30 Jul 2025

Perihal bawa anak pergi hiking

 Assalamualaikum

Haritu aku pergi hiking di Gunung Datuk. Antara gunung favourite aku, entah dah berapa kali repeat. Pergi berdua dengan adik je sebab dia yang nak datang sini.

sebab kenapa suka datang sini, view cantik!

Masa naik tu okay je, ambil masa standard untuk sampai peak iaitu bawah 2 jam. Haritu aku naik gunung Datuk pakai sandal je sebab tertinggal stokin kat rumah. Lebih rela bersandal daripada pakai kasut tanpa stokin dalam keadaan kedua-dua belah ibu jari kaki tengah problem, haha.

ok cut the nonsense, ni bukan topik yang aku nak ceritakan.

So kisahnya, Pukul 10 am kami terus turun. Lagi 15 minit hampir sampai bawah tu nampak ibu dengan sorang anak perempuan ni berdua je tengah nak naik atas. Bagi aku macam lewat jugaklah hampir pukul 11 pagi baru nak mula naik.

Siapa yang pernah hiking gunung Datuk, mesti tahu trek dia masa awal-awal tu agak mencanak dan berbatu sampai kena naik guna tali kan? Kami yang tengah turun ni memang kena berhati-hati lah.

Okay berbalik pada ibu dan anak tadi,

Anak dia tu macam tak larat tau so dia mengomel lah suara macam nak menangis. Umur pun aku tengok macam 8-10 tahun gitu kot. So normal lah budak-budak penat dan meragam lagi-lagi bila nampak bukit pacak yang berbatu kat depan mata. Kuss semangat ko dik.

macam nilah treknya

Tapi kata-kata mak dia tu buat kitorang macam tergamam jap.. Ayat dia,

"Eh engkau ni apa masalah eh?"

"Kenapa kau ni macam ni? Kenapa buat perangai ni?"

Masa tu ada lebih kurang 8 orang yang tengah otw turun termasuk kami. Kitorang lah saksi tengok mak yang garang tu tengah marah anak dia. Kuat pulak tu, rasa macam kena marah sekali pulak, huhu. Semua orang kat situ diam je..

Selama aku hiking ni, banyak je ibu bapa yang bawa anak-anak kecik. Selalu tengok parents bagi semangat kalau anak tu tak larat. Ada jugak yang rajin melayan soalan dan telatah anak dan aku rasa benda tu comel sangat.

Ni first time aku jumpa parents yang marah kat anak bila tengah hiking. Agak kesian kat budak tu.. Kitorang pun takdelah tegur ke apa cuz you know kan, some parents ada ego yang kita takleh tegur.. Nanti dikatanya ni anak aku, bukan anak kau. ha sudahh.

Tapi aku rasa tak patut mak nya cakap kat anak macam tu. Budak tu pun kecik lagi. Kita yang pilih nak ajak dia hiking kat gunung (which is trail dia lebih susah berbanding naik bukit santai), kena fahamlah yang budak akan meragam dan penat. Kalau tau nak marah-marah, kenapa dibawanya anak tu pergi hiking?

Aku sebenarnya suka je tengok parents yang bawak anak pergi buat aktiviti outdoor camni. Selain pupuk minat untuk beriadah, dia juga ajar anak untuk lebih dekat dengan alam. So dari kecik nilah kena support diorang dan bagi galakan. Mana tau nanti dah besar terus panjat gunung everest pulak ke asbab dari dorongan mak ayah dia sejak kecik.

Nak tegas tu boleh je, tapi marah-marah sampai orang lain tengok tu macam boleh jatuhkan air muka anak je. Dah tak pasal-pasal orang yang tengok kejadian tu tengah judge parenting style kamu.

Pendapat korang? Ke sebenarnya benda ni biasa je, tapi aku yang hati tisu bila tengok budak tu kena marah? haha

26 Jul 2025

Mokky's Pizza @ IOI City Mall

Assalamualaikum

Bulan lepas, adik aku ada ajak pergi makan Mokky's Pizza yang ada kat IOI. Aku pernah dengar pasal pizza ni dan ramai review sedap! Ia diasaskan oleh empat orang anak muda yang bermula dengan eksperimen membuat piza gaya New York di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Shahmi Shaharudin, atau lebih dikenali sebagai Mokky, adalah salah seorang pengasas yang mengilhamkan nama jenama tersebut. 


