat kedai phone? Ada beza x hrga kat dlm internet dgn hrga kat kedai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat kedai. tak silap saya harga dia sama je :)

      Delete
  7. Iqah! Bg sesape yg tgh cari phone bila bacaentri ni mesti nk beli oppo f1s ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak JM taknak tukar phone oppo ke, hehehe

      Delete
  8. Betul lah sekali pandang ingatkan iphone 6s plus sbb asa warna rose gold

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaler dia lebih kurang iphone je. lagipun kaler gold dgn rose gold ni sekarang tgh trend :D

      Delete
  9. Nak beli iphone mahal, RAM & MEGAPIXEL pun kecik. Stop buat menunjuk boleh lah. Beli oppo jo lah. Ram 3GB. CAMERA MEGAPIXEL besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah iphone ni kengkadang ada masalah ram kecik. kalau nak ram besar tu harga dia pulak boleh buat org menangis hahaha

      Delete

Nak komen apa? silakan~