11 Nov 2025

Spring Raya : Silk Street

 

Sambungan dari --> Spring Raya : Solat dan lunch di Niujie

Bila masih berbaki 2 hari sebelum pulang ke Malaysia, mestilah kena shopping! Dari Niujie, kami ke Silk Street yang terletak di Yonganli. Jumpa tempat ni pun lepas rujuk blog sis Helda. Boleh juga datang ke Silk Street ni dengan menaiki underground metro Line 1, kemudian turun di Yong'anli station.

Masa DiDi drop depan ni kan, aku macam terkesima jap. Kenapa luaran tempat ni nampak macam mewah je.. Barang-barang dalam ni mahal ke? Aku datang kat tempat yang salah ke..

Ada perkataan luxuries trading center pulakk. seram nak masuk

Bila masuk dalam pulak, sunyi je.. Sumpah macam takde orang sangat. Umpama tempat shopping mati. Tapi bila google, memang katanya tempat ni antara spot shopping femes kat Beijing, huhu.

Shop yang jual barangan branded preloved. Ada Prada, LV, Chanel, Coach

Apa yang bestnya kat sini, setiap barangan tu dah di label untuk setiap tingkat. Contohnya kalau nak beli teh atau souvenir berasaskan makanan, dia duduk kat level 1. Level 2 ada baju-baju, level 3 penuh dengan silk. Sangat memudahkan lah sebab semua benda diletak dalam mall yang sama. Jimat masa!

Okay, mesti korang pernah dengar pengalaman tak best bila shopping kat Cina ni kan? Antaranya, kalau kita tanya harga, siap tawar menawar bagai.. End up tak jadi beli, anda akan dimaki. Ada jugak penjual yang agresif sampai tarik-tarik tangan masuk kedai. 

Kat sini korang kena tunjuk skill tawar menawar. Memang pekedai sengaja letak harga tinggi, pastu trylah tawar sampai harga yang kita nak. Ikut nasiblah. Kalau dapat rezeki, kalau tak dapat kena maki. Aku sebenarnya tak berapa pandai bargaining harga ni. Tapi mujurlah datang dengan family, especially ayah aku. Kita serahkan pada yang pakar.

Kalau aku yang datang sorang, alamatnya kena buli dengan pekedai kat sini semua, hahaha.

Pure silk. Tanya harga selendang tu, pekedai cakap 300¥. Takdelah nego harga sebab tak target nak beli silk pun

Aku nak cari fridge magnet dan t-shirt je. Naik dekat level 3 tak silap, berderet lah kedai souvenir. Pastu semua pekedai kat situ dah hello hello please come in. Aku sedaya updaya cuba elakkan eye contact ye, hati pun kena kering buat derk je!

Oh kat sini, they can speak english really well. Tak payahlah susah-susah nak berkomunikasi guna google translate.

Kedai jual macam-macam jenis teh

Pastu ternampak shop ni jual barang souvenir, dalam tu pun macam banyak je barang best-best. Tengok-tengok tapi tak sentuh pun, nohh penjual tu tarik tangan kita. Dia bercakap-cakap sampai tersembur air liur kat tangan aku. Yihh scared!

Dia jual fridge magnet berkualiti murah yang ada 5 keping tu, harga sampai 50¥! Aku nego sampai dapat harga 30¥ gitu kot. Tapi ayah aku dapat harga 20¥. Bila cakap nak harga macam ayah aku, kena marah wehh!

Okay fine, bayar jelah. Beli ni sebab nak keluar dari kedai dia jeee.

Tengah sesi nego-menego

Selang 2 kedai, kakngah nak beli luggage with laptop compartment. Kalau harga online lebih kurang RM300+, kotla dekat sini boleh dapat murah kan. Bila tanya kedai amoi ni, dia bukak harga 2000¥ (around RM1000++).

Kakngah nak harga dalam lingkungan 500¥ - 600¥, of course la tak boleh dapat kan kalau awal-awal lagi pekedai dah letak harga tinggi camtu. So kami pun nak keluar dari kedai tu, kena halang bebb. Dia suruh letak harga yang kita nak. Bila dah bagi harga, dia kutuk depan muka cakap Malaysian people blablabla dalam bahasa dia, bahahaha.

Bedding pun ada

Then jumpa orang jual souvenir kat celah-celah tangga ni. Ingatkan bila jual kat tepi tangga camni murahlah sikit berbanding harga peniaga yang dalam kedai. Tapi tak pun, harganya sama je. Sebab dah malas nak tawaf kat setiap kedai, kami beli jela kat sini.


