Sambungan dari --> Ziarah Badar - Telaga Rauha' & Telaga Syifa
Petang hampir ke maghrib, kami tiba di tempat yang menjadi highlight of the trip, iaitu Masjid Al-Areesh.
Sebelum kita cerita lebih lanjut pasal masjid ni, jom masuk pasal sirah perang Badar dulu lah. Refresh sikitt subjek sirah, hiks.
Perang Badar berlaku pada tarikh 17 Ramadan, 2 hijrah bersamaan dengan tahun 624 masihi. Ini merupakan perang pertama yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah SAW. Angka tentera yang join perang ketika ini sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan tentera kafir quraisy yang dipimpin Abu Jahal. Tentera muslimin ada 313 orang je, manakala tentera quraisy waktu ada 1,000 orang.
Hebat sungguh keimanan tentera muslim kan. Bulan puasa pun pergi berperang demi memerangi musuh Islam, especially Abu Jahal yang nauzubillah punya jahat tu.
Okay habis bab sirah, kita sambung balik pasal masjid tadi.
Kalau tengok dari luar, rupanya nampak macam masjid biasa je. Di Saudi ni pergi mana-mana pun berlambak masjid, jadi apakah keistimewaan masjid ini?
Masjid Al-Areesh dibina di atas tapak perkhemahan Nabi yang didirikan semasa perang Badar. Perkataan 'Areesh' itu bermaksud dahan kurma dalam bahasa arab. Sa'ad Bin Mu'adh yang mencadang untuk membina tapak perkhemahan tersebut.
Beliau sampaikan berkata pada Rasulullah SAW,
Jika tentera muslim memperoleh kemenangan dalam perang ini, tapak perkhemahan ini memenuhi fungsinya. Tapi jika kalah, maka Rasulullah SAW boleh mundur ke Madinah dengan selamat. Di sana lebih ramai orang yang akan melindungi Rasulullah daripada ancaman.
Rasulullah SAW memuji Sa'ad dan mendoakan keberkatan keatasnya.
![]() |
| Suasana dalam masjid agak luas |
Malah, Rasulullah SAW juga bermunajat panjang semasa berada di sini. Antara doa Nabi adalah; "Ya Allah berikanlah kemenangan kepada umat Islam. Jika kami kalah dalam perang ini, maka tidak adalah yang akan menyembah-Mu".
Dan Allah pun mengabulkan doa baginda dengan menghantar pertolongan dari malaikat.
Aku sajalah tawaf sekeliling masjid ni nak tengok apa yang ada. Di sekitar perkarangan masjid ni ada peniaga yang jual makanan dan air. Pastu ada jual macam souvenir jugak. Adik aku beli air dengan roti sosej ke apa benda entah.
| Lokasi Perang Badar berlaku kat area kawasan lapang nilah. Sekarang dah naik rumah-rumah |
Masa tengah ambil-ambil gambar kat kawasan lapang ni, aku perhati ramai orang turun kat bawah sana. Curious pulak ada apa benda.. Macam nak turun pergi sana, tapi ustaz tengah takdelah pulak.
Rupanya ustaz cakap, kat bawah sana tu dikatakan ada telaga yang telah dihumban mayat-mayat tentera kafir di dalamnya, termasuk Abu Jahal. Tempat tu dah tak rupa telaga dah pun lepas dikambus dengan tanah dan batu-batu. Seramai 70 tentera kafir Quraisy terbunuh semasa perang Badar.
| Bila dah gelap nampak lagi seram pulak, haha |
Ustaz pernah turun bawah tu, dia cakap memang ada bau busuk. Cuma nak kata bau busuk datang dari telaga tu Wallahualam lah. Entah betul ke tak itulah telaganya sebab bentuk muka bumi zaman dulu dengan sekarang bukan sama.
Apapun kita ambil kisah ni sebagai iktibar, dimana begitu ngeri pengakhiran manusia yang paling memerangi Allah dan Rasul-Nya. Sampaikan kematiannya pun dihina.
| View Masjid Areesh waktu malam |
Next, menuju ke Maqbarah Syuhada' yang disemadikan 14 orang tentera muslim yang syahid ketika perang. 6 orang daripadanya merupakan kaum Muhajirin, manakala 8 orang dari kaum Ansar.
![]() |
| Nama-nama para syuhada' yang gugur |
Dalam 14 nama ni, ada 1 nama yang aku ingat ustaz ceritakan kisahnya. Diorang ni 2 orang remaja berani yang bernama Muaz dan Muawwiz. Siap tanya lagi kat Abdullah bin Mas'ud, Abu Jahal ni yang mana satu, kitorang nak sangat bunuh dia pleaseee.
Lepas dah tahu kedudukan Abu Jahal, Muaz dan Muawwiz terus meluru ke arah dia dan berjaya menebas kaki Abu Jahal sampai cedera parah. Anak Abu Jahal, Ikrimah (waktu tu belum Islam lagi), terus melindungi bapanya dan berlawan dengan 2 remaja tersebut.
Tangan Muaz ditebas sehingga hampir putus, manakala Muawwiz mati syahid di tangan Ikrimah. Lepas Muaz bagitahu Rasulullah yang mereka berdua berjaya cedarakan Abu Jahal sampai nyawa-nyawa ikan, Abdullah bin Mas'ud pun terus meluru ke sana dan memenggal kepala Abu Jahal.
Matinya ketua kafir tu, means a victory to tentera muslim. 14 mereka yang gugur ni merupakan lambang kekuatan iman dan jihad dalam menegakkan agama.
![]() |
| Sorrylah gambar gegar... Ni je sempat snap |
So itulah sedikit sebanyak sejarah untuk kedua-dua tempat ni. Ada lagi satu tempat terakhir ziarah Badar ni, kita story mory untuk next entry okehh.
















































