29 Aug 2014

Kisah daftar haji


Assalamualaikum

Sudah sebulan daku tidak menaip entry baru di blog terchenta ni. Paling lama aku biarkan blog berhabuk adalah dalam 2 minggu cenggitu. Kali ni pecah rekod sampai sebulan pulak, ngeheheh. Terima kasih kepada pengunjung yang selalu singgah ke blog ni walaupun makin tak terupdate! T^T

Al-kisah masa cuti raya hari tu,
Parents aku pegi Tabung Haji sebab nak selesaikan urusan Haji. Sambil-sambil tu pergi daftar haji untuk kaklong jugak. Kaklong aku umur 25 tahun this year, dan kemungkinan dia baru boleh pegi haji masa umur 84 tahun!! Hahaha dah tua takde gigi baru boleh pegi Haji ...

Kuota haji sekarang tersangat-sangatlah penuh. Kalau kita daftar tahun ni, dia ambil masa 59 tahun baru boleh pegi haji. Itu untuk tahun ni punyalah. So that's mean, 17+59=76. Umur 76 tulah baru aku boleh buat haji. Entah hidup ke tak lagi waktu tu T__T Macam ustazah aku, dia daftar tahun lepas dan dijangka buat haji tahun 2060 tak silap.. Nak pengsan aku dengar bilangan angka yang melampau tu

Sebab tu seelok-eloknya daftar haji masa kecik-kecik. Tapi syarat nak mendaftar, dalam bank mesti ada duit RM1,000 atau ke atas. Tak kisahlah umur kita berapa, yang penting duit tu mesti cukup. Ada juga baby yang dah daftar haji tau. Hebak ahh lahir-lahir dah ada duit RM1k dalam akaun. 

Kuota haji dulu tak macam sekarang. Mak ayah aku daftar haji tahun 2007 dan Alhamdulillah dapat pegi tahun 2014. Jarak tahun takdelah jauh mana. Umur pun baru awal 50-an. Umur 40, 50, 60 kira umur yang paling terbaiklah nak buat haji. Tahun ni katanya ada 20 ribu lebih jemaah haji. Tu baru kat Malaysia, belum campur negara lain lagi.....

Kepada siapa yang belum mendaftar lagi, silalah daftar cepat. Manatau nanti ada rezeki mungkin boleh pegi awal kee. Yang penting daftar je dulu. :)

Sekian, Salaam~

22 comments:

  1. mak acik dah daftar nampaknya lama lagi..moga ada rezekinya dapat pergi

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pun tahu yang kalau nak daftat haji kena ada 1k dalam akaun. Nanti balik Malaysia nak daftar jugalah. Masa tu, maybe dah ada 1k kot. Hiks.

    ReplyDelete
  3. dah lama berrdaftar, in sha Allah dapat jejak kaki kat sana.

    ReplyDelete
  4. muehehehe~ orang dah ketaq lutut baru boleh pi haji. aku daftar masa umur 5 tahun, so maybe dalam umur 64/65 tahun dah boleh pergi. see u there ah maz xD

    ReplyDelete
  5. moga Allah permudahkn rezeki kita semua dpt mnunaikn haji.

    ReplyDelete
  6. Allah, 76 tahun. tu kalau panjang umo dan la, kalau dak??

    semoga Allah permudahkan pergi haji :')

    ReplyDelete
  7. Setuju..daftar dulu..selebihnya serah pada Allah..

    ReplyDelete
  8. wahh .. biar betul . Penuh nyaa

    ReplyDelete
  9. akak nak terlentang ke lantai tgk angka tahun bila akak punya turn. smoga dipermudahkan urusan kita utk pergi sana =')

    ReplyDelete
  10. kak sally belum lagi daftar...mmg nak buat jugak...InsyaAllah... :)

    ReplyDelete
  11. Itulah.. Kalau nak pergi haji sekarang ni memang agak susah. Kalau dah daftar awal2 dapatlah pergi awal sikit.. Kalau tak, dah tua tak larat baru dapat pergi.. Tahun ni pun mak dengan nenek saya ja dapat pergi...

    ReplyDelete
  12. Allahu, pilu hati nak bayangkan umur dah emas baru boleh pergi haji :(

    ReplyDelete
  13. Tanya mak, dia cakap semua orang belum ada akaun tabung haji T_____T
    YaAllah moga ada peluang ke sana.

    ReplyDelete
  14. Rindu awak jugakkkkk ! Lama tak blogging hihi ! :D

    ReplyDelete
  15. Mazni dah daftar? Wahhh hebatlah tahniah. Kak Nad tak daftar pun lagi oh

    ReplyDelete
  16. Ya Allah!!nanti umur 76 tahun boleh pergi haji?....omaigod...
    selamat bergelar "hajah"
    alahh.....kalau rasa ta sempat bt haji buatlah umrah .....rasa nak bt umrah tader duit T_T

    ReplyDelete
  17. tatau pun pasal jumlah dalam bank kena banyak tuh.. tapi mmg betul pun.. kalau daftar lambat lagilah lambat gi haji.. ntah2 tak sempat langsung TT^TT
    wallahhu'alam.. mudah-mudahan sempat hendakNya.. aamiin... :)

    ReplyDelete
  18. Harap2 kita dapat jejakkan ke sana suatu hari nanti.. amin......

    ReplyDelete
  19. iya... betul tu.. mama pun terkejut bila dengar adik mama umur 84tahun baru boleh pegi haji

    ReplyDelete
  20. aiyoooooo lama nye... -___________-

    ReplyDelete
  21. Insha Allah ada rezeki mungkin dapat pergi awal...

    ReplyDelete
  22. memang betul, elok daftar haji dari kecik2 lagi....sebab nak menunggu turn dapat pergi haji tuh, alahai..... hahahah :D

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~