Assalamualaikum
Sambungan daripada entry ---> Naik ke Pelawangan Campsite
28/4/2025 - Isnin
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pendaki yang berada di Gunung Rinjani, menaklukkan puncak yang berketinggian 3,726 meter dari paras laut (MDPL). Kami akan mula summit attack pada pukul 2 am, so pukul 12.30 camtu para porter ni dah kejut bangun sahur.
Cuaca pagi tu serious sejuk tahap max. Aku cuci muka dan gosok gigi dengan penuh seksa sambil ditampar angin dingin. Nak keluar khemah pun rasa macam kena seksa. Di sini aku mendapat perkhabaran sedih bahawa kawan aku, Sahira tak dapat nak ikut untuk summit attack kerana dia kesejukan yang melampau.
 |
sesi briefing oleh guide sebelum memulakan pendakian
|
Aku pujuk Sahira, suruh dia ambil hotpack dan tampal banyak-banyak kat badan. Offer juga ambillah glove dan emergency blanket aku untuk dia pakai, tapi member memang tak berganjak dari sleeping bed tu, nak keluar khemah apatah lagi. krem kaki katanya, menggigil tahap kritikal.
Minta mas porter pujuk Sahira, tapi mas cakap "tak apa kalau taknak summit. Puncak itu bonus saja". Ah sudah, mas ni pulak menggalakkan Sahira untuk tak naik pun takpe. Manakah semangatmu yang sebelum ini mahu pastikan kita berdua sampai ke puncak Rinjani wahai Sahiraku??
Setelah dipujuk, akhirnya aku terpaksa akur dengan keadaan Sahira yang tidak mengizinkan untuk beliau summit attack. Dia suruh aku wakilkan diri dia je untuk naik atas tu. Tapi sebenarnya, aku pun macam agak tergoda juga untuk sambung tidur kat khemah je sebab aku tak rasa mampu sampai atas tu. Sedar diri kitanya not well prepared, lagi-lagi naik tanpa menggunakan stick. Dahlah sedih member tak dapat naik sekali.. *nangis tepi bucu khemah*
Cuma aku cakap kat diri aku, "Lebih baik mencuba dari tak tak mencuba langsung". Andai kata tersadai kat mana-mana dan tak boleh teruskan lagi then it's okay, at least i've tried my best!
2.30 am, kami start gerak untuk menuju ke puncak. Awal-awal lagi agak pacaklah, perlu lalu di kawasan berakar pokok sikit. Tak lama lepastu, masuk ke kawasan pasir yang sedikit jerlus dimana pasir tu 'makan' kaki kita. Peh trek berpasir yang awal-awal ni serious macam suweyy. Mengikut kata orang, trek berpasir awal-awal ni namanya 'Letter L', umpama persiapan mental sebelum kita memasuki 'Letter E' yang jauh lebih teruk tu.
Guide cakap 'two steps up, one step down'. Awal lagi aku dah mental bergaduh dengan pasir licin ni.
.jpg) |
excuse my gambar art berat ni, tapi macamni lah jalannya.. |
Lebih kurang 2 jam jugaklah untuk melepasi stage pertama ni. Banyak kali berhenti sebab tak cukup nafas, dengan sejuknya, pewainya. Nasib baikla jalan sekali dengan member dari Gunung Hub, dapatlah koyak mental bersama-sama haha.
Sesambil melayan pewai tu, pandanglah atas tengok bintang sekali. Terubat sikit rasa penat tu.
 |
naik gunung pun jem jugak |
 |
masing-masing tengah rehat sambil makan biskut |
.jpg) |
bintang-bintang otw to summit (credit pics by Zul) |
Aku meneruskan perjalanan sambil tidakku tahu apakah pemandangan di kiri dan kananku. Tapi guide bilang, jangan jalan terlalu ke kanan sangat. So tahulah aku belah kanan tu gaung. Kiri pun gaung juga sebenarnya ihiks.
 |
matahari sudah menunjukkan masuknya waktu subuh |
 |
credit pics by Samuel |
Matahari dah naik, tapi belum nampak lagi kelibat Letter E yang azab tu. Sampailah aku jalan kedepan sikit dan nampak view Danau serta puncak. Ada lebih kurang 40 minit lagi perlu berjalan sebelum memasuki Letter E. Puncak tu jauuhh lagi!