Nak makan kat dalam, tapi penuh! So terpaksa lah makan belah luar. Angin panas tak rilek betul, berpeluh-peluh aku. So kami pun tengok-tengoklah menu. Harganya standard untuk pizza kayu arang, dalam RM20-40 gitu.

Haa nah korang tilik tilik lah harga dia kat gambar bawah ni pastu judge lah mahal ke murah? haha


Kami order pizza saiz 12" satu, dan saiz 8" satu. Lepas dah sampai, pizza saiz 8" ni okay je sizenya. Dia taklah sekecik macam pizza personal yang kita selalu order kat pizza hut atau dominos tu. Bolehla sebab nak merasa sikit-sikit je punn.

beef pepperoni 12" - RM32
Golden Butter Chicken 8" - RM26

Review aku untuk kedua-dua pizza ni, okaylah sedap jugak. Untuk golden butter chicken ni antara best seller. Aku pun rasa pizza ni unik tapi... not into my liking sangatlah sebab rasa sedikit muak. Aku suka lagi beef pepperoni yang paling basic tu haha.

Mungkin taste aku suka pizza bersos merah kot. 

Standard makan pizza yang dibakar dengan kayu arang ni, masa makanan baru sampai tu berasap-asap ha mulut. Doh pun lembut gebu. Tapi bila dah sejuk jadi liat sikitlah nak mengunyah. Kalau rasa pizza tu pulak agak plain, diorang ada sediakan sos sabacco kunak sebagai penyeri kehangatan di lidah, sebab memang nak terbakar lidah aku makan sos tu ye. Pedasss!

Strawberry mango teapot - RM10

Adik aku order chocolate milkshake, tapi lupa pulak nak ambil gambar. Aku dengan kakngah share je teh ni feeling-felling macam kat London. Memang tak sedor diri dahlah tengah panas, pastu tadi makan pizza tu cicah dengan sos kunak yang maha pedas tu, minum pulak teh panas. Hahaha.

Tapi teh ni takde rasa manis pun. Aku taktaulah kita yang kena ambil gula kat kaunter ke, atau memang teh ni diminum dengan perisa semulajadi dia je? Adalah rasa sikit mango strawberry tu tapi tak kuat sangat. 

Overall, okay je makanan kat sini. Mungkin haritu pizza yang aku order tidak menepati citarasa sangat. Next time kena repeat pizza lain pulak, tapi ambil sos merah. Barulah ada rasa sikit.

19 Jul 2025

Hiking Gunung Nuang via Pangsun

 Assalamualaikum

Hari Sabtu last week (12/7/25), aku dengan kawan (Sahira) pergi hiking gunung Nuang yang terletak di Hulu Selangor. Kami ikut trip by Gerbang Explore (GEO) di Instagram.

Kalau korang jenis selalu hiking, mesti pernah dengar pasal Gunung Nuang ni. Ianya merupakan gunung yang terletak antara sempadan Selangor dan Pahang yang berketinggian 1,493 meter. Ada 2 jalan untuk mendaki Gunung Nuang ni. Trail yang mudah adalah naik via Janda Baik (7 km +- sehala) manakala yang susah melalui Pangsun (10 km +- sehala). 

groupchat dari awal ada berbelas-belas ahli, end up tinggal 6 peserta + 2 crew je 

Trip dengan Gerbang Explore ni memang ikut via Pangsun sahaja. Aku dah well aware yang treknya agak hazab, so.. let's give it a try. Untuk beginner, seeloknya ambil via Janda Baik lah sebab perjalanan lebih pendek dan tak susah.

Mula gerak dari entrance pukul 2.20 am. Pagi tu, ada lebih kurang 3-4 group je termasuk kami. So tentatifnya adalah daripada starting point ni, kita akan bergerak ke pintu rimba yang jauhnya 4.2 km, anggaran masa adalah 1 jam. 

only us in this pitch black hutans

Jalan awal-awal ni santai je, banyak mendatar. Kita panggil dia jalan balak jelah ye. Tapi letih jugak sebab kat sini je dah berjalan 4 km macam tak berkesudahan. Nanti sepanjang jalan tu, kita akan jumpa dengan 6 pondok. Time balik nanti confirm mental dok mengira pondok, bila nak sampaii.

