28 Feb 2025

Camp Kayak di Little Amazon, Terengganu - Water Tubing

 Assalamualaikum

Ini sambungan daripada entry Camp Kayak Day 1. Untuk hari kedua ni, aktiviti kami adalah water tubing dimana kita akan menelusuri sungai dengan hanya berbekalkan pelampung dan life jacket. Sungai untuk harini tidaklah jauh macam day 1, dan air pun tenang-tenang je tak deras. Tapi tak jauh pun, adalah dalam 2 jam jugak kami round keliling sungai tu. I am sure sebahagian alur sungai yang kami lalu ni ada yang tak cecah kaki, makanya kita tawakal jelah dan jangan mengada-ngada nak keluar dari pelampung tu xD

disini starting point untuk water tubing. alur sungai tak deras pun hehe

Lepas dah test water confident dan penerangan guide, kami membentuk satu gugusan anggur dan gerak dibawa oleh arus sungai. Orang lain semua water tubing secara solo, kitorang ni je yang melekat dari awal sampai akhir xD

Macamni lah kitorang dok melekat dari awal sampai akhir xD

Water tubing ni memang sekadar duduk atas pelampung dan dibawa arus sungai je, takde kena stop di perhentian untuk makan. Cuma main benda ni kena elak batu, ranting-ranting pokok sebab badan kita terdedah sepenuhnya pada hazard di dalam air. Mujur je arus tak deras, kalau deras aku pun takut ye.

Bila water tubing ni aku tak suka bergesel dengan batu. Tahu jela batu sungai ni sakit nokk. Kawan kitorang sampai bocor pelampung. Nasib baik masa tu belum gerak jauh lagi, terus mintak pelampung baru dari guide.

Part yang paling best ialah bila lalu kat kawasan jeram yang airnya sedikit laju. Baru rasa extreme sikit! Tapi masalahnya kawasan jeram ni berbatu. Yang ni berbatu kita suka pulak?

tak main la pelampung biasa, dia ni pakai pelampung itik terus!
Kaki kanan, adik aku pegang, kaki kiri, tangan kiri dan kanan orang lain pegang untuk berpaut. Ini kalau kena tarik, silap-sila boleh putus badan xD

Sepanjang main water tubing ni, alhamdulillah takde benda-benda bahaya mahupun peserta yang tercedera. Semua santai-santai je, nak tidur dalam air tu pun boleh sangat sebab tenang je airnya. ini pun first time jugak aku try water tubing yang jauh camni. Sampai kecut-kecutlah jari kita berendam nak dekat 2 jam ni.

lazy-lazy dalam air. kau hader??

Masa nak dekat sampai tu, cuaca mendung dan hujan pun start turun. Mujurlah bukan hujan lebat jenis ribut tu, kita kat dalam sungai tau! Kang kena hanyut tak memasal pulak dahh. Tak lama lepastu hujan stop dan kami pun sampai di finished point.

Maka tamatlah CampKayak di Little Amazon terengganu ni. Lepas settle kemas-kemas barang, masing-masing pun bersurai. Ada yang pergi jalan-jalan Kuala Terengganu, ada yang terus balik kampung. 

Sebabkan aku ni carpool kereta orang, kita follow jelah dia nak singgah kedai kopi member dia kat Ajil ni. Pastu singgah pantai kejap untuk tengok sunset. Tapi aku lupa apa nama pantai ni.. Yang pasti cantiklah. (Pantai kat Terengganu pernah ke tak cantik?)

selfie with sunset

Anyway, terima kasih pada semua orang yang sangat fun, becok, suka ambil gambar. As usual, aku masih pendiam macam masa di Padang Batu Waterfall, tapi Sharina cakap aku dah pandai socializing sikit xD Mungkin sebab circle kali ni aku kenal ramai orang dan ada adikku di sisi. Auto tak pemalu sangat, haha.

pantai + sunset + Mazni = Cantik (tibehh!)

Thanks for reading! Till next adventure!

19 Feb 2025

Farm Fresh at UPM

Assalamualaikum

Ladang Farm Fresh ni dah lama masuk dalam list untuk dilawati bila-bila masa anak buah aku balik Selangor. Masa diorang balik sini, apalagi teruslah  bawak ke Farm Fresh ni, dekat jur dengan rumah weolls!

Dan paling penting, tiket masuk murah!

sampai je sini, terus redeem/beli tiket. Dewasa RM15, kanak-kanak or warga emas RM10

Tempat ni dibuka pada pukul 9 am, tapi aku sarankan datang awal dalam 8.30 am supaya korang boleh naik tractor tu untuk trip yang pertama. Kami sampai sana pukul 9.30 am pun dah ramai yang beratur tau. Kalau naik awal takdelah panas sangat.


