Assalamualaikum
Hellow people finally it's a semester break! Habis jua semester 3 yang paling pecah otak ni.
Kitorang dah plan bercuti ni sama-sama, pastu ramai yang nak join. Tapi bila hampir tiba pada hari kejadian, ramai pula yang tak dapat pegi.. Inilah susahnya bila rancang bercuti masa hujung sem, ramai yg nak balik. So jadilah dari 17 orang, kepada 6 orang sahajaa. Include adik ainul, jadi 7 orang.
Kitorang pegi Tadom Hill, Banting. Harga nak masuk untuk seorang RM20. Tapi kalau awak tu student, please bawak student card okay! Untuk student dapat RM16 je! Takde student card, silalah bayaq 20 hengget.
Tempat ni sesuai datang dengan kawan-kawan. Walaupun nampak macam hambar tapi syok berenang sebab air dia bersih. Uniknya kat sini, chalet2, pondok atau semua benda kat sini diperbuat daripada buluh! Ni macam stye rumah2 orang asli laa hahaha.
Paling bestnya, tempat ni tenang daripada bunyi-bunyi bising dan dikelilingi nature.
Sini memang tempat yang sesuai laa kalau nak camping. Penginapan kat sini pun sebenarnya berkonsepkan camping. Korang boleh pilihlah nak tidur dalam khemah ke atau chalet buluh. Sesuai kalau pegi dengan kawan2.
Tapi kitorang ni idokler tidur kat sana. Dah nak balik cuti sem dah pun baik tidur kat rumah, hahaha.
Tapi kitorang ni idokler tidur kat sana. Dah nak balik cuti sem dah pun baik tidur kat rumah, hahaha.
Walaupun ini tasik buatan manusia, tapi air dia bersih dan takde bau-bau hanyir. Eeeii kalau pegi kat tasik buatan ni kan selalu bau dia busuk macam aquarium ikan yang dah tak cuci setengah abad, haha. Tapi kat sini okeylaaa.
Btw, aktiviti yang korang boleh buat di sini ialah naik rakit buluh, berendam, platform untuk terjun dan benda yang bergayut sampai terjun masuk air tu. Korang faham kan apa benda yang aku cuba maksudkan tu? lol nanti kita tunjuk gambar.
The gedebuk splashhh!
Di antara mereka mereka ni, aku rasa aku yang paling hyper kot.. melompat sana lompat sini.. Tak cukup dengan tu, aku sorang je yang main benda gayut sambil terjun dalam air tu.
Platform tu nampak je macam "elehh takdelah tinggi manaa", kau jangan kata camtu! Bila dah naik atas platform tu kecut perut weyy, rasa tinggi macam KLCC. Adalah dalam 5 m dia punya ketinggian tu.
Sakit jugak time jatuh dalam air ni. Dia punya jatuh gedebuk tersplash tu baeeekk punyaa! Selain cara terjunan aku sangat hodoh seperti nangka busuk yang jatuh ke dalam air, secara tak sengaja aku terjerit sampai terkeluar suara perempuan.. Selalunya kalau aku menjerit suara jantan kott hmm malu pulak..
Lepas dah puas berenang, kitorang pun pegila mandi shower dan solat sebelum balik.
Tandas dengan bilik mandi kat sini memang unik, diperbuat daripada buluh je. Surau pun sama. Don't worry tandas kat sini bersih dan selesa. Senang cerita, aku suka suasana kat sini.
Lepas dah bersiap, terkejut aku bila nampak atas meja tu ada kek yang bertulis "happy belated birthday mazni". Lol tak sangka tahun ni pun dapat surprise macam tahun lepas! Cuma bezanya tahun ni tak menangis je macam dulu. Patutlah dari jauh dah nampak diorang ni senyum2 pandang aku. creepy tahu takk?!
Tak sangka sebenarnya diorang sudi buat serprais kat kita even birthday dah lepas. Paling takleh blah, hint tu dah ada kat depan mata, tapi aku masih tak perasan! Rasa macam mata ni seakan-akan kena hijab pulak haha naif sungguh!
Tandas dengan bilik mandi kat sini memang unik, diperbuat daripada buluh je. Surau pun sama. Don't worry tandas kat sini bersih dan selesa. Senang cerita, aku suka suasana kat sini.
Lepas dah bersiap, terkejut aku bila nampak atas meja tu ada kek yang bertulis "happy belated birthday mazni". Lol tak sangka tahun ni pun dapat surprise macam tahun lepas! Cuma bezanya tahun ni tak menangis je macam dulu. Patutlah dari jauh dah nampak diorang ni senyum2 pandang aku. creepy tahu takk?!
Tak sangka sebenarnya diorang sudi buat serprais kat kita even birthday dah lepas. Paling takleh blah, hint tu dah ada kat depan mata, tapi aku masih tak perasan! Rasa macam mata ni seakan-akan kena hijab pulak haha naif sungguh!
Happy Maz is happy~ Kek ni cantik & sedap! Tau2 je iolls memang suka kek cekelat kan hehe. Thanks a lot baiduri people serta adik ainul dan 2 orang jejaka zamrud! haha
Semoga next sem kita boleh bercuti ramai2 pulak!
Thanks for reading!
YA Allah seronoknya . bila la saya ni pi sana dgn kengkawan. padahal dekat je XD
ReplyDeletememang best kalau datang ngan kawan2! trylah stay sana 1 malam ke :D
DeleteMenarik! Siqah teringin nak pergi sini tapi masih tak bekesempatan. Tengok bersepah dah gambar orang kat IG. Hehe.
ReplyDeleteHappy belated birthday happy Maz :)
not badlah tempat dia, hehe
Deletethankyou kak :D
woooo bestnya! tapi sy fobia tgk tasik yg besar mcam tu hahaha fikiran negatif sgt T_T
ReplyDeletemasa tengok org post kat ig nmpk je tasik tu mcm besar, bila pegi sndiri sebenarnya takdelah besar mana pun xD
Deletemenarik nie. kalau dekat nak je pergi. tapi BV bukan pandai berenang pun. hahhahaha T^T
ReplyDeleteno worries, ada jecket disediakan :p
Deleteplan dengan kawan nak g tadom hill tapi sampai sekarang tak pergi pergi :D
ReplyDeletebelum sampai masa lagi tu, hehe
Deletealahai, sweetnya kawan2 mazni..
ReplyDeletesweet sangat xD
DeleteNasib ada safety jacket. Ada canlaa nak pegi. Kalau tak, mampu tgk jerlaa. Terliurr jgk nak try yg gayut2 tuu.Btw, belum smpai lg sini. Hukhuk
ReplyDeletennti mai sini trylah naik yg gayut2 tu, time nilah nk acah2 mcm perenang terjun olimpik, haha :p
DeleteYa Allah Mazni, kak Nad yang rumah dekat gila ni pun tak sampai lagi ni huhuhu. Nak pergiiiiiii~~~
ReplyDeleteapeni kak nad, tak bantinglah kalau belum pegi tadom lagii :p
Delete