9 May 2025

Spring Raya : Dari KLIA ke Beijing

 Assalamualaikum

Seperti yang telah di update dalam ENTRY INI, kami sekeluarga buat kelainan pada Syawal 2025, iaitu dengan bercuti di overseas ketika raya ke-3. Plan asalnya adalah abang aku nak pergi berdua je dengan kakngah. Kemudian ayah aku terdengar pulak perbualan diorang nak pergi Beijing ni, maka beliau pun nak ikut sekali. 

Aku mula-mula taknak pergi sebab bulan yang sama tu jugak ada trip hiking, kopak duit wei dalam sebulan travel 2 kali. Lagipun Beijing is not in my list kalau pergi China, sebab aku paling teringin nak ke Yunnan. Tapi bila tengok diorang pergi musim spring, rasa tercabarlah pulak. Kitanya belum pernah merasa musim spring je lagi!

Akhirnya aku membuat keputusan untuk follow diorang bertiga. Tapi mendapat tentangan yang hebat oleh mak. Kisahnya, diorang 3 orang tu dapat harga tiket murah sempena Chinese New Year, RM710 je return. Tapi akan transit di Shenzen selama 3 jam. Disebabkan aku beli lambat, harga tiket jadi RM876. Dan tiket aku ni perlu transit di Guangzhou. Ini kali pertama kami naik flight yang perlu transit ya. Mak risau aku transit sorang-sorang kat negara asing.

Long story short, subuh tu aku beli tiket flight. Tapi dalam pukul 10 pagi camtu tiba-tiba mak update dalam group whatsapp yang dia dengan adik dah beli tiket flight. Aku macam AIKKK?? Adik aku lagi terkejut sebab dia taktau apa-apa langsung pasal mak beli tiket flight ni. 

Bila aku tanya mak kenapa decide nak ikut pulak ni, haritu kata taknak. Jawapan mak, "taktaulah, benda berlaku tiba-tiba je". xD Setelah disiasat, rupanya ayah aku buat ayat kesian. Dia cakap kesian Mazni duduk sorang-sorang dalam flight nanti takde kawan, temanlah dia. Pastu abang aku pulak tunjuk gambar cherry blossom kat sana yang berkembang mekar, maka mak pun teracunlah untuk ikut sebab beliau amat menyukai bunga.

Itulah kisahnya di mana kami berpecah kepada group Shenzen dan group Guangzhou :p

Btw, kami naik China Southern Airlines (CSair). Ini jugak merupakan kali pertama aku menaiki foreign airlines. Boleh dikatakan CSair ni adalah pesawat tambang murah, tapi servis dia macam MAS. Setiap passenger dapat 8kg cabin baggage + 23kg checked in luggage for free. Meals pun sudah include dalam ni.

Selama ni aku selalu naik AirAsia je, nak makan kena tambah lain, luggage pun cas lain. Makanya saya sedikit culture shock bila CSair ni bagi free checked in luggage dan meals. Padahal harga tiket dia lagi murah berbanding AirAsia masa kami pergi ni, serious berbaloi sangat!

maklumlah flight pagi-pagi buta, makan pun dalam keadaan lampu slow jelah. dah serupa macam sahur..

Jika kita dari KLIA nak ke China, makanan yang disediakan adalah certified halal by JAKIM. Tapi untuk flight yang seterusnya, muslim passenger perlu request awal-awal sama ada di email atau by apps. Awalnya aku tak tahu pun kita boleh request makanan halal ni, 4 hari sebelum bertolak barulah kalut pergi email customer service. Ingatkan diorang tak layan sebab last minit, tapi kurang daripada 12 jam dah dapat confirmation untuk Muslim Meal (MOML). Disebabkan kami ada 2 kali penerbangan untuk pergi dan balik, makanya dapat makan 4 kali lah.

Aku terus request makanan untuk group Shenzen juga walaupun kami tak sama flight. Tapi approved jugak. Asalkan dalam email tu mentioned lah detail flight dengan lengkap.


contoh emel yang aku hantar
balasan emel daripada CSair

Transit flight aku cuma 1 jam 25 minit. Sangat rushing dan risau tak cukup masa. Aku ada baca orang cakap if kita order muslim meal, kena check in di kaunter. Disebabkan aku taknak terlepas connecting flight, aku pun cancellah food dari Guangzhou ke Beijing tu dengan harapan boleh buat online check in jelah untuk jimat masa. Rupanya semua international flight perlu check in di kaunter jugak walaupun takde bawak luggage. Aduh risau dah aku.. Sempat ke ni?

nampak tak kalut sampai ambil gambar pun dah tak betul?