Macam biasalah, aku dan Sahira antara yang terkebelakang sambil ditemani oleh sweeper kami, Mira. Yang 5 orang budak-budak laju tu dah jauh kedepan, tinggallah kami 3 gadis comel ni di belakang huhu. Bapak seram ok sebab Nuang ni banyak jugak cerita mistiknya. Tapi alhamdulillah, takde benda-benda pelik berlaku sepanjang trip ni.

stop kat pondok ke-4
MGP kami merangkap crew GEO (Atiq) tengah mengajar kat tengah-tengah hutan

Lepas dah menempuh jalan balak sejauh 4 km, akhirnya kami sampai di pintu rimba yakni pintu permulaan untuk melalui trek mencanak. Dari pintu rimba ni, kita akan ke Kem Lolo  yang jaraknya lebih kurang 2 km dan mengambil masa sekitar 40 minit perjalanan. Kat kem Lolo ni lah selalunya orang akan berkhemah sebab ada sungai dan tapaknya pun luas juga.

Disini juga merupakan last water point sebelum ke kem pacat, so kami ambil wudhu kat sini siap-siap.

rehat kat sini tak sampai 20 minit pun
inilah kem Lolo (gambar diambil masa otw turun)

Di sini kita perlu merentasi 5 sungai yang arusnya agak deras. Cuaca pulak gelap, makanya please mind your step. Sebab tahun 2024 ada pendaki mati di sungai ni kerana kepala air. Sangat bahaya jika cuaca hujan, memang tak boleh lalu sini tau. Kami ni syukur cuaca elok je.

Perjalanan dari Kem Lolo nak ke kem Pacat ni cuma 2.3 km saja, tapi aku dan Sahira ambil masa 2 jam untuk sampai sini. Dia punya mencanak naik tu buat aku nak marah sebab langsung takde landai. Sepanjang naik ke Kem Pacat ni memang aku pancit teruk lah sampai dah buwek buwek rasa nak termuntah sebab penat sangatt! 

Lagi mental bila dah tak nampak cahaya headlamp diorang yang ada kat depan tu, so kami taktau berapa jauh lagi kena menapak. At last, berhenti sekejap untuk solat subuh dekat tengah-tengah jalan ni. Rupanya dari tempat kitorang solat tu, naik atas sikit dalam 10 minit dah sampai Kem Pacat! 

Patutlah tak nampak cahaya headlamp diorang, rupanya semua tengah sedap membuta, lol!

suasana hutan yang misty dan mistik

Elok kami sampai di Kem Pacat ni, ingatnya nak tidurlah dalam setengah jam. Tiba-tiba hujan lebat pulak.. Berbungkus lah aku dengan raincoat tu. Bila hujan dah reda sikit, crew dah seru untuk gerak ke puncak pulak.

Huaa aku tak sempat nak tidoq tau tak? Mak letihhh!

inilah pacatnya. Pacat biru yang comel tapi takdak sebelah tangan. Euw puji diri sendiri!

Disebabkan cuaca baru lepas hujan dan berkabus, perjalanan menuju ke puncak ni terasa sejuk sangat. Cuaca macam nilah yang kita mahu untuk mendaki! 

Oh sebelum terlupa, puncak yang kitorang nak tuju ni adalah Puncak Pengasih a.k.a puncak tipu. Walaupun cuma 2km je, tapi trailnya sangat hazabb. Semakin curam, berakar dan berbatu which is aku sangat benci trail sebegini.

akar-akar cari gaduh
batu-batu ni pun ajak gaduh
supo jerangkung dah masing-masing panjat akar kayu ni
muka Sahira macam nak caruts, haha
when i said trail dia teruk, macam nilah rupanya

Setelah hampir sejam setengah naik, kami tiba di Puncak Pengasih. Kat sini hutannya bermossy sebab suhu yang sejuk. Hutan mossy camni mengingatkan aku pada Gunung Besar Hantu pulak. Mendamaikan, tapi penuh liku-liku dan macam hauk!

Apapun, dari Puncak Pengasih nak ke puncak Nuang ni perlu naik lagi 600m bersamaan dengan 40 minit ke 1 jam. Before sampai puncak, barulah nampak view pemandangan gunung-ganang di sekitar. Tu pun nampak sekejap jelah sebelum masuk semula ke dalam hutan dan this is the only open view sepanjang hampir 8 jam kami mendaki ye hahaha.