Mula-mula akak ni garang, taknak kasi harga murah tau. Dia cakap kalau beli t-shirt 20 ke atas, baru boleh dapat sehelai harga 35¥. Kami beli nak dekat 30 helai jugak kot. Tu belum lagi termasuk beli pouch bag, handbag kecil dengan benda-benda lain.

Daripada awal letak harga mahal, tiba-tiba boleh dapat semua barang harga murah. Nampak tak sebenarnya diorang boleh je nak turunkan harga sampai tak masuk akal. Tapi kita kena beli dalam kuantiti yang banyaklah :p

Sakan menyopping.

Total shopping kat ceruk tangga ni je dah cecah RM1000 lebih gitu. Tersenyum penjual tu, rezeki dialah nampaknya. Nasib baiklah banyak barang cantik-cantik sampai rambang mata!

Akak tu cakap, you pray me to get rich. So i can open a shop in Malaysia. LOL!


Sebab kakngah memang aim nak jugak luggage. Kami naik kat tingkat 4 tak silap, kedai tu duduk betul-betul kat hujung. Shop kat situ pun memang tak ramai orang lalu lalang, so bolehlah dapat harga murah. 

Uncle ni lembut hati dengan ayah aku rasanya. Bila abah nego harga je dia cam redha, hahaha. The power of bapak-bapak giteww. Adik aku pun terjebaklah beli beg kat sini.

Dapat beli dengan harga RM300 lebih! Memang sturdy beg ni
muka manyak happy, dapat jugak beg yang dia nak xD

Overall, puas hati dapat shopping sakan. Mungkin dari segi harga tu, aku rasa kat tempat lain (especially traditional markets) boleh dapat lagi murah. Tapi kalau nak shopping di gedung yang ada macam-macam barang, bolehlah try datang sini. 


Macam kesian pulak ada 1,500 shop dalam ni, tapi tempatnya sunyi je. Adakah Silk Market ni dah hilang zaman kegemilangannya?


41 comments:

  1. Garang ya, penjual kat sana? Akak baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa perkara standard je tu, haha. dia taklah garang yg tahap tempik baran tu. garang bebel2 je

      Delete
  2. samalah banyak tempat macam tu la penjual, china ke vietnam ke, indon ke .. saya biasanya masuk tempat mcm ni pakai earphone jalam wat dekk je.. nak beli baru buka earphone.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam diva sangat kan, jalan tak pandang kiri kanan. Mesti pekedai tu judge kita sombong, kahkahkah!

      Delete
  3. Tak suka la penjual jenis paksa² ni huhu ... Ingat dulu pernah kena sound dgn penjual dekat Petaling Street. Kita ni nak tanya je harga sambil lalu, tup² kena marah sbb tanya je. Terkejut mak nak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat malaysia pun ada jugak ekk? 🤣 banned kedai tu!

      Delete
  4. Ada yang jenis tak boleh tanya harga nak meroyan marah kita pulak. Nak meniaga tapi emo pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua kedaila macam tu hehe. Maybe jadi macamni sebab rakyat dorang sendiri pun agak kasar, so penjual2 terlayan tourist macam orang local pulak. Kita layankan jela hahah

      Delete
  5. bab nego2 ni i tak reti laaa..sure kena buli kaw2 if i dtg shopping sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah MZ. Saya takleh datang sorang kalau tempat2 camni 🤣

      Delete
  6. agaknya kalau sy ckp mandarin kat sini kompem dia kasi harga kaw2 punya🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecek mandarin boleh dpt harga kilang hahaha!

      Delete
  7. diorg juga ada jual online kot. wpn sunyi tp masih kekal bertahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak ye jugakk. Saya tak terfikir pulak pasal ni!

      Delete
  8. Uncle pernah ada pengalam kena tarik2 ni.... Tapi kat shenzhen...
    Tapi tu cerita lebih kurang zaman purba dulu la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle menjadi rebutan pekedai kat sana nampaknya? Hahaha

      Delete
  9. Alah membeli menang memakai. memang la beli pukal buleh harga rendah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg beli kat setempat yg sama je. malas nk pusing2 lain dah hehe

      Delete
  10. Agaknya sebab tu tempat ni sunyi, tak mesra poket dan tak mesra pelanggan.
    Agak biadab kalau sampai ada sentuhan fizikal - tarik tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga sebab sekarang dah banyak market2 baru. Dulu tmpt ni ramai orang, ramai org malaysia suka pergi situ.

      Haha cara penjual sana mmng macam tu kot. Tapi sorang tu je yg buat gitu 😆

      Delete
  11. Agaknya lelaki ni kalau bargain jenis yang lemah lembut.. kalau perempuan jenis tak sabar.. excited mungkin hehehe... Tak pun ayah tu ada baca.. baca.. lembut hati penjual tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sebab man to man. Tu yg senang nego tu. Handshake 2-3 kali terus penjual tu redha bagi harga murah hahaha

      Delete
  12. Cuba tanya ayah kot2 dia ada baca ayat2 lembutkan hati. Hehehehe.

