17 Jun 2024

Eid Al-Adha dan pengorbanan Palestine

Assalamualaikum.

A picture of my recent trip, Taipei Grand Mosque.

Selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Rasanya Idul Adha tahun ni mesti sangat memberi impak pada seluruh umat Islam di dunia tentang apa itu pengorbanan yang sedang terjadi sekarang ni. Kebanyakan khutbah-khutbah di masjid tadi mesti akan bercakap pasal Palestine. Pengorbanan yang mereka lakukan tersangatlah besar dan perit untuk ditanggung. Kita yang tengok ni pun tak sanggup, fikirlah macam mana diorang yang kena hadap sejak 8 bulan ni. Tak, sejak 1948 lagi! Cuma kalini sangat dahsyat, melampau dan biadap.

Takde apa yang kita semua harapkan pada tahun ni melainkan pembebasan Palestine. Pengorbanan rakyat Palestine betul-betul telah membuka mata mereka yang bukan beragama Islam untuk turut bersolidariti sekali. Di belah-belah Europe dan America sekarang antara yang lantang bersuara tentang genocide yang berlaku. Rasanya dulu-dulu cuma orang Islam je yang bersuara pasal isu Palestine ni. Tapi sekarang tak lagi. 1 dunia dah letih tengok barbaric act of Zionist/Israel. Lagipun sekarang zaman teknologi, senang nak dapat info di hujung jari. Cuma kalau ada yang masih buta to see the truth tu, dia dah tak layak dipanggil manusia.

Funny betul orang-orang barat selalu buat cerita pasal superhero selamatkan dunia, but in real life dioranglah punca dunia ni kucar kacir. Dalam movie kemain cipta watak puak tertindas berusaha nak dapat kebebasan macam dalam cerita The Hunger Games, tapi in real life diorang sendiri menidakkan pembebasan rakyat Palestine walaupun selepas 40,000 angka kematian dalam masa kurang dari setahun. Lagi teruk daripada perang dunia kedua atau pada zaman holocaust.

Semoga doa-doa kita semua diangkat pada hari arafah dan dimakbulkan. Semoga Allah turunkan tentera malaikat untuk membantu para mujahidin melawan musuh dan semoga Israel musnah berkecai. Palestine will be free.

Calling for a permanent ceasefire because enough is enough.

4 comments:

  1. May Palestine be free T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin :( sedih hari2 buka sosial media penuh berita diorang dizalimi. Takde siapa yg mampu nak stopkan semua ni

      Delete
  2. saya sedih dengar berita katanya Rafa dah ditawan sepenuhnya...
    dalam masa sama harap berita tu tak benar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baca jugak. Tapi saya tak rasa ditawan sepenuhnya, sebab pejuang Palestine takde menyerah kalah pun. Kalau nak kata kerosakan total tu iyalah. Zionist fikir dgn bunuh orang awam yg ramai tu tanda dia dah tawan kawasan tu, padahal tak pun

      Delete

Nak komen apa? silakan~