5 Mar 2016

Trip WA: Otw to Kalbarri


Assalamualaikum
6/2/2016 (Saturday) - DAY 2


Masuk je hari ke-2 dekat Perth, kami nak pegi Kalbarri. Kalbarri ni duduk dekat north Perth dan memang jauh jugaklaa. Lebih kurang jarak dari Johor Bharu nak ke Perlis. Atau maybe lebih jauh sikit lagi kott.

Kisahnya, masa nak otw ke Kalbarri ni kitorang banyak singgah kat tempat lain. Pemandangan lawo-lawo pulak tu, so rasa macam rugi je kalau tak cerita kat sini kan. Adalah lebih kurang dalam 4 tempat kitorang stop, 1 tu stop untuk makan.

Oh lupa, lemme introduce you to our private tour guide. Nama, encik Safarudin tapi kitorang panggil Uncle Saf je. Uncle ni Malaysian yg dah tinggal kat Perth selama 13 tahun dan tersangatlah baikkk orangnya. Berasal dari Penang. Beliau memang dah ada banyak pengalaman pasal Australia sebab dah pernah travel satu bumi Australia dengan kereta sepanjang 25,000 km selama 5 bulan. Aku dengar ni pun dah ternganga. Memang powerlah uncle Saf ni!

Kalau korang jenis yang suka camping, Cuti Perth ni juga ada buat package adventure tour. Mana tau ada yang nak tukar selera pulak ke pergi bercamping kat negara orang. Baru rare sikit kan? Kat situ pergilah memancing, tangkap ketam, tengok farm atau wildflower. Tapi bergantung pada musimlah.

So kalau travel dengan Uncle Saf, engkorang tanyalah setiap pelosok tempat yg ada kat Australia ni, semua uncle tahu. Nak tanya pasal sejarah negara Australia pun uncle tau. Kadang-kadang kitorang tak tanya lagi pun uncle dah ceritakan. Berjalan dengan orang kaki travel ni memang syok sebab banyak cerita. Ni kalau ayah aku ada sekali haritu, memang bercerita je dia dengan uncle Saf ni rasanya. 

Macam aku ngan kakngah haritu diam sikit sebab taktau nak borak apa dengan uncle. Pastu tidoq, HAHAHA bertuah betoii! Sorry uncle!

Nak tau harga yang dicharge, boleh terus contact uncle Saf atau nak tanya saya kat email dulu pun boleh :)

So, pagi tu pukul 6 uncle dah datang amek kitorang. Semua barang-barang keperluan, periuk, makanan, air botol semua uncle dah get ready, sebab kat sana macam susah nak jumpa makanan halal. Perjalanan nak pegi Kalbarri ni 600km bersamaan dengan 10 jam. Haa kauu, dengar cam jauh kan? Ada yang lagi jauh uncle ni pernah bawak, sampai 1,000km. Ni yang  600km ni pun dah macam cacing tak keruan duduk dalam kereta, yang 1000km tu cane tu?

Biasanya orang Malaysia kalau nak pegi tempat yang jauh sikit dari Perth city, diorang selalu datang Albany. Tapi uncle kata kitorang ni lain sikit sebab nak pegi Kalbarri pulak. Masa family aku datang Perth dulu pun diorang pegi Albany je. Jarang jumpa orang yang nak pegi Kalbarri, so kitorang ni antara yang ter-peliklah kot, haha.

Sebenarnya Kalbarri ni lagi seronok sebab banyak sangat tempat-tempat yang cantik. Orang malas nak pegi sebab agak jauh kalau nak dibandingkan dengan Albany. Maka marilah kita tengok ciptaan Tuhan yang ada kat Kalbarri ni.


Lokasi pertama yang kitorang stop kat Guilderton. Kat sinilah tempat where the river meets the oceans. Lawa sangat, tapi kitorang tak turun sampai bawah pun. Sungai tu namanya Moore river, yang laut tu Indian Oceanlah. Subhanallah :) 

Kat sini ramai jugak yang datang memancing. 
silau wey #trip2sisters

Tak lama pun kat sini, lepastu kitorang sambung perjalanan. Road dia memang lengang. Tak banyak jumpa kereta lain yang lalu lalang. Sepanjang jalan, pemandangan wajib yang kitorang nampak mesti padang rumput yang lapang tu je. Aku rasa macam aku ni kat Africa, bukan Australia. Cuma kalau tambah sikit scene kuda belang dok kejar2 rusa tu, dah serupa macam kat Africa dah, hahaha.

ni kalau buat photoshoot tengah jalan syok habis nii
Dalam pukul 11 gitu, kitorang stop untuk makan tengahari kat satu pekan kecil ni. Tapi sorry sebab nama tempat tak ingat, gambar pun lupa ambil. Fikir nasi je time tu. Maafkan tuan hamba :p


Ingat duduk ostolia takde nasi lemak ke? Sedap gila aunty masak!
Dah makan, sambung lagi perjalanan sampai terjumpa leaning tree kat tepi jalan. Leaning tree ni kat area Greenough, 400 kilometres north of Perth, Western Australia. Mostly aku tengok pokok2 yang ada kat area ni semuanya dah tertunduk hampir 90 degrees.