 |
Tu haa puncaknya kat atas tu je |
 |
view danau yang masih kesamaran di hening subuh |
Dapat lihat sunrise dari ketinggian 3000 meter dari aras laut adalah satu kepuasan bila dah penat-penat mendaki sejak pagi buta. Tambah pulak nampak shadow gunung Rinjani di belakang tu, serious cantik! Lagi bersemangat aku nak sampai puncak. Rugilah kalau tersadai di pertengahan jalan kan.
 |
Selfie berlatarbelakang kan view Danau + bayang-bayang Rinjani |
Akhirnya, stage terakhir untuk tiba di Rinjani adalah melalui Letter E. Jarak dari permulaan Letter E nak ke puncak ni cuma 800 meter je, tapi dia punya azab tu.. condong hampir 70 degree!
Dari tadi asyik cakap Letter E jee, apa kebenda tu dan kenapa namanya sedemikian rupa?
Jalur pendakian ini berbentuk huruf E jika dilihat dari atas. Ia merupakan jalur pendakian terakhir yang agak mencabar kerana jalur ini panjang dan penuh dengan batu dan pasir halus, sehingga memerlukan tenaga yang cukup besar untuk dilalui. Asal naik je terus melorot setapak. Inilah yang digelar where you take two steps forward and slip one step backward. Sangat exhausted dan rasa macam bila nak sampai kalau berterusan macam ni wehh!
Anggaran masa standard untuk melepasi Letter E ni sahaja adalah sekitar 2 jam.
Di sinilah sesetengah pendaki akan terkandas dan memutuskan untuk tidak terus ke puncak. Ada yang tidur, ada yang bertungkus lumus memerah tenaga, ada yang jatuh. Lagi stress bila kita ni tengah susah payah nak naik atas, pastu nampak orang lain dah start turun. Rasa macam... Lambat sangat ke aku ni?
Walaupun di Rinjani tidak ada Cut Off Time (COT), aku akan makesure sampai sebelum pukul 10 am. Kalau tak sampai jugak, terpaksa patah balik sebab kita perlu kejar timing untuk turun ke Danau pulak, taknak terlalu lewat sampai ke campsite.
 |
look la the pasir, sangat halus dan berdebu! |
 |
brader tengah tidur, letih layan jalur yang tidak berkesudahan ni |
 |
nampak campsite jugak dari sini. Rasa ngeri membayangkan kita tidur kat lereng-lereng gunung nii |
Sebenarnya view dari sini pun dah cukup cantik! Bagi aku, kalau dah sampai Letter E ni pun kira dah berjaya menawan gunung Rinjani sebab viewnya lebih kurang sama macam kat peak. Cuma rugi sikitlah if dah sampai Letter E ni tapi tak push sampai summit kan, tak dapat bergambar dengan papan tanda.
Dia dekat di mata, tapi jauh di kaki. Walau apapun jadi, aku gagahkan diri nak sampai atas jugak. I've come this far kot, nak pengsan ke nak tidur ke semua tu kat atas nanti. Layan jela trek mencanak ni, know-know sampai jugak kanss?
Bila dah sampai kat batu-batu berlekuk ni, tandanya memang kita dah dekat sangat. Aku pun dah boleh nampak orang-orang yang berada di peak dari jarak dekat. Fuhh one last push and finally......
Pada pukul 8.30 am, aku berjaya tiba di puncak Gunung Rinjani berketinggian 3,726 MDPL! Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia serta merupakan gunung paling tercantik di Indonesia. Kalau di Gunung Kerinci kita gelar 'Atap Sumatera', di Rinjani kita panggil 'Atap Nusa Tenggara Barat', ataupun 'Atap Pulau Lombok'! Alhamdulillah, rasa macam tak percaya boleh sampai jugak walaupun pada awalnya tak yakin.

 |
Gunung Agung di Bali can be seen from here! |
Rupanya nama puncak Gunung Rinjani ni turut digelar sebagai puncak Dewi Anjani. Bagaikan Dewa dan Dewi yang terpisah, saling kelihatan dari jauh namun tidak bisa bersama. Kedua-dua gunung berdiri teguh menjaga pulau masing-masing. Satu berada di Lombok, pulau seribu masjid. Satu lagi di Bali, pulau seribu pura.