Touch down je airport Guangzhou, bas pickup kitorang lambatlah pulak. Pastu kena isi arrival card, beratur kat imigresen, scan barang itu ini. Aku yang tengah blur-blur ni tanya je staff kena pergi kaunter mana, diorang sangat helpful dan permudahkan urusan kami. Rasanya paling lama sangkut kat kastamlah. 30 minit sebelum berlepas, kitorang berjaya masuk dalam flight menuju ke Beijing. Syukur sangat sempat!

Lepasni tobat dah taknak ambil transit yang kurang dari 2 jam, nanti jadi kabut camni lah!

zàijiàn Guangzhou! Thankyou for 1 hour 25 minutes haha!

Kan aku bagitau yang aku pergi cancelkan food dari Guangzhou to Beijing kan? Makanya aku takdelah makanan sepanjang 2 jam setengah perjalanan tu. Tapi pramugari sangat baik dan dia bagi je makanan yang selamat untuk dimakan oleh muslim. Rasa terharu pulak still dapat food padahal salah sendiri sebab pergi cancelkan makanan.

bolehlaa dari takde langsung

Akhirnya, kami pun tiba di Beijing Daxing International Airport dan berlegar-legarlah di kawasan situ sementara menunggu ketibaan lagi 3 orang tu. Rasa excited betul tengok airport Beijing ni ada tap untuk cold dan hot water. Kalaulah aku ada mee instant kan.. 


Lepas dah gather semula 6 orang ni, kitorang nak pergi naik airport shuttle dan tukar train menuju ke Beijing Railway Station. Aku ada baca blog orang lain bahawa jika kita pergi ke China dan nak beli public transport punya kad, boleh beli kad Yikatong di mana-mana railway station. 

Bila kitorang nak beli kat airport tu, dia cakap tak boleh beli pulak. Aku pun tak faham sangat apa sebabnya tak boleh beli.. Tapi dia bagi kitorang kad one way untuk ke Caoqiao Station dan katanya cuba beli di sana. So kitorang gerak jelah pergi station tu. Dah sampai sana, dia cakap kad Yikatong tu sebenarnya only for Chinese ID je yang boleh beli. Kalau foreigner nak beli, kena beli kat airport.

Laahh dah tu tadi kitorang nak beli kat airport la kan? Lost in translation betullah depa ni. Sudahnya untuk public transport ni guna Alipay je. Nasib baik aku dah pesan kat semua orang untuk download Alipay just in case anything happen kan. 

semua tengah kelam kabut aktifkan function public transport kat Alipay

Selepas sejam lebih kitorang duduk bawah tanah (read: underground train) finally, kami tiba di Beijing Railway Station, iaitu station yang paling dekat dengan hotel kami selama 5 hari. Sangat mudah ye bila penginapan kita berdekatan dengan main station.



Dari Beijing station ni lebih kurang 5 minit berjalan kaki nak ke hotel. Awal-awal masa sampai tu standard la sesat jalan sebab terguna jalan yang jauh. Hari seterusnya dah pandai guna shortcut dah. Kami menginap di Beijing Zhongan Hotel.

courtyard

Hotel ni memang selasa sangat. Disebabkan kami datang berenam, kena book untuk 2 bilik lah. Satu bilik berempat, lagi satu bilik berdua. Tapi tau tak apa yang paling kelakar? Bilik aku berada di tingkat 4 dan hotel ni tak ada lift yaa. Paling kesian kat mak lah sebab kena panjat tangga tu. Memang aku bebel kat abang kenapa cari hotel yang takde lift! hahaha.

Tapi overall, hotel ni memang selesa sangat. Fasilities hampir lengkap, ada mesin untuk basuh baju juga. Slacknya sebab takde lift je.


Malam tu, kitorang ada keluar jalan juga, cuma mak je tak ikut. Tapi disebabkan macam dah panjang je, makanya akan bersambung di next entry ya.