8 Jun 2024

Part 3 : Mendaki Kinabalu - Summit Attack Mount Kinabalu

Assalamualaikum

entry yang lepas --> Part 1Part 2

25/08/2023 - Jumaat

Memandangkan malam sebelum summit attack tu aku tidur awal (dapat lelap mata 4 jam), pagi tu aku agak segar jugaklah dan bersemangat nak summit attack. Pukul 1 am aku dah bangun siap-siap dan turun ke kafe pada pukul 1.30 am untuk supper. 

Pagi tu cuaca sangat sejuk, lebih kurang 3°C. Tengah makan tu, tiba-tiba diorang cakap kat luar tengah hujan. Aduhh janganla jadi macam tahun lepas lagi... Tak sanggup menanggung kecewa tak dapat naik buat kali kedua weh.. Dah fikir macam-macam dah time ni, negatif positif semua ada. 

Kebiasaannya pendaki boleh summit attack bermula pukul 2.30 am dan cuf off time pada pukul 5.30 am. Tapi jika cuaca diluar hujan, kena tunggu sehingga 3.30 am untuk pelepasan terakhir. Alhamdulillah, guide bagitau kami boleh start naik pukul 3.30 am tu. 

Mesti orang fikir if naik lewat, cut off time akan dilajakkan masa ke tak? Jawapannya, TIDAK. Cuf off time masih pada pukul 5.30 am walaupun kita gerak lambat kerana faktor cuaca. Pandai-pandailah manage masa 2 jam tu untuk sampai ke checkpoint Sayat-Sayat. If tak melepasi masa yang ditetapkan, maka hancurlah harapan untuk ke puncak.

Telan air liur dah aku, mampu ke nak terkejar-kejar 2 jam sampai ke Sayat-Sayat before COT ni? Dahla cuaca sejuk, udara makin menipis, walaupun cuma 2km jerr.

Lepas dah dengar pesanan ringkas oleh guide, maka kitorang berlapan pun terus start gerak. Masa ni wajib pakai headlamp sebab memang gelap gelita tak nampak apa.

Bila tengah summit attack ni memang kita kena jadi selfish sikit, tak boleh tunggu2 kawan dah. Aku memang percepatkan langkah tak pandang dah siapa kiri kanan. Pastu semput sebab udara makin menipis + cuaca sejuk. 

Cahaya lampu dari headlamp pendaki dan sipi2 lampu di Kundasang
Sepanjang naik ni memang tak ambil gambar sangatlah sebab tak nampak apa pun. Cuma fikir nak cepat sampai last checkpoint je. Tapi rasa macam nak pengsan pun ada sebab susah nak bernafas. Lagi situ, disebabkan penglihatan yang terhad, pendaki kena sentiasa pegang tali sebab baru lepas hujan renyai dan permukaan batu agak slippery. Ada 1 jalan tu agak susah dan menakutkan sebab kau kena berpaut pada tali dan peluk batu yang besar untuk melangkah. Masa tu dahlah tengah koyak kena serang AMS, pastu nak kena langkah batu besar pulak.

Apapun, aku berjaya reach Pondok Sayat-sayat pukul 5.15 am. Lagi 15 minit before gate tutup. 

Dekat pondok ni ada sediakan tandas dan bilik rehat. So siapa-siapa nak gi toilet ke, tidur sekejap atau ambil wudhu, sinilah tempatnya. Lepas tu takda dah tandas-tandas ni. Dari pondok Sayat-Sayat nak ke Low's Peak, kena berjalan lagi 1.7 km.

Daripada pondok Sayat-Sayat ni, kita perlu sampai ke Puncak sebelum 7.30 am. Lebih daripada 7.30 am tak dapatlah bergambar dengan sign Low's Peak tu. Ikut budi bicara Guide yang jaga kat atas tu jugalah.

Aku target nak sampai peak before sunrise, tapi sunrise kat Sabah ni pukul 6 dah naik. Kita pulak pukul 5.30 am baru gerak dari Sayat-Sayat, memang tak dapatlah citer dia. Sedih berhuhu-huhu jelah sambil jalan nak pegi peak tu tengok sunrise.
Dongkey ear. Lagi sebelah telinga tu dah takda akibat daripada gempa bumi tahun 2015
Dalam 40 minit berjalan, barulah jumpa papan tanda 8 km di mana situlah spot paling femes bergambar sebab view tu ada dalam duit kertas RM100.
Daripada puncak RM100 ada berbaki lagi 700 metre untuk sampai ke Low's Peak. 700m tu pun lebih kurang 40 minit jugaklah berjalan. Langkah aku pun makin sloww sebab kita nampak peak, tapi rasa macam jauh gilaa nak sampai. Dekat di mata, jauh di kaki.
Atas sekali tu adalah Low's Peak, puncak paling tertinggi di Gunung Kinabalu. Saat gambar ni diambil, ada lebih kurang 400m jarak nak naik keatas. Aku rasa nak sampai puncak tu part yang paling rasa nak meninggal. Sebab kita menggunakan sisa tenaga yang yang tinggal sipi-sipi... pastu kena panjat batu-batu yang besar tu. Tercalar sikitlah tangan aku masa memanjat kat batu tu. Ini kalau jatuh ni, adui sakitt. 

