Ahad baru ni, aku pergi hiking kat Bukit Lagong dengan 2 orang kawan.
Bukit ni terletak di Selayang, dengan ketinggian 572 meter (1,877 ft). Nak hiking disini perlu ada permit tau, so korang boleh mohon permit online kat website Forestry Selangor. Harga cuma RM5 sahaja.
Walaupun nama je bukit, tapi ini bukan sebarang bukit biasa. Sebab korang akan ambil masa 2-3 jam untuk sampai ke puncak! Dia punya jauh menapak tu, serupa macam Gunung Datuk punya timing je weyhh. Padahal tinggi 500 meter je..
Aku boleh katakan Bukit Lagong ni sesuai untuk pemula, TAPI setakat di checkpoint 1 je. Nak naik sampai puncak tu kena gagah sikitlah. Trust me, you gonna membebel nak sampai atas sebab trek dia turun naik ye xD
Ok, jom kita review trek!
![]() |
| Awal-awal lagi dia dah kasi pacak |
Untuk sampai ke checkpoint 1, lebih kurang berjalan 40 minit je bagi pace santai. Treknya pada awal-awal ni banyak mendatar dan sangat kids friendly! Ada jugak sebahagian yang sedikit menaik, tapi tak tinggi dan tak susah pun.
![]() |
| Dragon Rock Garden. Ada sumber air mengalir yang segar. Tapi jangan suka-suka minum! |
![]() |
| Berbukit sikit-sikit camni jewps |
Setelah 40 minit berjalan, akhirnya sampai di checkpoint 1! Kat sini ada disediakan kerusi dan pondok untuk berehat. Tak silap aku, ni jelah the only view cantik yang korang boleh dapat kat Bukit Lagong ni. Sebab kat puncak tu hampeh takde apa-apa view, penuh pokok je hahaha.
![]() |
| Checkpoint 1 yang agak luas |
![]() |
| The view. Boleh nampak Genting Highlands dari jauh! |
![]() |
| Spotted Batu Caves & Bukit Tabur jugak |
![]() |
| Kalau nak teruskan perjalanan, naik bukit ni |
Aku berjalan dengan sorang akak ni, dia cuma naik setakat CP1 je. Tanya dia, agak-agak pukul berapa boleh sampai peak? Dia kata around tengahari jugaklah kalau jalan santai-santai macam aku ni, hahaha.
So aku pun teruskan perjalanan. Rupanya bila naik atas sikit dari CP1 tu, nampak the other view of Kuala Lumpur. Cantik bethol kotaraya ku, giteww!
![]() |
| Petronas Twin Towers, Tun Razak Exchange & Menara KL |
Bila makin naik atas ni, treknya pun makin mencabar. Jalan pun dah start turun naik, ada banyak serangga macam lalat, lebah yang muncul entah dari mana.
Setakat hadap bukit ni aku tahanlah lagi. Tapi kena hurung dengan lebah, dengan lalat ni gue rimas amattt like, aku ni terlalu busuk ke sampai kena hurung dengan natang ni?! Apa masalah korang ekkk.
![]() |
| 498 meter nampak dekat tapi... jauh nokk |
Anyway kat sini banyak kali jugaklah kena scam. Aku sangkakan daripada checkpoint pertama tadi, boleh sampai peak dalam masa 30 minit lah lepas sorang kakak ni berkata sedemikian. And then met another kakak, dia cakap lagi 40 minit. Jumpa lagi sorang uncle pulak dia kata lagi sejam hahaha.
Pastu malas nak tanya orang dah. Percaya jelah kata akak kat CP1 yang target kitorang akan sampai tengahari tu xD
![]() |
| Bukit Nolang. Sudah halfway perjalanan |
![]() |
| Ni actually jalan menurun. Tapi memikirkan nanti nak balik kena lalu sini sekali lagi.. Pengsan! |
Lepas 2 jam berjalan, kami pun jumpa sungai!