Kenapa jadi camtu? Sebab pokok-pokok ni semua kena tolak dengan angin kuat sampai boleh bengkok macam tu sekali. Taktaulah musim bila yang angin dia paling kuat, tapi time kitorang stop sini pun boleh tahan windy jugaklah. Pastu pasir masuk mata T__T


Ni kalau pokok yang besar gedabak camni pun boleh sampai tertunduk, kalau akulah duduk sebelah pokok tu rasanya dah kena terbang pegi mana tah.. Tetiba teringat pulak cakap cikgu masa sekolah dulu, angin ni tentera Allah yang sangat hebat. Tengoklah dengan angin je banyak benda boleh musnah, tsunami, pokok tertumbang terbalik. Yes, indeed cikgu. Memang angin tu hebat.



Sekian dulu setakat ni. Ada lagi 2 perhentian tak cerita lagi, tu kita sambung entry lain pulak. Kang tulis panjang2 uolls tak larat nak baca pulak. Lepasni punya stop kat tempat yang sangat comel okay :D

Thanks for reading!


40 comments:

  1. Wah jauhnya Mazni bercuti... Bestnya ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tpi perasaan bercuti tu still rasa mcm ada kt malaysia je sbb faktor cuaca, haha :p

      Delete
    2. Hehe, nanti kena pergi time winter lak baru berbeza ^-^

      Delete
  2. subhanallah :') <3
    the view mazni. the view!!!!!!!!!!!! ish hahaha wah uncle Saf so cute hihi. Thank u mazni! <3 u make me so determined to save money n stuffs and travel too hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmng lawa qila :D ni baru sikit ni
      ikr, uncle saf mmng cute. hahaha!
      welcome qila, hope 1 day qila pun dpt travel juga utk tgk ciptaan Allah kt bumi orang! :D kite pun nk kena kumpul duit lagi ni utk travel tmpt lain pulak, hehe

      Delete
    2. MAZNI! UPDATE MORE PLS. i thought this u updated new one rupanya qila dh baca dh yg ni haha! Anywayysssss, i love ur writings. :D <3 so pls do write. Best sbb dpt byg kan org yg kita kenal (not reallY) sbb daripada bc strangers punya cerita mcm tak best sgt hahahaa nak baca yg kenalan jugak gituw. Hihi

      Delete
    3. sorry qilaa tak sangka ada yg menunggu! omg thankyou! <3 nnti kite update lagi!

      Delete
  3. rasa nak patah tengkuk tengok leaning tree tu lol!!! mesti rasa nak terpelanting kalau angin kuat sangat XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbalikkan screen laptop anda, haha. mmng time tu musim berangin, menyampah betul tudung asyik serabut xD

      Delete
  4. bestnyaaa dapat pergi tempat2 mcm ni.. pantai dia pun cantekkk!! suka tengok!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sana bnyk area2 laut, kitorg selalu singgah tepi2 pantai :)

      Delete
  5. bestnyaaaa...and pokok tuu pelik gilosss kuikuikui hope one day boleh gi sana lawat pokok tu kahkahkah hehe inshaAllah ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pokok tu berhenti sekejap tak sampai 5 minit pun :p aminn, semoga dpt merasa pegi sana one day!

      Delete
  6. Cantik sangat pemandangan dia. Warna laut dia. Warna langit dia <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. time summer mmng langit lawa sangat, biru je!

      Delete
  7. view cantik sangat lah Mazni..tapi tulah dapat rasa yang panasnya tu mengigit kulit =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini ok sikit lagi, dh sampai kalbarri tu lagi terasa panasnya kak ros :p

      Delete
  8. Perghhh..hot gila pakcik tu..hihi..cntiknyaaaa laut..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, he is, lol! XD Mmng cantik!

      Delete
  9. nak bookmark la you punya entry..mcm best je..boleh buat plan dah ni pergi sana...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thanks! Nnti saya story lgi banyak location ok :D

      Delete
  10. Menarik juga pasal pokok tunduk tu ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, actually pokok2 macamni ada banyak lagi di sekitar australia :)

      Delete
  11. Bestnya travel! Senang lah kalau ada servis macam Uncle Saf tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanang sebab semua keperluan dah disediakan :)

      Delete
  12. alaaa alaaaa...Perth! hmm...kak sally pun tgh cari org utk bawak tour ke Melbeng ni...adoiii..pening kepala nak siapkan itinerary :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. melbourne banyak tempat2 yg best! enjoy your trip nanti ye! :p

      Delete
  13. wah lawanya Perth, inshaallah ada rezeki one day nak jejak kaki kesana la <3

    ReplyDelete
  14. wow,

    tak dapat pergi, tengok gambar yang mazni upload pun jadilah.

    T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha nanti saya upload banyak lagi gambar pemandangan

      Delete
  15. menarik.. uncle tu offer pick up n drop off ke airport.. ehehe..

    ReplyDelete
  16. Masha Allah! Cantik pemandangan di Kalbarri tuu. Btw, pakai dslr apa untuk snap gambar ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou! Nikon D3100 :)

      Delete

Nak komen apa? silakan~