Ada brader ni kesian kot tengok muka aku macam mintak nyawa sangat, dia hulur tangan untuk tarik aku, auchhh hahaha. Sebab batu dia agak tinggi, aku taktau nak pijak belah mana yang selamat. Dahlah kita ni tengah nazak sangat.
Tepat pukul 7 am, aku dan Lily sampai kat puncak. Kak Sarah pulak dah sampai 10 minit awal dari kitorang. Fuh rasa bangga bila dulu kita selalu tengok kat TV je, finally berjaya menawan puncak yang berketinggian 4095.2 m dari aras laut dan paling tertinggi di Malaysia! Terharu beb, ni pun second try tau.
Gambar kiri, adik aku baru sampai Low's peak pukul 7.30 am, gambar kanan si Lily feeling macam kat Korea. Kat atas puncak tu takleh duduk ramai-ramai pun sebab sempit sikit. Selesai bergambar, jangan melepak lama-lama sangat kat atas sebab prang lain pun nak ambil gambar jugak.

Walaupun aku kata pukul 7.30 am tu dah tak boleh ada kat Low's Peak kan, tapi disebabkan kitorang ni naik lambat, guide tu cam okay je untuk siapa-siapa yang baru sampai peak pukul 7.30. Kitorang start turun bawah pun pukul 8 camtu haha.

Dah siap bergambar dan otw nak turun, Kak Sarah kena serang cramp yang maha dahsyat sampai menjerit-jerit. Kat atas tu sejuk sangat yang buat kaki boleh cramp. Time-time macam nilah kitorang perlukan guide tapi dua-dua tak nampakk. Pastu guide dari group lain tanya "mana guide kamuorang?" haha rasanya lepas keluar 3.30 am tu memang guide kitorang terus hilang -__-
Dekat puncak Low's Peak tu, aku siap whatsapp Acai lagi tanya macam mana nak buat ni. Acai kata bancuh air garam ORS tu, atau kalau takde bagi gula-gula Himalayan Salt. Nasib baikla ada gula-gula tu dalam beg aku. Eh btw kat atas tu dapat line tau. Aku siap update ig story lagi.

Otw turun, macam-macam gambarlah kitorang ambil.
Masa nak turun tu barulah nampak guide kitorang. Tapi kalini diorang pegi tinggalkan 4 orang yang lain tu pulak hahaha. Kak Dila sampai terjatuh sebab diorang semua cam clueless takde orang guide cara nak turun. Aku cam geram jugaklah dengan guide ni, sebab patutnya sorang jaga group depan, sorang lagi jagalah yang belakang. Time kitorang perlukan guide lah patutnya diorang kena ada on scene. 

Pastu dapatlah bergambar berempat. Masa ni matahari dah terik walaupun belum pukul 9. Dahlah atas puncak tinggi, rasa macam matahari direct memancar kat muka kitorang haha.
only 4 of us yang berjaya sampai. Lagi 4 terkandas di Sayat-sayat
Sempat picnic sambil buat hot chocolate xD
Maka bermulalah perjalanan turun daripada Low's Peak hingga ke Timpohon Gate untuk hari ni. Summit date memang akan jadi hari yang paling penat sebab kita bangun seawal 1 pagi naik gunung dan direct turun without rest untuk tidur-tidur. Rest pun cuma untuk sarapan je. maka bajet-bajetlah masa tu untuk sampai ke Timpohon Gate before 4.30 pm kalau taknak dikenakan cas tambahan.
Kelebihan naik waktu gelap-gelap ni, kita tak nampak betapa curam dan tingginya time naik. Masa nak turun tu terus jadi tak pandai hahaha. Bersedialah untuk longgar-longgar lutut dan kaki jelly.

Tapi layankan jelah. Bila lagi nak rasa sakit camni kan.
Postbox paling tertinggi di Malaysia
Bye Panalaban, bye Gunung Kinabalu! Mission accomplished, Alhamdulillah.
Adik aku dengan kawan dia pergi tidur sekejap sebab diorang ngantuk. So aku dan yang lain-lain ni gerak turun bermula 11.30 am. Ni pun kira lewat dah sebenarnya. Tapi asal sampai bawah dengan selamat pun cukuplah.