Perjalanan naik tractor ni lebih kurang 20 minit sahaja. Dia bawa kita pusing di sekitar farm, lalu ladang lembu dan naik bukit sahaja. Aku yang orang tua ni pun excited naik tractor ni, apatah lagi budak-budak xD First time tau naik benda ni, so agak teruja.

lembu pertama yang kitorang nampak! besar woi!


lalu farm

Tractor akan berhenti di atas bukit yang ada signange Farm Fresh ni untuk bergambar. Siapa yang kalis matahari tu bolehlah bergambar buat syarat dah sampai sini kan. Aku tolong ambilkan gambar orang je, tu pun terik benarr sampaikan nak bukak mata pun tak mampu. 

ada abang ni bawak kuda jalan-jalan. Encem! (maksud saya kuda tu)

Habis je naik tractor, kami terus masuk di bahagian dalam pula. Kat dalam ni ada mini zoo, ada ladang lembu, kafe, spot-spot bergambar yang menarik serta shop yang menjual produk Farrm Fresh. Masuk sini macam ada a glimpse of Desa Dairy Farm kat Sabah pulak. Cuma bezanya disini panas melecaih jela.

Tengok ni cantik kan!

Antara haiwan yang ada di mini zoo ni adalah ayam, guinea pig, arnab, kambing, burung dan sedikit reptile. Boleh juga beli makanan untuk haiwan ni dalam RM3 je. Kids pun suka bagi makan kat haiwan-haiwan ni.

I personally sangat loveee dengan kambing-kambing kat sini sebab diorang friendly! Atau lebih tepat, kambing-kambing ni kebulur sebenarnya, itu yang dia jadi excited bila ada manusia datang approach, nak mintak suapkan makanan. haha.

Gambar kiri, aku terkejut tengok kebesaran ayam ni sebab saiz dia 3 kali ganda dari saiz ayam biasa. Btw nama dia brahma. Memang nama dia kena pulak dengan saiz badan, baru nampak gah gitu!
Gambar kiri, ayam pakai seluar ropol-ropol. Gambar kanan ayam rockerzz rambut cacak!
oh my deer!
untuk haiwan reptile pula ada biawak, ular dan iguana. Tapi kat sini tak ramai orang tengok sangat haha rasa kesian pulak kat natang-natang ni xD

Dah nama pun Farm Fresh at UPM, semestinya kena tengok lembu-lembu di sini! Di bahagian depan-depan ada kandang yang dikhaskan untuk anak lembu. Kemudian  ada mak dan bapak lembu yang badannya sado-sado tu.

Paling aku rasa tak boleh blah kan, kat kandang lembu yang sado-sado ni dia pasang muzik vibes macam candlelight dinner xD Kat sini pengunjung tak boleh buat bising sebab nanti lembu stress. Aku rasa bila lembu stress akan mempengaruhi kualiti pada susu lembu tu. Really the diva sangat lembu-lembu ni kan?


Disini juga pelawat boleh tengok susu lembu diperah. Tapi timing dia cuma ada pada pukul 8 am (belum dibuka untuk public) dan juga petang lebih kurang 5 pm macam tu. 


Habis pusing-pusing di dalam, kami pun pergilah area food. Ada jual pizza yang nampak sedap dan pada aku harganya agak okay sekitar RM20-30++ sahaja (saiz regular). Tapi kami tak orderlah pulak sebab lepasni nak makan nasi di luar.

Cuma order air dan aiskrim saja buat ghaso-ghaso.

ada budak ni tengah merajuk dengan pak dia. Masalahnya cantik pulak view belakang tu ek
lepas datang sini. baru aku tahu Inside Scoop ni under Farm Fresh

Kalau you all nak makan aiskrim cup tu pun ada jugak. Harga pun dalam RM3 je. Pastu aku try juga aiskrim coklat Farm Fresh yang ala-ala aiskrim Top Ten tu. Pun sedap juga.


Masuk pulak dalam kedai yang menjual produk Farm Fresh, memang heaven sebab kami suka jugak beli dia punya susu. Rasa bangga dengan produk Farm Fresh ni sebab ianya jenama tempatan! #SapotLokal


me is excited nampak susu style botol kaca ni sebab susah nak jumpa kat pasaraya. Memang wajib beli!

