13 Sep 2014

Hadiah barter

Assalamualaikum

Apakah itu 'hadiah barter'? Ia adalah nama lain yang telah diubahsuai dari perkataan 'sistem barter'. Sistem barter ialah  proses pertukaran barang dengan barang yg lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna tanpa melibatkan mata wang. Hahaha melalut pasal perdagangan lak kau.

Kitorang 5 beradik ni lain sikit bila nak bagi hadiah birthday. Setiap tahun, sape-sape yg nak dapat hadiah birthday dari adik-beradik makesure kau kena bagi hadiah kat dia dulu. Kira deal lah kan. Mana aci orang bagi hadiah kat dia tapi dia tak bagi hadiah kat kita pun. Ewah ewah~ nampak sangat tak ikhlas nak bagi hadiah.

Sebenarnya birthday aku lambat lagi. Bulan depan. Tapi alang-alang tadi dah pergi SBU Bangi untuk beli hadiah birthday kaklong, maka hadiahku dapat awal sikitlah xD Tapi hadiah dari abang dengan adik je belum dapat. Sebab aku tak beli untuk diorang lagi :p

Aku belikan square shawl untuk kaklong ngan kakngah. Harga RM25, so diorang kena bagi aku hadiah yg harganya sama dengan hadiah yg aku bagi kat diorang. Inilah yg dipanggil hadiah barter. Got it? 

Nak describe sikit pasal hadiah yg aku dapat;

square shawl:- ada banyak pilihan warna. Ada yg plain, ada yg bercorak. Senang nak bentuk. Cara pakai simple.

Alpha Arbutin Soap:- Orang kata sabun ni bagus. Bau dia wangi. Boleh putihkan kulit. Tapi rasanya takleh guna untuk sabun kat kulit muka kot. Boleh TENGOK SINI

Egg white mask:- Haritu ada terbaca petua tradisional yang putih telur tu bagus untuk rawat kulit berminyak. Disebabkan sayang nak bazirkan telur yg ada kat rumah tu, so beli jelah mask ni. Dah nama pun 'egg white'. Time nak cabut mask tu sakit hati sikit sebab mask dia warna putih lutsinar. Aku tak pasti sama ada yang aku tengah tarik tu ialah mask atau kulit muka aku, lol. TENGOK SINI

Walaupun ada banyak hadiah yang aku dah dapat, ada satu hadiah berharga yang tiap-tiap tahun aku selalu dapat tapi tahun ni aku tak dapat hadiah tu buat pertama kalinya. Ciuman birthday dari mak. Bila pagi birthday je mak mesti cium pipi aku dan bagi wish. Tapi tahun ni je takde sebab mak aku pegi haji, huhu.

Eheh, nak mintak tolong. kalau sudi bolehlah tolong klik sampai habis loading eh. Terima kasih!

Sekian, Assalamualaikum~

22 comments:

  1. Yang egg white tu macam famous sangat je kat Malaysia sekarang.

    Happy birthday in advance, Mazni :)

    ReplyDelete
  2. Macam best ja sabun arbutin tu kak mazni! Nak juga! Nanti giliran mak saya pula pergi sana. Mesti rindu dan kucar kacir rumah dibuatnya... Tapi saya pun nak minta mak doakan untuk kejayaan saya! :D

    ReplyDelete
  3. Happy birthday yer Mazni... Dulu masa zumal masih sekolah bila hujung tahun kami akan bawak hadiah pastu akan buat cabutan untuk undi hadiah siapa bakal kita dapat. Syok sangat ^_^

    ReplyDelete
  4. ooo.. ingatkan buat sistem ngan blogger.. ekeke.. kalau family akak, randoms.. selalunya makan or kasi duit...

    ReplyDelete
  5. Happy birthday kak mazni cumell! :3 macam best je hadiah barter ni,hahaa..

    ReplyDelete
  6. Baru adil kan, kita bagi adiah pastu kita dapat adiah. Huhu. Sistem barter. Centu eh ejaan dia? Lama tak guna ayat sistem barter. Haha

    ReplyDelete
  7. happy birthday mazni.
    hahaha. pakai mask memang rasa macam nak bertumbuk dgn muka sendiri bila cabut.

    ReplyDelete
  8. wah.. happy birthday!! soon. haha.. :) bestnya korang. :(

    ReplyDelete
  9. owhhok.. mengamalkan sistem barter lah :D :D :D menarik nih XDD
    ahahaha..

    arbutin dgn white mask macam menarik :D sebab selendang tak paki tu pasal ^_^ tapi wana selendang cantik :D

    nanti nak birthday baru wish hehehe :D anyway semoga parent selamat sampai pergi dan balik aamiin :D

    ReplyDelete
  10. syoknye lahh dapat tukar2 hadiah :)

    ReplyDelete
  11. yang egg mask tu saya pakai blackhead tak keluaq pon. siap jerawat naik lagi ada. tension betoi T.T

    ReplyDelete
  12. bagus juga guna sistem barter.tukar2 harga kasi sama..hehe.. tp kitaorang adik beradik jarang tukar2/bagi hadiah.agaknya tunggu kahwin la bagi hadiah

    ReplyDelete
  13. bestnya hadiah barter! akak nak jugak :)

    ReplyDelete
  14. seronoknya barter2 hadiah macam ni :)

    ReplyDelete
  15. salam kenal drpd Kak Farrah :)
    akak datang membalas kunjungan.

    ReplyDelete
  16. Egg white tu xpenah pakai, tapi penah pkai scrub sama jenama dgn egg white tu. Bau scrub die emm...sgt wangi!!

    ReplyDelete
  17. bestnyee barter dgn adik beradik...sebab boleh dpt hadiah yang kite nak kannn..

    ReplyDelete
  18. HB :D ! hahaha amboii seronoklah dapat hadiah barter tu hehehe

    ReplyDelete
  19. egg mask tu memang popular ...wah

    ReplyDelete
  20. sabun putihkan kulit? Nak cuba gak la cmtuh..
    menarik juga sistem mcm ni.. dalam family aku tak ada pun buat hadiah barter mcm ni >.>
    Birthday pun jarang sambut huhu

    ps: Sanah helwah

    ReplyDelete
  21. Hahhahaha boleh pulak deal dulu camtu eh Mazni? Hahaha jom deal jom :p

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~