Last COT untuk turun ke Timpohon Gate ni adalah 4.30pm. Ini COT wajib, bermakna jika pendaki melebihi had masa yang ditetapkan, akan dikenakan cas OT untuk guide bergantung pada budi bicara. Untuk turun ni aku anggarkan masa sekitar 4-5 jam je. 
Pada pendapat aku, turun Kinabalu lagi sakit daripada naik. Time turun ni lah muncul scene lemah lutut, kaki menggigil, kena seret kaki dan korang akan benci tengok tangga lepastu xD Kalau power, turun sambil berlari je. Sama je kalau turun slow kaki sakit, lari pun kaki sakit. Tapi bezanya dari segi masa tu takdelah nak menempuh seksa yang lama sangat betul tak? hehehe.

Alah gurau je, siapa power dia larilah. Aku jalan je, tapi kena jalan laju-lajulah sebab dah janji dengan orang kereta sewa :p
Bila petang je dah start hujan lebat. Aku pulak jalan sorang time tu, langsung tak jumpa pendaki lain. Taktaulah ni cerita seram atau perasaan je.. Tapi masa jalan sorang tu, aku macam dengar bunyi orang berjalan dengan hiking stick tau, bila toleh takda pun. Baru nak excited ada orang teman jalan sekali. Bila sambung jalan lagi dan tak lama lepastu, dengar lagi. Taktaulah itu bunyi air hujan yang mencurah kena daun pokok/lopak ke apa. Tapi bunyi dia tu memang macam bunyi orang berjalan atas permukaan berbatu dan bunyi hiking stick tu paling ketara. Aku time turun memang tak guna hiking stick.. mana datang bunyi tu ._.

Tapi nak buat apa pun, aku jalan jelah sambil tengok hutan yang cantik ni. Bila hujan lebat camni, view dia nampak fresh walaupun berkabus. 
Nampak je tangga last ni, terus rasa sedih sebab finally it's time to say goodbye to Mount Kinabalu. Aku sampai kat gate tu tepat-tepat pukul 4pm. Lepastu tunggu transfer van hantar pegi office untuk ambil beg-beg dan kereta sewa. 

Lepastu barulah sorang demi sorang geng aku turun selang 30 minit. Paling last pukul 6.30pm. Sampai bawah tu jangan lupa ambil sijil kat office.
Gunung Kinabalu masa tengah sunset. Yang kat atas hostel masa ni mesti nampak view lawa macam kitorang tengok semalam
Lepas semua dah sampai, terus gerak pergi homestay kat area-area Kundasang. Sampai homestay tu mandi, solat, makan megi, terus pengsan. Tak larat dah nak keluar cari makanan berat walaupun masing-masing lapar. Penat melebihi dari lapar xD

Itu saja kisah pendakian di Gunung Kinabalu ni. Sampai je bawah tu aku dah berazam mungkin takkan repeat lagi dah sebab mission accomplished kan. Tapi who knows kalau tiba-tiba nanti nak repeat buat via ferrata pulak? xD

Aku rate Kinabalu ni 6/10. Sebab trek dia easy sebenarnya. Trek bertangga je. Aku pergi Gunung Besar Hantu yang tingginya cuma 1400 meter tu pun lagi susah dari Kinabalu. Dengan kaki tersekat dalam selut, kena merangkak nak panjat akar-akar pokok yang tinggi. Kat Kinabalu trek santai, bersih dan paling best ada toilet kat setiap pondok. 

Jumpa di next entry kitorang gi jalan-jalan Kundasang!

12 comments:

  1. alhamdulillah
    tahniah tahniah!
    daebakkkk👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih!!

      Delete
    2. lps ni gunung mn pula? gunung bromo?😀

      Delete
    3. Haha taktahu lagi. Macam nak pergi rinjani, tapi nak jugak khatamkan gunung2 dalam malaysia dulu xD

      Delete
  2. cantikkkk sgt2 view kat puncak tu...
    bla dah ada kat atas tu rs x nak turun x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes memang cantik. Haha kalau boleh taknak turun kak, rasa nk explore setiap sisi gunung tu sebab luas gilaa

      Delete
    2. kannn... rs nk tgk apa sbnr nya yg ada kt puncak ni...

      Delete
    3. Betul. Mesti seronok jadi malim gunung boleh tgok apa yg ada kt seluruh GK tu

      Delete
  3. masyaAllah, cantik sungguh melihat pemandangan dari atas tu kan... x sia-sia bangun seawal 1 pagi... :D.. berbaloi sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Dah smpai atas tu hilang smua rasa penat :D

      Delete
  4. Awak training berapa lama nak hiking Kinabalu nii

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~