Dan jangan lupa bergambar ya disini sebab setiap ceruk tempat semua cantik dan penuh kehijauan. Jumpa beberapa girls yang dressup lawa-lawa pakai dress putih macam princess. Nak upload gambar kat Instagram lettewww.

Dah macam wallpaper windows pulak

Overall bagi aku best! Sangat recommend untuk you all yang boring-boring taktau nak bawa anak-anak pergi berjalan untuk datang kesini. Sila prepare payung atau topi sebab takut panas sangat :D


17 Feb 2025

Giveaway Kerajaan Kelapa

Assalamualaikum

Tuan hamba menerima pesanan daripada Permaisuri Cuya Wal Kelapa Adinda Sultan Padil untuk memeriahkan giveaway Kerajaan Kelapa ini.


Semoga ada rezeki Tuan Hamba dapat sampul raya cantik-cantik. hiks!

*Anyway, aku tersangat amatlah busy lately, 2 minggu direct haritu tak buka blog. Rasa nak botak kepala guwe. Later i will blogwalking blog semua orang balik! Berapa banyak entry korang entah yang saya dah terlepas ni T__T

Busy itu tanda kita ada life. Tibehh!


8 Feb 2025

Joe's Kitchen, Nilai

Assalamualaikum

Sempena anniversary mak dan abah pada bulan 12 tahun lepas, kami adik beradik belanja makan di Joe's Kitchen yang terletak di Nilai (opposite AEON Nilai). Ini dah jadi our favourite restaurant sebab makanannya sedap di tekak aku dan portion besar! Ini kali ketiga kami repeat sini. 

Asalnya kedai ni adalah Joe's barber shop, tiba-tiba ada kedai makan pulak. Boleh la after potong rambut pergi makan pula, kedainya pun duduk bersebelahan je.


Kalau datang ramai, sangat disarankan untuk book dahulu sebab kedai ni sentiasa penuh. Kita ni datang 10 orang, so meja di bahagian belakang tu memang kami je yang conquer.


Since kitorang datang ramai dan dah order siap-siap dari whatsapp. Sampai sana waiter tinggal hantar makanan je. Tanpa membuang masa, marilah tatap gambar makanan ini.

range harga air dalam gambar ni adalah RM6 ke RM10. Aku pilih ice lemon tea je RM6, anak buah aku amik yang fancy2 blue lagoon RM10 lah.

Aku order yang ni, nasi goreng seafood, RM15. Masa first time makan sini dulu, mak aku yang order nasi ni. Aku try cuit-cuit sikit, eh sedap pulak! Mungkin orang nampak RM15 tu agak mahal untuk nasi goreng, but haiwan-haiwan di dalam ni meriah dan portion dia sangat banyak (at least for me). 


Premium Chicken Grill, RM20. Yang ni rasa dia macam typical chicken grill. Portion besar, premium dia tu sebab tambah mashed potato dengan jagung je, Kalau nak ambil chicken grill yang tak premium harga kurang RM5 ja, rasa sama. 


Lamb chop RM25. Yang ni pun macam typical lamb chop juga. Dalam gambar ni nampak je macam sikit, tapi daging dia besar sebenarnya.

Thin Crust Chicken Rendang Pizza, RM20
Thin Crust Chicken Rendang Pizza, RM20

Kitorang kalau makan sini, mesti akan order pizza! Kalau dari rasa, dia takdelah sedap tahap gila-gila, tapi aku suka je sebab crunchy. Yang pizza rendang tu perisa dia agak unik sikitlah. Beli ni pun sebab nak bagi family kaklong rasa je. Btw memang ada 2 flavour je untuk pizza ni.

Premium Crispy Chicken Chop, RM20. 

Nasi goreng Joe's Special, RM18. Abang ipar aku cakap sedap tapi banyak gila. Rasa nasi goreng dia sama je macam nasi goreng aku, cuma bertukar haiwan je. Next time kalau datang sini lagi aku nak order yang ni pulak!


yang ni kids menu, French Toast Beef Bacon, RM10, Mini Burgers RM8. Sikit macam ni pun bebudak tak makan habis, last2 ibu bapak dia yang kena habiskan haha.

Overall, aku suka gila restoran ni. I wouldn't mind repeat banyak kali pun haha. If nak tengok full menu, boleh tengok di instagram diorang!

PT 12936, Jalan BBN 1/7B Putra Indah Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Joe's Kitchen Instagram

*PS: lama tak bukak blog dan blogwalking sebab aku tersangatlah busy sepanjang bulan 1. Nanti kita akan sambung blogwalking!