13 Apr 2014

Jamuan dan gaji!


Assalamualaikum

Akhirnyaa... hari yang dah lama kitorang tunggu-tunggu tiba jugak. Siapa yang tak suka bila dapat gaji? Ada jamuan makan-makan lak tu. Jamuan ni cikgu buat untuk ahli usahawan muda. Maka dengan ini, tamatlah tugas aku sebagai ahli PUM sekolah. Gaji yang baru dapat ni pun kira gaji terakhir aku kat sekolah ni.

Gaji aku takdelah masyuk sangat. Gaji bulanan orang yang kerja sambilan tu lagi tinggi dari gaji aku yang kerja selama setahun ni :p Tapi kira normallah bagi gaji budak-budak sekolah, muehehe. Kitorang ni datang tolong cikgu je pun, tak payah nak dibayar tinggi-tinggi sangat aih~

Pasal jamuan, cikgu bawak kitorang makan kat restoran Arab. Restoran tu kau jangan cakap cantik dia macam mana. Macam istana. Banyak sangat barang-barang mahal dalam restoran tu. Aku nak berjalan pun takut, kiri kanan ade je pasu-pasu kaca yang mahal tu >< Rasanya dalam restoran tu aku tak nampak satu habuk pun, semua berkilat. Nak betulkan tudung tengok sudu pun boleh nampak dah. 

Kalau bab kebersihan pun dah awesome, makanan dia lagi awesome. Cikgu memang pandai pilih kedai. <3

kan aku dah kata berkilat~
yang ni paling sedap. kebab daging. Bau dia menusuk ke hidung *_*

Lepas dah habis makan, barulah cikgu beri ucapan. Walaupun ucapan dari cikgu ringkas, tapi membawa makna yang sangat mendalam. Lepas dengar cerita dan nasihat cikgu, rasa macam seronok je jadi usahawan. Ada rasa macam nak tukar cita-cita pulak, heheh. 

Dah habis semua ucapan barulah cikgu bagi sijil ngan gaji. Oh betapa gembiranya perasaan waktu tu~ Banyak benda yang aku nak kena selesaikan dengan duit gaji aku tu sebenarnya, tapi bukan nak membazir eh. Memang sangat-sangat diperlukan duit tu.
Sekian, Salaam~


30 comments:

  1. sedapnyaaaa and bestnyaaaa! telan air liur je hazy tgk makan tu .. share sikit ! hehe

    ReplyDelete
  2. Amboi. nak betulkan tudung tgk sudu pun boleh. haha. seronoknyaa bila dapat gajii

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya restoran cmtu . Memang tenang je nak makan kan . Hehee .

    ReplyDelete
  4. waa, cantiklah restoren tuu =) silau mata memandang haha. apa2 pun, tahniah, mazni ^^ eyh, nak tukar cita2 ? pun boleehhhh =P

    ReplyDelete
  5. memang cantik sungguh restoran tu. :D
    suke tgk mknn arab. tapi tak suke makan. hehe.

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi makan nasi arab tu.. btw,, bnyak nya gaji dia. gaji ecah dlu ciput je -.-''

    ReplyDelete
  7. Cantik la restoran tu, kat mana yer ;)

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat tu kak mazni .... Sure kebab tu best giler kan ? Comel lah kak mazni pakai tudung labuh ;')

    ReplyDelete
  9. semua pun berkilat..ehehehe.. nak betulkan tudung..ahah

    ReplyDelete
  10. wahh bestnya dapat gaji dan makan-makan ^_^

    ReplyDelete
  11. hee ninaa pon ahli pum jugak dlu. part pling best bila cikgu blanja makan dgn dapat duit 2 ngehngeh

    ReplyDelete
  12. Wah... Seronoknya dapat gaji and makan2 dekat restaurant best2! Nak jugak nak jugak.. Hihihi... :D

    ReplyDelete
  13. memang bersih betul tu tengok sudu pun boleh. hahaha. masyuk gakkkk tu =D

    ReplyDelete
  14. amboi amboiii berkepuk tuuu heee.
    Alhamdulillah rezeki mazniiii :D <3
    hihihi rindu nak tengok muka mazni hehe. Post more ye nanti heeee :D :D <3333

    ReplyDelete
  15. wahhh tahniah ... seiap dapat sijil lagi...haha

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah...usaha yg berbayar...baru la ada keyakinan! ^___^

    ReplyDelete
  17. wah bestnya ~ dapat makan makanan arab untungnya >_<

    ReplyDelete
  18. mak kauuu.. nampak esklusif je restoran tu. mesti mahal ka?? T.T
    best part dapat gaji. huuu.. tak sabar nak dapat gaji jugakkk.. :DD

    ReplyDelete
  19. nampak macam istana gaya restoran ni XDD
    grand lorh
    ahahaha...

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, rezeki Mazni la ni. Nampak macam banyak je gaji tu.
    Restoran tu memang nampak mewah dan eksklusif sangat.

    ReplyDelete
  21. Wahh bestnye . Mkn pon sedap2 tuh . Haish .

    ReplyDelete
  22. Kak Nad dulu pun usahawan muda time sekolah :') Tp tan dapat banyak cam mazni punnn siap belanja makan lagi

    ReplyDelete
  23. wowo .. memang nampak sgt ohsem tempat ni :) dapat gaji tu bila nak belanja ekk hihihi

    ReplyDelete
  24. Hai mazni....best nya dpy gaji.hihihihii tahniah.wow restoran arab tu mmg cntik sesgt.

    ReplyDelete
  25. best nya dapat gaji.. dapat makan sedap lagi tu.. tahniah mazni.. :D

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~