Harini dah masuk hari ke-11 berpuasa. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.
Pagi ni, aku pergi briskwalk kat taman tasik je. Last week jalan 5 km, harini buat 4 km jela sebab by pukul 8 am tu matahari dah terik sangat.
Kalau nak dibandingkan, minggu ni lebih ramai orang berbanding last week. Sebenarnya puasa ni bukan alasan untuk tak beriadah. Elok je aku tengok sorang abang ni lari kemain laju, pastu ada group siap berzumba loncat-loncat lagi youu. Suka tengok warga sihat camni!
![]() |
| Next week macam nak try join je akak-akak ni berzumba |
Kalau bulan-bulan biasa, aku akan hiking setiap weekend. Tapi bulan puasa ni mampu briskwalk leha-leha jelah. Asalkan badan bergerak dan berpeluh. Bukan apa, kita ni kerja office asyik duduk je manjang. Badan tak banyak bergerak, pinggang sakit, badan sakit.
Duduk terlalu lama pun tak sihat untuk badan. Dengan seharian mata kita asyik tenung PC je dari pagi sampai petang.. Hari weekend jelah masa yang ada untuk kekal aktif. Ewah.
Kalau weekend time bulan puasa ni, biasanya kitorang akan masak untuk berbuka. Err tapi taste masak aku ni, benda-benda western atau benda viral jelah, haha.
Mak aku dari haritu lagi craving nak makan benda berlemak ni. Beli lasagna dari Zus untuk mak, dia cakap sedap tapi tak puas makan. So kita pun buatlah satu bekas penuh ni dengan inti daging dan sos yang melimpah. Ni jelah makanan berbuka semalam.
Kitorang jenis tak makan nasi time berbuka. Makan benda berlemak ni je dah kenyang.
![]() |
| Last week buat lasagna dumpling |
![]() |
| Tambahan, adik aku buat quesillo Khairulaming |
Petang semalam, dapat parcel dari Poslaju. Malaslah nak berpura-pura terkejut ni parcel dari siapa, sebab kita takde beli barang online pun. Hakikatnya memang dah tahu dari siapa. Pemberinya adalah dari Blogger Mulan.
Saya dapat email pada 12 Feb, tapi 19 Feb baru reply. Punca lambat reply, sebab termasuk dalam spam! Saya tersenarai sebagai top commentators di blog beliau sepanjang tahun 2025. Alhamdulillah.
Hadiah dibungkus dalam kotak bercorak bunga yang cantik. Dalam ni dapat tudung, keychain dari Korea, pot holder bercorak lemon, fridge magnet comel dari Taiwan dan kurma ajwa. Kurma tu, tinggal lagi 4 bijik je. Tadi sahur dah telan separuh dari paket.
Tiba-tiba nak mengenang kembali macam mana saya rajin mengomen di blog Puan Mulan. Saya jumpa blog beliau masa tengah cari info pasal Taiwan pada bulan June 2024. Lepastu tak sangka pulak blogger Mulan reply pertanyaan saya kat komen tu. Ingatkan semua orang is blogger spesies sekejap ada, sekejap takde macam saya ni haha.
So sejak tu saya suka baca entry dari blog beliau, sebab banyak bercerita tentang travel dan masak benda-benda sedap. Gambar-gambar dalam blog pun cantik!
Terima kasih untuk hadiah ni, blogger Mulan. Semoga murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, serta bahagia bersama keluarga!
![]() |
| Gambar takde motif. Saja nak tunjuk dua beradik ni saling bersayangan |
Anyway, marilah kita berdoa supaya tidak berlaku perang di Timur Tengah. Begitulah setiap kali bulan Ramadan, ada setan yang tak pernah diikat ni suka cari pasal dengan negara lain.
"Only that country can bomb a school in Iran killing students, hit southern Lebanon, and keep Palestinians trapped in Gaza".
Which country is that? You know the answer.








Wahhh tabikkk spring wlwpun bulan puasa tetap briswalk juga.. CCL bulan puasa off dulu briskwalk ..lepas puasa laa continue semula ..
ReplyDeleteTahniah rezeki bulan ramadan dapat hadiah dri rakan blogger
dulu pernah stop riadah sebulan waktu bulan puasa. lepastu nak start balik tu, rasa mengah n malas gila. tu yg saya kalau boleh taknak tinggal rutin.
Deletetulah, rezeki dapat kenal dgn org2 yg baik di dunia blog ni
Sedap tgk lasagna dumpling tu
ReplyDeletenak buat senang, rasapun sedap!
DeleteAlhamdulillah tahniah Mazni!
ReplyDeleteTerbaik la masih brisk walk puasa² ni. Keep it up girl 💪🏻
hehe terima kasih PH!
DeleteAlhamdulillah rezeki dapat hadiah. Aah kan tak puas makan lasagna Zus tu macam sikit je. Buat sendiri baru puas makan.
ReplyDeletelasagna zus je harga dah RM14. nak jimat memang kena buat sendiri
DeleteTahniah, Mazni, briskwalk di bulan Ramadan. Akak jalan guna walking pad depan TV. Panas, you... 😅 Sedap tengok hidangan yang dimasak. Tahniah, dapat hadiah dari Mulan juga. Alhamdulillah... Rejeki. Comelnya anak bulus Mazni, ada katil.
ReplyDeleteyeee minggu ni panasss betul. dari lepas subuh dah rasa bahang2 tu.
Deleteanak bulus suka duduk atas katil tu, jenis cooling mat
Lepas bom claim tersilap dan bagi macam2 alasan. Hmmm....
ReplyDeletetula pasal. diorang suka sangat target orang2 awam. 100 lebih orang mati..
DeleteAamiin for the doa...moga2 keadaan akan pulih secepat mungkin...risau sgt sbb i'll be travelling again early may nanti. selamat ber iftar utk hari ke 11 ramadan! sedapnya lasagna tuuuu
ReplyDeletekesian kan mana2 flight yg kena cancel tu.. ada tengok, jemaah umrah pun terjejas jugak.
Deleteharap keadaan pulih sepenuhnya
knape kelihatan sgt penat yg berbulu itu? adakah mereka berpuasa selama ni?🤣🤣🤣
ReplyDeleteTu gambar sebelum posa 😜 time ni dorg tgh berebut nk duduk atas tilam tu. Dua2 taknak mengalah, tido sama2 kat atas tilam sempit tu
Deletealhamdulillah berkat rajin BW kannn byk saguhatinya😄
ReplyDeleteooo adiknya tu student KA ya... ada harapan x kena repeat paper tu🤣🤣
Alhamdulillah, rezekii.
DeleteHaha student cemerlang tak failed okk 😜😜