Maklomla gunung Malaysia kan, memang hutan banat sajalah sepanjang jalan.

mungkin ini banjaran Titiwangsa sebab gunung Nuang ni kan dah masuk sempadan Selangor dan Pahang
Bila dah nampak tangga-tangga, ini bermakna dah hampir sampai. Kena redah dalam 5 atau 6 tangga

Finally pukul 10.30 am gitu, kami sampai di puncak gunung Nuang! Walaupun gunung ni hanya berketinggian 1,493 meter saja, tapi tak boleh blah jugaklah mendaki sampai atas tu je ambil masa hampir 8 jam! Mana taknya, sekejap jalan dia turun naik. Menyampah ok menyampahh.

posing wajib setiap kali sampai mana-mana gunung, bergambar dengan papan tanda

Tapi apapun, aku sangat happy dah sampai sini sebabnya Nuang ni antara gunung yang dah lama berada di dalam bucket list aku. Ia juga merupakan gunung ketiga tertinggi di Selangor. Selain tu, kat sini pun merupakan tempat training favourite bagi para trail runner. Ada baca komen kat FB otai hikers beberapa tahun lepas, dia cakap gunung Nuang ni ibarat playground je. 

Playground untuk dia, tapi azab untuk aku hahaha.

antara tarikan kat sini, tupai gemuk!

Masa kami sampai atas ni, belum ramai orang sangat. Kebanyakkan yang memenuhi puncak gunung ni hike via Janda Baik yang cuma mengambil masa 4 jam saja. Kami duduk kat sini untuk bergambar, makan tengahari dan terus turun bila orang dah start berkerumun ramai. Nak turun bawah ni at least ambil masa 6 jam juga. Kalau boleh taknak sampai malam lah.

Anyway, terima kasih pada geng Nuang haritu, especially Mira dan Atiq selaku crew Gerbang Explore yang jaga kami semua dengan sebaiknya. Aku ingatkan naik tak ramai orang ni macam hambar je, rupanya lagi seronok naik 8 ketul macam ni ye sebab senang nak bonding! Kami punya gurauan dan ramah mesra tu macam dah lama kenal pulak, elok sekepala je semuanya :p

Ada rezeki jumpa lagi di gunung seterusnya!


Summary mendaki Gunung Nuang;
Total distance return 22 km bersamaan hampir 16 jam (hike dari 2.20 am - 6.10 pm)
elevation gain 1685 meter
43,000 total steps
difficulty level 6/10

Adakah saya akan repeat? If lalu Janda Baik, okay je. Kalau via Pangsun maaf, saya pengsan dulu haha.

13 Jul 2025

Spring Raya : Jalan di Wangfujing Street

 Assalamualaikum

Sambungan dari --> Restoran halal berdekatan Beijing Railway Station

Malam tu, kami berjalan di Wangfujing Street yang terletak di Dongcheng. Cara nak kesini adalah ambil subway line 1 dan turun di station Wangfujing. Keluar je dari station tu akan nampak bookstore yang besar.

bookstore ni setinggi 6 tingkat tau

Wangfujing sangat terkenal sebagai tempat shopping barangan branded. Di sini memang dikhaskan untuk pejalan kaki saja lalu di sepanjang street tu which is sangat bagus tanpa gangguan kereta. Honestly, kami macam takde tujuan sangat masa datang sini. Sekadar berjalan sambil menikmati suasana malam je. Lagipun kedai-kedai di sekitar sini semua nampak mahal, makanya tak terasa nak shopping pun.

jam ikonik di Wangfujing

Abang aku kata ada this one street kat Wangfujing yang menjual barang-barang tradisional dan street food hidupan exotic juga. Selain famous sebagai shopping street, rupanya di sini juga famous dengan exotic food yang terletak di Donghuamen Night Market. 

Kat China kan memang banyak pasar yang menjual makanan aneh misalnya seperti scorpion, cengkerik dan binatang pelik terlarang yang jadi makanan diorang ni. Aku teringin juga lah nak tengok alang-alang dah datang sini. Mencari penyakit covid 2.0 sangat kan? hahaha.

Jalan punya jalan, tak jumpa pulak street yang jual makanan aneh tu. Katanya akan nampak pintu gerbang tradisional yang berwarna biru, tapi takde pun. Nampaknya Tuhan menutup hijab mataku daripada berjumpa dengan sate scorpion lah.

bangunan cantik yang ada twist of traditional + modern look. Nampak macam hotel mewah

Sebenarnya mak aku dah tak larat nak berjalan sebab kami ni berjalan tanpa ada hala tuju pun. So we decide untuk balik jela. Tapi aku still tak puas hati sebab takde shopping apa-apa pun. Sini kan one of the famous shopping street, how dare you pulang bertangan kosong?

