7 Jan 2015

Hadiah awal tahun


Assalamualaikum

Dah seminggu tahun 2015 berlalu, aku masih tak wish selamat tahun baru. K dah taknak wish selamat tahun baru sebab dah lewat seminggu. 

Btw tak percaya umur dah 18 tahun. Rasa macam minggu depan aku kena pergi sekolah je. Buku-buku dengan kertas latihan tahun lepas yang bersepah tu masih tersergam indah lagi kat dalam rak buku aku. Punyalah baloq liat gila nak mateyy nak kemas sampai mak aku pun label aku pemalas gila nak mateyy.

Ok sempena awal tahun 2015 ni aku dah dapat 1 hadiah dari Kak Farah sebab join GIVEAWAY NI. Memang terharu sangat sebab minggu pertama tahun baru dah dapat hadiah yang comel. Rezeki awal tahunlah katakan :D 

Benda ni sampai hari isnin haritu sebenarnya, tapi baru nak update sekarang. Mana taknya balik kerja sampai pukul 10 malam. Memang idoklah eden nak jenguk peti surat tu. Ni pun adik yang tolong ambilkan. 


Terima kasih kak Farah untuk magnet yang comel ni! Elok je dia melekat kat peti ais tu. Bertambah koleksi magnet kat rumah.


Maka dengan ini, daun maple pun bahagia bersama dengan kawan-kawan barunya di peti ais.
The end.

Kahkahkah!

P/S: Terima kasih jugak utk note card Jasper tahun lepas. Tak dapat update sebab tak bukak blog sampai habis SPM, hehe.

Thanks for reading!