2 Nov 2025

Claim tiket free sempena birthday di Zoo Negara

Last week, aku pergi Zoo Negara dengan my BFF, Iqa. Haritu pernah nampak iklan, kalau datang time birthday month kita, boleh masuk secara percuma je.  Harga tiket normal untuk dewasa biasanya RM48. Ehh memang aku sebatlah mende free macam ni! Siapa je taknak masuk Zoo free jumpa kawan-kawan dalam ni kan.

Sampai tu, kena scan QR untuk isi form, kemudian beratur di lane khas untuk birthday month. Nanti kat depan kaunter tu just tunjuk IC dan voila, boleh masuk terus. Memandangkan kami datang pada hari Ahad iaitu weekend, ramai jugak yang nak claim tiket free tu. Nampaknya masing-masing dah berpakat untuk dengan kawan mahupun family sendiri.

rasa macam diorang charge tourist terlalu overpriced pulak

Sebaik masuk entrance, kami pergi loop di sebelah kiri dulu dan terjumpa dengan Rimba Biodiversiti. Kat dalam tu ada spesies katak, labah-labah dan insects sikit. Takde orang pun kat sini, mungkin sebab bosan kot natang dia kurang menarik perhatian. Kami masuk sini pun semata-mata nak aircond je, haha.

gambar pertama tu, si lobster tu pergi makan udang... ini ke definisi of makan kawan sendiri?

Lepas keluar dari tengok katak tu, kami jumpa dengan zirafah. Masa ni excited sangat sebab zirafah tu tengah makan daun. Dapatlah tengok beliau dari jarak yang dekat. Rasanya, antara haiwan yang aku excited jumpa adalah zirafah, harimau dan beruang la kat sini. Suka tengok corak diorang tu cantik betul, subhanallah!

Zirafah ni bagus sebab dia rajin melayan pelawat yang datang. Binatang lain semua banyak yang tidur dan menyorok je. Barangkali baru lepas makan dan cuaca haritu pun nauzubillah, panas berkuap you all. Kalau aku jadi natang ni pun rasa nak marah orang je.

Jemputlah tatap gambar haiwan-haiwan disini.

Zirafah ni dulu ada 2 ekor (Iqa kata). Tapi kami nampak ada sekor je haritu. Sian dia sorang-sorang je
burung unta
bangau

Kat zoo ni memang sesuai bawak anak-anak untuk berinteraksi dengan haiwan, antaranya boleh bagi makan pada rusa! Di situ ada staff zoo jual carrot untuk diberi makan pada rusa-rusa ni. Aku pun beli lah 1 cup dan bagi depa makan. 

Berpusu-pusu semua rusa menyerbu kat manusia! Tapi risau je dia gigit jari kitaaa. 

semasa tengah bagi makan
lepas bagi makan. Ya Allah hudohnya muka kau dik!

Di bahagian tengah zoo, ada lebih banyak haiwan-haiwan yang besar dan paling menjadi tarikan kat zoo. Jumpa dengan harimau, singa, tapir, badak, gajah dan macam-macam lagilah. Tapi tulah, kebanyakan haiwan haritu banyak menyorok dan tidur je.

Malayan Tapir yang semakin terancam
singa pun malas nak entertain pelawat, tido je!
tengah sunbathing sambil berzikir ke?

Sebenarnya harimau ni ada dua ekor tau. Tapi kitorang nampak sekor je, lagi sekor tu menyorok kat mana entah. Kemudian dengar bunyi yang sekor tu mengaum kuat gila. Rasa bergegar pulak zoo tu dengan ngauman pak rimau, takot!

Ni baru dengar kat zoo pun dah rasa scary, bayangkan kalau dengar bunyi rimau ni dalam hutan.. Confirm lari tak cukup tanah!

satu dua tiga badak
Gajah merupakan antara haiwan yang penyayang, dan juga paling kuat menyimpan dendam kesumat terhadap apa-apa yang pernah manyakiti dia. Awass!
Dah kenapalah sekor tu bernama Tsunami..