Masa tengah jalan nak balik tu, tiba-tiba kami di-offer air teh berperisa berry oleh pekedai yang boleh berbahasa english. Kat dalam tu rupanya ada jual teh dan snack tradisional seperti biskut dan gula-gula. Kita pun tinjaulah tengok apa yang boleh dibeli untuk bawak balik.

Kami diberi beberapa tester untuk air teh tu. Teh buah disini dibuat daripada dried fruit misalnya seperti goji berry, raspberry dan segala adik beradik beri yang lain. Teh bunga pun ada juga, tapi dicampur dengan dried fruit bagi ada rasa masam-masam manis sikit. Hampir kesemua perisa kitorang try, sedap!

ada gambar kedainya dari luar je, dalam kedai memang tak ambil langsung

Banyak khasiat teh buah ni rupanya. Ada yang fungsinya untuk antioxidant, baik untuk hati, good for relaxing, bagus untuk kulit dan lain-lain lagi. Aku semestinya pilih teh yang bagus untuk muka sebab kita kan nak cantik giteww.

Harga teh ni boleh tahan mahal jugak. Asalnya aku nak ambil teh beri 400gram, tapi harganya sampai 400 yuan. Bila diconvert lebih RM200 la pulak. Tak kuasalah aku beli teh je sampai RM200, banyak lagi tempat kita tak shopping tau.

Bila dengar harga dia sebegitu rupa, rasa macam nak lari je dari kedai tu sebab aku percaya tempat lain mesti boleh dapat harga lagi murah dari ni. Tapi sebab abang ni layan kami baik dan dia pun ada kasi discount bila beli 2 teh dengan mak, makanya pejam mata jelah bayar. So total kami berdua shopping teh kat sini 420 yuan.

Nak sangat kan pulang dengan tidak bertangan kosong? Hamek baru 1st day shopping je dah perabis RM200++

street di sini nampak macam klasik-klasik

Sebenarnya jalan sikit dari kedai yang kami singgah ni, macam nampak night market. Entah-entah tulah night market yang jual kelawar goreng tu. Nak singgah, tapi mak dah tak larat. Makanya kami balik terus jelah.

Akan bersambung di next entry.


11 Jul 2025

Dapat hadiah Giveaway dari Blogger Notie @ SAJE SUKA-SUKA

Assalamualaikum

Hari tu masa tengah blogwalking di blog rakan-rakan, saya pun tersinggahlah blog Kak Notie. Benarlah seperti nama blognya Saje Suka-suka, kebetulan hari tu beliau buat giveaway suka-suka je di blognya sempena dengan birthday pada bulan Julai. Syaratnya cuma perlu komen NAK saja di entry tersebut, siapa cepat dia dapat. Pemenang pula terhad untuk 10 orang saja.

Entry tersebut boleh baca kat sini --> Giveaway sempena birthday 2025

Betul-betul santai sangat giveaway ni. Kita pun cuba jelah nasib mengomen, kot-kot ada rezeki kann.

Hari Isnin baru ni, dapat pesanan cbox dari Kak Notie untuk emelkan details. Saya menang nombor 8 rupanya, hihi alhamdulillah! Entrynya boleh baca di sini --> Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025

lupa nak ambil gambar before unboxing parcel

Semalam parcelnya dah sampai rumah, saya terus guna. Kita kan rakus? Mestilah nak test benda baru, hahaha. 


Periuk ni jenis non stick pan yang didatangi dengan lid. boleh guna untuk menggoreng, masak lauk berkuah atau buat steamboat pun best ni. Sangat ringan dan sesuai bawak untuk travel jugak. Lurve sangatt!

boleh adjust kepanasan. yang kiri tu haba kuat, belah kanan tu haba normal. Tengah pula untuk off
saya test masak megi je ahakz

Alhamdulillah, barangnya berfungsi dengan baik. Disebabkan periuk ni ringan, saya bawak sampai ke ruang tamu dan makan megi dalam tu terus hahaha. Betul-betul multifunction la boleh jadi mangkuk besar jugak!

Terima kasih kak Notie yang pemurah. Semoga diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki selalu dan dapat menunaikan haji sebelum bersara. Selamat ulang tahun yang ke-xx in advance juga! Ucap awal tak kalut :p

Selain tu, terima kasih pada blogger Etuza sebab listkan saya sebagai blogger aktif dalam entry ini --> Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025. Terharu pulak saya termasuk dalam list tu, padahal tak rajin tulis blog setiap hari pun macam orang-orang lain, hehe.


