23 Jul 2026

Umrah ketiga & tawaf wada'



Dengan Andalusia, umrah akan dibuat sebanyak 3 kali bersama pimpinan Mutawwif. Untuk umrah ketiga ni kami buat sekitar tengahari gitu. Tak ingatlah ada solat zohor kat mataf atau tak. Sebab tengok balik gambar dan masa, waktu tu tengah timing azan zohor.

Lost memory dah.


Apapun ada satu peristiwa yang aku akan ambil sebagai pengajaran pada diri sendiri..

Kisahnya, sebelum masuk masjid macam biasalah kami akan bersihkan kasut dulu. Sambil-sambil tu aku simpanlah selipar kotor dengan barang-barang dalam beg. Kebetulan jubah yang aku tengah pakai ni takde poket, so aku macam berfikir-fikir sama ada nak simpan phone dalam beg ataupun nak pegang je kat tangan. Maklumlah, kita pakai beg jenis drawstring yang takde zip, susah sikit nak capai barang-barang yang penting.

Tapi rasa cam leceh pulak pegang phone kat tangan sebabnya aku dipertanggungjawabkan untuk pegang kerusi lipat mak. 

So kakak aku pun offer untuk simpan phone kat beg dia je. Secara spontan aku terjawab,
"Susah la pulak kalau kau yang pegang. Nanti kita terpisah macam mana?". Haaa disinilah bermulanya kata-kata itu adalah doa. huhu


Akhirnya aku bagi jugak phone kat kakak untuk dia simpankan. Bila kami semua dah berjalan nak masuk ke masjid, kakak aku tanya "eh mana kerusi mak". Teruslah aku gabra sebab kerusi tertinggal kat tempat kami berkumpul tadi! Mak memang memerlukan kerusi tu untuk solat duduk.

Belum 5 minit pun tinggalkan tempat tu, kerusi tadi dah hilang bila aku cuba cari balik.

Pastu nampak ada kerusi wakaf yang diletak kat area situ, aku ambil jelah tanpa fikir panjang dan niat nak pinjam sampailah hari terakhir kitorang kat Mekah je. Pergi balik pintu masuk masjid tu, of course lah group aku dah gerak dulu.. Rasa cam lost jugaklah dengan takde handphone nya, sorang-sorang pulak tu.

Turun je kat mataf area, terus masuk barisan dan mula tawaf. Sepanjang tawaf tu fokus jela baca doa-doa personal dan sesekali tu selit juga doa supaya dapat jumpa ahli group aku selepas je habis 7 pusingan tawaf ni.

Selepas 30-40 minit dah lengkapkan tawaf, aku berjalan ke arah tempat air zamzam then benda pertama yang aku jumpa is ayah dengan abang aku. Mak aku pun risau aku hilang kemana. Nasib baiklah jumpa, kalau tak susahlah mak nak solat. Alhamdulillah termakbul doaku masa tawaf tadi.

Kena lebih berhati-hati dalam percakapan.. Cakap pasal tersesat haa memang sesatlah citer dia.

Bergambar with mak and her kerusi pinjam. hihi

Kami settlekan buat sai'e dan bercukur hampir pukul 2 petang. Kemudian terus balik hotel sebab takde aktiviti lain selepas selesai umrah ketiga ni.

Bukit di belakang sana tu adalah lokasi berlakunya peristiwa Nabi Muhammad membelah bulan
Hampir hari-hari ada hidangan lauk Melayu di hotel

Esok harinya kami akan keluar agak jauh dari kota Mekah. So ustaz pesan untuk buat tawaf Wada' sebelum keluar dari kota Mekah. Sepatutnya elok buat nak dekat-dekat waktu subuh, tapi kami buat 7-8 jam sebelum keluar dari Mekah.

Tawaf wada' simple je, ada wudhu, niat, tawaf sebanyak 7 kali dan diakhiri dengan solat sunat tawaf. 


Yang penting selepas selesai tawaf Wada' tu jangan lengah-lengahkan perjalanan dengan sengaja which is pergi shopping la, mencari-cari orang untuk sedekah, bagi kucing makan. Kami terus balik ke hotel je.

Next entry --> Ziarah Taif - Masjid Ibn Al-Abbas & beli buah di Taif

No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~