1 Jan 2014

Allergic

Assalamualaikum & selamat tahun baru

Semua orang sibuk buat entry new year tapi aku ni terdetik nak buat cerita pasal allergic pulak. Dah ramai sangat yang cerita pasal tahun baru, so kite buatlah cerita lain pulak kan xD

Aku ni sejak lahir memang takde alahan dengan apa-apa makanan, boleh je telan apa yang aku nampak depan mata. Alhamdulillah lah takde sakit apa-apa. Tapi ada sesetengah adik beradik yang alah dengan seafood. Memang selalu kalau cerita pasal allergic orang fikir seafood lah penyebabnya.

Macam abang aku, dia alah dengan udang. Tapi nak kata alah tu tak sangat sebab dia still boleh makan udang jugak. Dengan syarat udang tu takde kulit. Tapi kalau ada udang dalam tomyam atau dalam mee memang dia tak makan, sebab udang tu ade kulit. Mungkin dia alah dengan kulit udang kot, muahaha ada pulak macamtu ye.

Adik aku pulak alah dengan ketam atau lobster. Ni kira alahan yang teruk, tak boleh makan makanan mewah. Lahaii kesiannya. 

Bila kitorang sekeluarga bahagia menikmati ketam sama-sama, adik aku pulak cuma makan ikan je. Taktau sejak bila dia kena allergic ni, masa kecik-kecik dulu dia boleh je makan ketam. Masa kat korea dulu lagi parah. Kitorang sepakat nak order lobster untuk makan malam. Adik aku taktau lobster ni rasanya macam ketam. Dah nama "udang kara" so ingatnya rasa udanglah kan. Sekali bila dia makan, gatal-gatal satu badan. Itulah kali pertama dan kali terakhir dia merasa makan lobster~ 

Tapi tak semestinya allergic ni merujuk pada makanan laut je, ada juga yang alah pada makanan darat. Contohnya ayam dengan daging. 

Ada kawan aku dia tak boleh makan ayam. Tapi tu tak kisahlah, at least dia boleh jugak makan daging. Yang paling kesian sekali, kawan adik aku yang sorang ni dia alah daging dengan ayam. Means kena makan sayur jelah. Ya Allah kesiannya T.T Tapi taktaulah dia boleh makan seafood ke tak. 

Cuba kalau ada orang ni alah dengan seafood, daging, ayam. Mesti lagi teruk. Makan sayur memang bagus tapi pada masa yang sama kita perlukan protein dalam badan jugak. Tapi nak buat macam mana kan, dah allergic. Btw, macam mana nak sembuhkan allergic ye? Aku tertanya-tanya jugak :/

Selamat bersekolah utk sesi 2014. Gambar asal ni "school 2013" tapi aku tukar jadi 2014 :p



40 comments:

  1. Salam..cara nak sembuh memang takde laa.. sebab benda ni kita kena pantang perlu jaga pemakanan kita..benda ni nampak je tak bahaya sbenarnya leh bawa maut kalau tak hati.. cth tertiba leh sesak nafas pasal alahan nie. :)
    Ucapan Manis Selamat Tahun Baru 2014 Muaxss

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum pernah lagi dgr allergic ni membawa maut, tapi kalau tak hati2 semua benda boleh berlaku :/

      Delete
  2. selamat tahun baru, mazni. oh ya, tahun ni spm kan? goodluck and all the best ya :D

    farah tak makan sayur xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru farah! thanks for the wish, tahun depan dia pulak PBSMR ye :p

      lol, akak pun tk makan, tapi kobis dgn carrot makan xD

      Delete
  3. Eh abg mazni sama ah mcm kakak qilah. Mmg udang. Tak tahu kenapa kan.
    Hm allergic ni mmg atas orang kot qilah pon tak tahu :/
    Ada kawan lama qila tu mat salleh giteww. Dia takleh makan telur. Kecuali telur yg dh masukkan and masak sekali contoh kek ke, tapi telur je takboleh -__-
    pelik pelik. Yang kekacang apetah lagi kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh abang saya tu kengkadang makan je, contohnya udang tempura :p
      belum pernah lagi jumpa org allergic telur ._. kalau yg kacang tu mmng dah berlambak dah.

      Delete
  4. sama dgn kak sally...akak kalau mkn seafood nnt jadi ikan buntal, hbs bengkak badan lepas gatal-gatal tu...huhuhu....paling kak sally tak suka bila allergic sampai tak boleh bernafas...yg tu mmg siap masuk emergency lagi...

    masa jadi AJK Orientasi, ada budak tu tak nak mkn...alasan dia...dia allergic dgn binatang berkaki 4...sebab dia tak nak mkn daging -_-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kak sally, sampai kena masuk wad. dahsyat jugak org yg kena allergic ni

      lol, tapi kira ok jugaklah at least dia boleh makan seafood :p

      Delete
  5. ssh nye kalau alahan kn..tp nasib la tb xde ape2 alahan..main sebat jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Alhamdulillah takde apa2 masalah :D