Rinjani memandang gagahnya Agung manakala Agung melihat Rinjani yang sangat indah bagaikan bentuk crown dari kejauhan! Eh, tiberr bercintan cintun lak! Satu hari nanti, aku akan panjat Gunung Agung pulak sebab nak tengok Rinjani from Agung. Aaagiteww!
 |
Anak Malaysia kan, haruslah bergambar dengan bendera |
 |
macam mana monyet ni boleh duduk kat atas ni?! |
Pemandangan di atas puncak ni menyajikan view 360° yang sangat indah. Kelihatan Gunung Barujari yang berada di tengah-tengah Danau Segara Anak yang membiru, bukit bukau yang saujana mata memandang, laut samudera yang mengelilingi pulau Lombok, langit biru cerah yang memancarkan mentari terik serta gaung yang menakutkan tapi punya keindahan tersendiri.
Sebenarnya hampir semua yang naik pagi tu berjaya sampai ke puncak, tapi time bergambar ramai pulaklah yang hilang. Nasib engkorang lah kan kerugian tak dapat masuk frame haha. Total yang berjaya sampai puncak adalah 25 orang include 2 crew GunungHub. Semua power-power belaka!
 |
mission accomplished! |
Aku tak duduk lama pun kat atas tu, dalam sejam bergambar tu terus turun bagi peluang kat orang lain untuk bergambar pulak. Turun ni sebenarnya ambil masa dalam sejam setengah ke 3 jam je sebab boleh slide macam main ski gitu.
Masa turun tu jangan cakapla berapa banyak kali aku terjatuh persis nangka busuk. Sampai mat salleh pun tanya are u okay? Haha i'm good miss. It's just my lutut and kaki penat asyik kena brake sebab tak berani nak turun laju-laju. Risau nanti terslide sampai ke alam barzakh. Kawan aku ada yang turun seret guna ontot je sebab lagi mudah katanya. xD
Tiba-tiba ada brader dari Malaysia ni offer hiking stick dia kat aku. Memang tak mampulah nak menolak rezeki dari langit ni hihi. Ingatnya nak pulangkan stick tu lepas habis turun dari Letter E je tapi brader tersebut tidak kelihatan lah pulak, makanya aku mengambil kesempatan untuk bawak lari sampai ke campsite. Harap bro tu okay jelah turun menggunakan 1 stick je. Terima kasih, jasamu akan ku kenang!
 |
oh ni rupanya jalan yang aku lalu masa gelap gelita tu.. |
 |
bergambar dengan Letter E. Makin jauh puncak aku tinggalkan, sobss.. |
Yang kecik tulah Gunung Barujari. Dulu Rinjani ni namanya gunung Samalas, meletus dengan sangat d
ahsyat pada tahun 1257 sehingga puncaknya hancur. Makanya terhasillah Gunung berapi yang setinggi 2296 mdpl serta Danau Segara Anak akibat dari letusan tersebut. Gunung Barujari, dikatakan tidak akan ada tanpa Gunung Rinjani. Sementara Gunung Rinjani masih akan ada walau tanpa Barujari. Gunung Barujari itu gunung berapi di dalam kaldera Gunung Rinjani. (credit)
Last meletus pada tahun 2015 tau. Masih aktif lagi volcano nya.
Otw turun ni, aku memang jalan sorang-sorang je. Bateri handphone pun dah nak mati. Motivation untuk sampai campsite dengan kadar segera adalah sebab nak pegi tandas. Bayangkan hampir 9 jam aku tahan nak pergi tandas.....
Aku perasan ada signboard AWAS! BAHAYA sebelum nak turun ke kawasan berpasir yang awal-awal kena tempuhi pagi tadi tu. Dah berjalan dengan penuh hati-hati, tapi akhirnya jatuh terlentang sampai terbaring. Faham tak perasaan bila jatuh atas tanah berbatu keras tu? Sakit tahap dewa langit ke-7 ye pinggang aku. Memang Jisbauk trek ni!
Jatuh kat Letter E pun tak sesakit ni tau.
 |
trek berpasir punca yang buat aku terjatuh. Tapi aku jatuh belah atas sikit yang ada batu-batu |
Pukul 12 pm, aku sampai di Campsite. Terus kemas-kemas barang, makan solat apa semua. Tak sempat nak tidur sebab pukul 2 pm tu kita nak turun pergi ke Danau Segara Anak pulak. Masalahnya, kaki aku dah start sakit tau effect daripada menurun tadi, macam mana ye nak turun dan sambung keseksaan kakiku?
 |
last view at campsite |
 |
toilet berlatarbelakang kan puncak. Kali terakhir tengok view ni sebelum turun ke Danau |
Akan bersambung di Next Entry