Beruang  Matahari atau nama mat salleh nya Malayan Sunbear telah terpilih sebagai maskot Visit Malaysia 2026. Memang excited sangat nak jumpa icon negara ni. Tapi macam sedih sikit tengok beruang matahari ni sebab kurus je.. Yang jadi maskot tu gemuk pulak?

beruang matahari merupakan antara spesies beruang yang paling kecil

Walaupun saiz dia kecil berbanding beruang lain, terdapat beberapa kelebihan pada beruang ni. Antaranya  mempunyai lidah yang panjang sehingga 20-25 cm untuk mencapai madu dari sarang lebah. Selain tu, diorang ni juga boleh panjat pokok tau oleh kerana saiznya yang kecil. 

Orang cakap, kalau jumpa binatang buas ni panjat pokok untuk selamatkan diri kan? Kalau jumpa beruang matahari ni, sadaqallah jela sebab nanti kena kejar sampai atas pokok, haha.

Beruang Hitam Asia. Kesian dia panas, dua kali masuk dalam air bermandi manda

Oh btw, kami ada juga pergi tempat panda. Tapi panda dah balik kampung.. 

Haritu memang ada baca yang Fu Wa dan Feng Yi dihantar balik ke China masa bulan Mei. Aku ingatkan selepas tu akan diganti dengan panda yang baru. Rupanya memang dah takde panda di Zoo Negara lagi. Sedihlah jugak sebab dah 11 tahun dua ketul panda tu bertapak di Malaysia tau!

Semoga negara China boleh hantar panda baru lagi!

Badak berendam yang sebenar. Boleh bernafas pulak ye dia tidur dalam air tu
ada penguin jugak

Dannn, tempat terakhir yang kami pergi semestinya melawat Capybara dan Oyen yang viral ni! Si kucing oren ni tiba-tiba tersesat dekat kawasan capybara. Siap makan sama-sama, tidur sama-sama. Akhirnya pihak Zoo pun biarkan Oyen tu hidup serumah je dengan capybara ni sebab diorang macam dah akrab je.

Tapi aku tengok si Oyen tu macam sakit kaki.. Jalan pun terhinjut-hinjut je. Semoga Oyen cepat sembuh!


Kami pusing-pusing dalam zoo ni ambil masa 2 jam. Tapi ada satu tempat je yang aku tak masuk, iaitu reptiles haha. Aku benci ular, so memang taknak jumpa muka natang tu! Tapi tiba-tiba rasa menyesallah pulak sebab kat dalam reptiles tu ada buaya... Which is aku dah lama tak tengok buaya yang katang-katang tu walaupun diorang ganas. 

Anyway, i'm sooooo happy sebab dah lama sangat tak pergi Zoo Negara ni tau. Rasanya pernah datang masa lawatan zaman tadika, tak pun masa sekolah rendah jekot. Tu dia punya lama. Terima kasih sangat Zoo Negara bagi tiket free untuk birthday month ni! Dapatlah merasa masuk zoo ni setelah dah tua :p

Habis melawat zoo, Kami pun pergi KL East Mall untuk makan dan cuci-cuci mata. Kawan aku recommend makan kat restaurant A'decade ni. Restoran ni menyajikan makanan citarasa Malaysian, tapi semua sedap-sedap! Harga agak affordable untuk portion yang banyak. Puas hati den makan!

Nasi Kerabu Ayam Percik - RM23.90

Tu jekot kisah yang berlaku last week. Nak dekat maghrib barulah reti balik rumah, haha. 

6 comments:

  1. Akak ni teringin nak masuk zoo negara. Last pergi masa sekolah rendah. Tapi tu la tiket kemain harganya lepas tu pulak anak2 bukan pencinta haiwan termasuk la akak 🤣. Jadi terkubur la hasrat tu. Kalau ikutkan birthday month dapat tiket free tapi anak2&bapaknya kena bayar. Cecah rat jugak jadinya takmau la rasa bazir pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tiketnya memang mahal sungguh. Tu yg bila dpt peluang masuk free ni, kita guna. Memang tak syok bila bday month tak sama dgn ahli keluarga yg lain. Sorang je free, yg lain berbayorr

      Delete
  2. Wah, zoo ni sangat banyak jenis haiwan..saya suka haiwan just melihat tanpa sentuh pun hebatbagi saya..haiwan ni unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat sentuh rusa je. Haiwan lain tu semua jenis ganas2 haha

      Delete
  3. bestnya pergi zoo....disamping menyumbang untuk makanan....lama betul tak pergi zoo....

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~