3 May 2026

Umrah Wajib - Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram

Sambungan dari --> Niat ihram di Bir Ali dan menuju ke Makkah

Sebelum memasuki masjid, kami diminta untuk bersihkan selipar terlebih dahulu. Aku just lalukan air guna wudhu spray je, kemudian tukar selipar bersih yang khas digunakan untuk tawaf. 

Kami masuk melalui gate 79 kalau tak silap, yang boleh direct turun ke Mataf area tu. Kalau boleh masa tu, memang taknak terpisah dari ahli kumpulan langsung sebab sangat ramai orang walaupun hampir pukul 12 malam. Lagi-lagi kita ni first time sampai ke Masjidil Haram.

Sebaik turun ke kawasan Mataf, terus terkedu bila nampak kaabah..

Kaabah sentiasa menjadi impian bagi seluruh umat Islam. Yang selama ni kita lihat di sejadah, di buku-buku, di screen telefon kita, akhirnya dapat lihat langsung di depan mata. Dari zaman sekolah lagi bila tengok je gambar Kaabah mesti terfikir, bilalah nak pergi Mekah ni. Nak tunggu haji, time tu entah hidup ke tak lagi.

Alhamdulillah sebelum umur 30, dapat pun jejakkan kaki kesini.

Gambar diambil selepas selesai tawaf

Selesai 7 pusingan tawaf ni lebih kurang sejam. Kemudian buat solat sunat tawaf dan minum air zam-zam sebelum ke tempat saie pulak. Tapi sebelum tu, kita ambil gambar berkumpulan dulu buat kenangan.

Berjalan menuju ke Saie area

Kami buat Saie di tingkat paling bawah. Ibadah Saie ni sebagai simbolik memperingati usaha Siti Hajar yang berulang alik di anatara Bukit Safa ke Marwah bagi mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail. Starting point bermula dari Bukit Safa ke Marwah, kemudian ulang alik sebanyak 7 pusingan. Walaupun ramai orang, tapi ruangnya tidak terlalu padat berbanding buat tawaf, berjalan santai-santai je~

Suasana tempat Saie. Ni dari Bukit Marwah lepas dah selesai 7 pusingan
Lampu hijau adalah isyarat untuk berlari-lari anak bagi lelaki

Kat sini, masing-masing berselerak bila dah tiba di lampu hijau. So aku jalan dengan mak dan kakngah. Lepastu entah macam mana, pusing belakang tengok mak dan kakngah hilang dari pandangan. Ah sudahhh, kita sorang-sorang je kat sini dalam ribuan manusia. Pastu jalan jelaa sampai settle 7 pusingan. At last jumpa pun semua ahli group kat Bukit Marwah.

Orang ramai di atas Bukit Marwah
sejuk bila pijak atas nii
 
Kami bertahallul selepas selesai Saie. Yang perempuan, pergi area hujung-hujung sikit dan mintak ahli keluarga guntingkan rambut. Alhamdulillah, maka selesailah umrah wajib bagi kami (kecuali mak & abah) sekaligus bebas dari 13 pantang larang ihram. 

Ustaz dan ahli group yang lain-lain gerak balik dulu, sementara kitorang tunggu ayah aku yang tak muncul-muncul sejak dari lepas tawaf. Lepas dah berkumpul, yang laki-laki ni nak pergi botakkan rambut, kitorang yang perempuan gerak balik hotel dulu.


Otw berjalan tu nampak kedai aiskrim masih bukak. Mata masing-masing pun masih segar lagi, so kita makan aiskrim pukul 2 pagi. Kebanyakkan kedai di sini memang sentiasa buka je walaupun dah lewat malam. Mekah adalah bandar yang tidak pernah tidur dan tidak pernah sunyi.

Al Asemah ice cream. Manih leting xD

Akan bersambung di next entry..

8 comments:

  1. alhamdulillah rezeki dapat jejak kaki ke sana.

    ReplyDelete
  2. Dengar cite sekarang dekat area Kaabah tu dah takleh selfie macam dulu. Taktahu ler keluar arahan baru

    Semoga satu hari menjejakkan kaki di sana.. aamin

    ReplyDelete
  3. Masyallahh.. dah umrah ye.. mabruk

    ReplyDelete
  4. Syukur, Alhamdulillah. Pengalaman paling manis kan Mazni, tengok Kaabah depan mata. Akak masa tawaf lagi sudah terpisah dengan ahli group. Ramai sangat manusia, walaupun tengah malam.

    ReplyDelete
  5. Teringat masa pertama kali menunggu saat mata menatap kaabah tu... Memang dup-dap-dup-dap jantung.... Bila dah nampak memang bertakung je air mata....

    ReplyDelete
  6. KSarie suka baca perkongsian Umrah dan Haji sebab sejuk hati membaca setiap baris cerita dan tengok semua gambar yang dikongsikan. Aiskrim nampak sedap tu

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, merinding rasanya saat melihat foto kabah dari dekat. Hati rasa ingiiin sekali menyusul kesana.
    Untuk umrah ni butuh fisik yang bugar ya mbak? Sebab sy baca-baca, memang perlu banyak berjalan, bahkan berlari.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~