Saya perasan blogger Etuza memang dah lama bertapak dalam dunia blog sejak dulu lagi. Cuma masa tu saya sejenis blog tenggelam timbul yang update entry sehari, lepastu hilang berbulan-bulan lamanya hahaha. Start tahun lepas baru aktif berblog dan blogwalking, paling-paling pun seminggu sekali mesti akan tulis blog. 

Saya ni jenis orang yang menulis bila ada cerita menarik saja. Itu yang kadang-kadang bila takde cerita (atau malas) saya biarkan je blog ni kosong.

InsyaAllah saya akan tetap konsisten berblog walaupun di waktu sekarang ni orang lebih memilih untuk aktif di platform selain blogspot, tapi kita masih setia mengarang karangan A++ panjang-panjang disini! Bangga tau jadi blogger yang masih aktif menulis sebab barulah nampak special serta lain daripada orang lain kan :p

Thank you for reading!


6 Jul 2025

Spring Raya : Restoran halal berdekatan Beijing Railway Station

 Assalamualaikum

Sambungan entry daripada --> Forbidden City

Selepas melawat Forbidden City, kami balik semula ke hotel untuk makan dan rehat. Bila penginapan dah duduk dekat dengan main station, jadi tak kisah nak ulang alik ke hotel.

Kebetulan ada restoran halal berdekatan dengan hotel kami, lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Lepas makan bolehlah balik bilik sekejap untuk rehat. Bila travel bawak warga emas ni memang perlu utamakan mak yang tak larat nak berjalan seharian. Lagi-lagi kita pula travel DIY yang banyak naik public transport nak kemana-mana.

tangga tinggi camni takde escalator cokkk

Apa yang aku perasan di station metro Beijing ni, tidak semua tempatnya ada escalator. Ada some station yang perlu turun naik tangga yang agak tinggi, which is pada aku sangat tak mesra oku atau warga emas. Mungkin escalator atau lift tu ada, tapi di pintu lain dimana jauh dari pintu yang kami jumpa ni.

Lain dengan station metro masa aku ke Taiwan tahun 2024, sentiasa ada escalator di setiap metro station tak kisahlah sama ada tangga tu tinggi atau rendah. Haiyoo Beijing banyak tangga dan sangat banyak berjalan ya. Makanya persiapkanlah kaki anda!

Jumpa dengan random pokok otw balik ke hotel
signboard restoran dari luar. Aku cuma ada gambar restoran ni waktu malam je

Okay sejujurnya aku taktahu apa nama restoran ni dalam ejaan english nya. Dia macam restoran halal biasa yang menyajikan Lanzhou la mian pulled noodles je. Oleh itu, tiada nama spesifik khas kerana kebanyakkan restoran halal di sini menyajikan menu yang sama. Cuma perlu tengok logo halal (清真) ataupun logo yang bertulis BJ macam gambar di atas.

porsi nasi membunuh (sebab banyak)

Aku tak expect makanan dia sangat-sangat banyak untuk seorang makan sebab ni hari pertama kami makan di luar. Terkejut nasinya besar sangat sampai tahap boleh share 2 orang. Next time kena beringatlah kalau makan kat China, ambil nasi sepinggan je dan share lah 2-3 orang. Orang kat sini memang makan dalam portion yang banyak agaknya.

look how big the portion!
la mian beef noodles

Harganya standard, sepinggan nasi tu dalam belas-belas ringgit sama juga dengan mi tarik. Kami kalau taktahu nak makan mana, pergi restoran ni je sebab dekat dengan hotel dan affordable. Cuma disini susah bab nak komunikasi jela disebabkan pekerjanya semua tak boleh berbahasa english. Time nak order tu tunjuk gambar makanan jela kat waiter.

Cakap pasal komunikasi, korang wajib download chinese translator jika ke China. Aku macam tak suggest guna google translate sebab translationnya macam tak accurate je. 

antara apps yang aku download sebelum ke Beijing

Selain tu, wajib ada apps alipay atau tng e-wallet, wechat (jika nak contact dengan agent) dan Amap (macam google maps tapi version china). Kebanyakkan makanan, entrance fee dan shopping memang sepenuhnya menggunakan TNG e-wallet je. Kami langsung tak bawak duit cash sepanjang di sana, haha tawakal sungguh dengan mengharapkan wifi 100% tauu.

Lepas makan tu, balik hotel untuk solat dan rehat, lepastu keluar semula dari hotel untuk sambung berjalan. Akan bersambung di next entry!

main station di Beijing yang boleh menghubungkan line hingga ke serata province