      Delete
  6. sy allergic seafood dan ayam,.boleh nk makan mknn yg allergic tapi kna tggng risiko..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebolehnya elakkan lah drp makan makanan yg allergic tu :p seksa tau nak tanggung risiko, haha

      Delete
  7. Protein blh dapat dr telur kan :) Heheh. Allergic blh sembuh sendiri. Like me, allergic dengan udang juga. Ada kulit ke tak, mmg allergic. Hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lupa pulak pasal telur tu ;p nasib baik allergic satu benda je kan

      Delete
  8. mak akak alergik dengan seafood dan telur. makan je mesti gatal satu badan.. caranya kena berpantang untuk makan benda-benda tu.. sampaikan akak pun tak suka makan udang sebab mak tak makan.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun ikut mak ye hehe. janganlah benci udang, udang sedap tau :p

      Delete
  9. assalamualikum ..acik pun allergik seefood ..tak boleh makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam, semua seafood ke tak boleh makan? wuu :O

      Delete
    2. aahh.. kalau tak abislah badan

      Delete
  10. Saya pulak ada alah dekat udang dengan ketam. Nanti gatal tekak and mulut. Memang kalau nampak pun tak ada nafsu nak makan.. Hihihi..

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru dear, mama allergic tu tak, tapi mama jarang makan makanan begitu...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
  12. Selamat kembali ke sekolah jugak kak mazni !! Alhamdulillah kita pun takde allergic , booleh membantai semua makanan .. Kesiannya kawan adik akak tu .. Takde pulak tips nak sembuhkan ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bersekolah jugak fiqah! hehe syukurlah kita ni sihat dan boleh makan semua benda :D

      Delete
  13. alala, kesian ngan adik tuu.. akak masa kecik2 dulu alergik udang. sampai kombang bibir hahah seksi gitu. tapi alhamdulillah, dah besar2 nie tak alergik lagi.hilang secara semulajadi. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh allergic tu mmng boleh hilang semulajadi ea? bolehlah akak makan udang, hehe

      Delete
  14. bertuah kita ni dapat mkn macam2.. hurmm.. cian kt orang yg alergik ni. macam takde ubat.. adik saya dia tak alergik makanan, tapi alergik kat sabun. tangan dia abes menggelupas kalau guna sabun cuci baju or pinggan.. sampai berdarah2.. setakat sapu ubat antiseptik tu, cuma nak kurangkan kesan je. penawarnya setakat ni tak jumpa lagi..

    - gee lion -

    ReplyDelete
  15. saye pon alah jugak dgn seafood nih.. xlah seteruk sampai nak pitam.. cume akan rase gatal kat bahagian tertentu je.. tapi selalu bantai je sbb x tahan tengok sedap sgt..

    ReplyDelete
  16. kesian tau org alergic ni. sebab dia kalau kene bengkak bengkak kdang2 huhuhuh

    ReplyDelete
  17. nasib baik xda alergik kat makanan.. dulu je takleh makan udang sebab gatal2, tapi sekang dah xde kesan apa da.. hehehe

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah akak pon tak alergik dengan apa2 makanan .. :) kalo tak rugi besaq la kan.. seafood terbaik kot ^_^

    ReplyDelete
  19. sy alah dgn udang. takleh makan. nanti sesak nafas.. huhu.. ada cousin lagi lah, alah dgn coke.. bibir dia jadi mcm bibir angelina jolie tu ha.. hehe

    kwn ckp ade pil alergik jual kt farmasi.. tp tak sure lah, tak pernah pulak cari. :)

    ReplyDelete
  20. akak semua jenis akak telan. telan yang suka je la, yang tak kena dengan anak tekak tu tak telan laaa.. gmbar seafood itu sangat mengiurkan ye mazni. haha

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah rasanya akak tak ada alah dengan apape kot ehehe :p

    ReplyDelete
  22. hehe scha allergic pd udang.. scha mmg tak makan udang pn ha. mcm dalam kuah ke apa ke. Selalu jadi kat mata, merah2, gatal2, pastu mula bengkak2.. Tu yg kadang2 susah nak makan luar esp nasi2 goreng sbb dalam perencah kan selalunya da udang kering tula ape la.. sobss

    ReplyDelete
  23. Selamat Tahun Baru.. Alhamdulillah, Nurin xde alahan apa2

    ReplyDelete
  24. Sha alah dengan telur. Aha, pernah dengar? Hehe~
    Sebenarnya, Sha ada excema. Baru saja dalam setahun lebih ni dapat alahan. Susah, banyak makanan ada telur. Kalau makan, jadi biji-biji berair bisa, gatal sangat. Memang Sha elakkan makan telur. Banyak makanan letak telur.

    Sebelum ni, ok lagi. Tapi hari tu Sha balas dendam, makan telur puas-puas tapi salah Sha sendiri juga, ubat tak makan. Sebenarnya ubat dah habis. Huhu~ Sekarang ni, memang berpantanglah. Kalau makan, jenuh nak garu lah. Kalau garu sahaja tak apa, tapi sampai luka berdarah, tu yang tak tahan.

    Beruntung pada siapa yang tak dapat alahan elergik dengan apa-apa =)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~