Kat Bukit Lagong ni memang ada Taman Eko Rimba yang boleh mandi-mandi sungai pun. Selain tu, kawasan hutan Bukit Lagong ni juga duduk bersebelahan dengan hutan simpan FRIM. Aku ada pergi FRIM baru-baru ni, boleh baca kat sini --> FRIM Nightwalk.
So no wonderlah kat sini ada sungai walaupun airnya cetek je. Bolehlah buat celup-celup kaki atau basah rambut sikit kan.
Dari sungai ni tak jauh dah nak sampai. Lebih kurang 40 minit ke sejam sampailah puncaknya.
![]() |
| A biiiiggg pokok yang taktahu apakah spesiesnya |
![]() |
| Jalan nak menuju ke puncak ni nampak macam kat estet mana entah.. |
![]() |
| Tanjakan terakhir yang no mercy! |
Akhirnya dari pukul 8.30 am, kami sampai di puncak Bukit Lagong pada pukul 11.30. 3 jam perjalanan jugaklah nak sampai atas ni. Sehala saja dah 6km lebih, fuhh boleh tahan!
Seperti yang aku cakap tadi, kat atas ni takde apa-apa view, yang ada cuma sekumpulan lebah yang menanti anda je. Ambil gambar dengan signboard pastu terus lari pergi tempat lain sebelum kena sengat! YIH!
Kitorang rehat kat atas ni 30 minit. Lepastu dijamu buah dengan nugget oleh hikers lain pulak hahaha. Tau-tau je iolls tengah lapar :p
Untuk turun, kami nak lalu jalan lain pulak. Sebab tadi ada bukit yang macam dahsyat je nak kena panjat balik, aku tak sanggup dah. Sebelum naik kat bukit dahsyat tu, ada simpang ke kiri yang tulis kolam ikan, boleh lalu situ untuk keluar di perkampungan orang asli.
![]() |
| Ikut signboard ni kalau mahu keluar ke perkampungan orang asli/kolam ikan |
Berbanding guna jalan semasa kami datang tadi, laluan ke arah kolam ikan ni semuanya menurun je, takde panjat-panjat bukit dah. Kat sini kita akan lalu jalan hutan, jumpa sungai dan akhir sekali lalu jalan tar.
Bezanya dengan trek masa kita mula-mula naik tadi, jarak nak berjalan ke car park tu jadi jauh sikitlahh. Tapi aku suka sebab at least kita berjalan kat jalan yang rata. Sambil-sambil tu dapat tengok rumah orang asli, kolam ikan, ada kebun, jumpa taman awam dan dapat lalu kat sungai!
![]() |
| Dah keluar dari hutan, baru dapat line! |
![]() |
| Perkampungan orang asli. Sekarang semua guna rumah simen je |
![]() |
| Sape kaki mancing, boleh try datang sini :p |
Untuk siapa-siapa yang nak praktis trail run, long distance hike, i highly recommend datang Bukit Lagong ni! Laluan trek sangat jelas dan confirm korang takkan tersesat kalau follow je jalan yang disediakan. Dah penat-penat naik bukit, nanti kat bawah tu boleh pergi mandi sungai pulak!
Dari segi difficulty, bagi aku tak teruk sangat. Jalan pacak dia tak perlu melangkah yang besar-besar pun, melainkan kalau jumpa kayu pokok tumbang. Overall trek sangat okay dan banyak santai. Dia jadi penat sebab jauh je hehe.
I would rate it 4/10 difficulty.




.jpg)






















Menarik betul aktiviti ni tapi itulah bukit dekat rumah ni pun dah minta nyawa, nak hike 3 jam tu kena kental betul la. Anyway, salute dgn Mazni
ReplyDeleteKena scam tu wajib la utk bagi harapan walau ia adalah palsu hahahaha... Kena byk serangga yg ntah lalat atau lebah tu... Hurmm level macam gunung datuk ek... Menarik juga nak try ni..
ReplyDelete