    Scary betul lah. Main tarik2, tersembur air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktau apa rahsianya. Sbb tu nak shopping gini kena ada ayah 😛

      Tersembur air liur tu lagi menakutkan dari kena tarik tangan huhu

      Delete
  13. Gedung serba mewah, banguannnya besar..syukur dapat harga berpatutan..begitulah adat membeli nak juga mnta dikaun kan..rugi tak minta dikaunt. Kan dia minta berdoa hehehe seronoknya macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan dia get rich, tapi taknak dia open a shop kat sini. Bahahaha

      Delete
  14. akak bab beli brg mmg akan nego ..mmg dlu time nego guna calculator sbb depa tk phm english kn...mmg ada je jenis marah..mmg tkla nk bli..lantak situ haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kami kat sini pun nego guna kalkulator. Try nasib 😆

      Delete
  15. KSarie ngeri betul kalau penjual macam ni. Bisa jadi terbantut terus hendak membeli atau marilah kita ambil aje apa yg ada sekupang dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg kat kedai 1st saya ambik je FM tu. Nak keluar cepat2 🤣

      Delete
  16. Kalau kita tawar menawar kat Beijing ni...kalau kita tak beli diikutnya kita. Kadang2 kena marah pulak. Itulah takut je nak tawar kalau lalu2 kedai mereka. Tapi tu lah kadang kita tak nak beli tapi mereka ni kadang macam paksa pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kami tanya harga, pastu tk beli. Dia asyik ulang2 "tell me your price" n macam taknak kita keluar. Tpi pedulikk, keluar je kalau saya tk berkenan. Hati kena kering

      Delete
  17. Teringat masa sekolah menengah dulu sibuk nego t-shirt dekat Petaling Street. Sudahnya, dipaksanya kita beli. Tapi sekarang sudah pandai sikit nego-menego. Petua dia, muka kena bagi eksyen sikit. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka eksyen tu kena muka berlagak ke? 😜

      Delete
  18. Ekslusif tempat shopping dia. Macam building wisma2 kat Malaysia, ihiii~
    Jika kak yg kena shopping, buntu taktau nak beli apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, luaran nampak mewah. Tpi dalamnya tak ramai orang pun

      Delete
  19. Saya rasa saya tak boleh masuk sini. Tak pandai betul nak tawar menawar.huhu...Tapi yang bagusnya kat sini senang nak comunicate. Yih! Menyirapnya kalau bercakap sampai tersembur air liur. Pelik betul cara dorang berniaga ni. Kalau tak beli, nak marah-marah. Apoooo..lepas tu dok nekan-nekan. Dorang ni tak mesra alam betul. Macamana lah orang nak beli kan.
    Okaylah berakhir dengan kegembiraan juga dapat beli apa yang dihajati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tau harga market, okayla best dpt tawar menawar. Ni kalau tktau pastu tiba2 mintak murah dri harga market tu yg boleh kena maki 🤣

      Okayla puashati dah dapat shopping hehe

      Delete
  20. Baca nama gedung, memang langsung kuatir dengan harga. Mahaaaal agaknya tak 😂. Saya pernah ambil lokal tour di Beijing, dan macam biasalah, mereka selit kan mampir ke toko2 mahal utk shopping. Seandainya mereka bawa kita ke toko yg murah, pasti banyak beli.

    Kemarin tuh saya diajak ke toko teh, lalu ke toko silk.

    Dah tahu saya dan Raka suka tak enak hati jika tak membeli, kami pun end up membeli bantal sutra hahahahahah . Tapi nasib baik bantal sutra tuh tahan lamaaaa, sampai 10 tahun sebelum akhirnya saya buang 😅.

    Tp saya tak suka juga kalau dipaksa utk membeli apalagi sambil memaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada baca cerita org yg pergi shopping dgn tour. Memang mereka akan bawa ke kedai yg mahal. Sbb nnti tour guide tu pun dpt komisen dari penjual huhu.

      Pillowcase sutra memang best! Saya pun ada beli satu dari shopee. Original mulberry silk dri china hehe

      Delete
  21. Kelakarlah cerita-cerita Mazni pasal tawar-menawar jual beli souvenir di sini.
    Dulu waktu kami ke China, setiap hari tour guide bawa ke kedai paksa beli. Selagi tak ada yang beli, selagi itulah kami tak dibenarkan keluar. Sakit hati juga dengan agen palancongan tu. Macam sengaja pula buat kami begitu.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~