20 Oct 2020

Luckin Kopi, Pasar Seni

 Assalamualaikum

God know how much i love Pasar Seni dan tak pernah bosan-bosan jejak kaki kat sini. Selain bergambar, cari barang-barang cantik mahupun mencari fresh flowers murah, Pasar Seni juga pernah viral dengan tempat makanan sedap! Kali ni baru nak makan-makan kat Pasar Seni, sebelum ni datang untuk window shopping je.


Antara tempat hot pernah diviral kan di Twitter adalah Luckin Kopi! Sebenarnya ada lagi satu tempat tu nama dia Merchant's Lane. Tapi kitorang tak perasan tempat tu kat mana. Kat Luckin Kopi ni pun beratur panjaang. Kitorang pulak datang time lunch hour, memang 'cantik' hahah. Tapi sebab dah sampai, gigihkan jugalah nak makan sini. Memang itu target utamanya hehe. Dan beratur tak sampai 30 minit pun rupanya, Alhamdulillahh!

Macam biasa, kita bubuh gambar menu kat sini. Pada aku, harga dia affordable jugalah.


Orang datang sini sebab kopi, tapi aku datang sini untuk salted egg chicken! Tapi order jugalah kopi sebab ramai recommend kopi dia kaww. Tengok menu semuanya nampak tempting sangat, tapi sebab aku memang nak makan nasi, pastu dalam kepala memang niat nak order salted egg chicken tu, maka aku orderlah seperti yang telah dijanjikan. Kawan aku pula taknak order nasi and i was like, heyy tak lapar kee hahaha.

Salted Egg Chicken (RM 12.90)

Look at theseee. Sangat puashati makan salted egg chicken ni! Portion memuaskan, rasa pun sedap. Dia punya kuah salted egg tu entahlah, aku suka sangatt. Nak bagi 10/10 okay tak?

Mee Siam Ayam Goreng (RM 12.90)

Kawan aku order menu ni, ada kisah sedih disebalik mee siam ni. Dia ingatkan mee siam tu tu macam megi siam yang serda tu lah kan. Sekali sampai, macam bihun pulak dah. She had not idea what mee siam is ahaha. Dia menyesal and katanya baik ambil set mee sedap dengan ayam. Tabahlah xD

Luckin Signature Kopi (RM 14.90)

Ini adalah signature kopi disini, Kopi 3 Negeri. Ada kopi Ipoh, kopi KL dan kopi Melaka. Dapat homemade biskut sekali untuk dicicah dengan kopi. Okay sejujurnya, aku tak minum kopi sebenarnya. Tapi kental pergi order set yang 3 cawan ni kan? Ingatnya nak share dengan kawan, tapi dia order teh ais dan dia minum sikit-sikit je kopi ni. Boleh dikatakan aku habiskan semualah 3 gelas kopi ni.

Bagi seseorang yang jarang minum kopi, sekali teguk tu terus shock sikit. Pada pandangan aku yang bukan coffee lover, rasa ketiga-tiga kopi ni memang pekat dan sedap. Nasib baik dia kopi susu jelah, at least boleh tahan lagi. 

Dalam tiga-tiga kopi ni, aku suka kopi melaka sebab dia manis sikit, ada  campur gula melaka kot. Kopi yang paling pahit adalah kopi KL. So skala kepahitan mengikut lidah aku adalah KL - Ipoh - Melaka. 

Agak seksa juga nak habiskan tiga-tiga kopi ni sebab tak biasa minum. Lepas minum terus sakit kepala hahaa! Kalau korang jenis suka minum kopi, mungkin korang suka kopi kat sini. 

Total 2 orang makan, tal lebih RM55 including tax and service charge :)

Before keluar dari sini, kitorang nak ambil gambar kat satu sudut yang cantik ni. Tengah tunggu turn, tetiba ada couple ni minta tolong ambilkan gambar diorang dan sebagai offer, dia ambilkan gambar kitorang jugak. Rupanya orang tu fotografer, gambar dia dia ambilkan untuk kitorang semua cantik-cantik!

Since Pasar Seni banyak spot bergambar yang cantik, so kitorang pusing-pusinglah lagi untuk ambil gambar.


Macam yang dah diperkatakan tadi, sini tempat paling best nak beli bunga murah-murah. Kitorang beli hydrangea flowers. Kawan aku ambil warna purple-ish blue, aku pula ambil purple dan lepastu tambah baby breath flower, my favourite flowerrr. Baby breath tu just beli size kecik RM6 je. Even dah kering pun masih cantik tau.

So far harga bunga-bunga kat sini memang murah. Beli yang saiz besar pun biasanya RM belas-belas hingga ke RM 30 lebih  gitu. Ikut jenis bunga :D

hydrangea flower - RM 15
small baby breath - RM 6


Thanks for reading!

29 comments:

  1. Replies
    1. saya pun masih lapar lepas tgok balik gambar ni hehe

      Delete
  2. arghhh nak rasa kopi tuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. woww.. cam bestlah..sy peminat kopi tegar. tapi tak tau bila lah boleh pg KL musim sekarang ni ;'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tangguh dulu plan nak jalan2 huhu :(

      Delete
  4. Nadia baca post ni dikala Nadia tak makan sejak tengah hari! aishh lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa maaflah buat awak lapar heheh xD

      Delete
  5. X ingat bila kali terakhir ke pasar seni... mesti lebih best skrg kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak mcm takda perubahan kot xD kalau ada pun sikit2 je.cuma sekarang orang suka datang sini untuk ambil gambar dan beli bunga murah je

      Delete
  6. Dah lama xsinggah pasar seni. Nampak beza dah dari dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai budak2 muda suka datang sini :D

      Delete
  7. waitt, murahnyaa bunga tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeee sebab tu saya suka datang sini, nak bunga xD

      Delete
  8. fuhh kadang tu cam pelik je camna org2 boleh jumpa tempat best2 dkt area central market or pasar seni or petaling street. selalu beli bunga ramai gak budak2 muda dtg. banyak kali juga dtg pasar seni beli bunga. nak masuk dalam2 tu cam payah bawa kereta. better public transport kan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, better dtg dgn train je lagi senang. pastu jalan kat sini kan agak crowded so kalau naik kereta tu maybe stress sikit hahaha. saya suka lagi jalan kaki pastu kalau nk masuk kedai tu main masuk jela, tkyah sesusah cari parking xD

      Delete
  9. akak kalau pi Luckin Kopi semata sebab pasta sambal petai dia je...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh ada eaaa? kena try ni sbb saya pun suka sambal petaii

      Delete
  10. pernah nmpak tmpat ni viral haritu kat twitter. huwaaaaaaa paling jeles tgk harga bunga tu sbb murah gila!! dkat sarawak ni jgn hrplah nak jumpa harga semurah gitu :'(

    ReplyDelete
  11. so far mmng pasar seni ni jelah jual bunga harga murah cenggini, tmpt lain tak sure. nanti kalau bercuti kat KL datangla pasar seni okiii!

    ReplyDelete
  12. Haha banyaknya minum kopi. Sekali 3 cawan!
    Lama tidak jejak Pasar Seni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tak sangka saya mampu habiskan semua TT
      padan muka lepastu sakit kepala! hahaha

      Delete
  13. Ni pun wishlist jugak. Suka giler kopi walaupun tak tahan sangat nanti jantung dup dap cam nak meletup. Ok nak order salted egg. Akak pun suka gi Pasar Seni ni

    ReplyDelete
  14. Last pergi CM bulan berapa haritu entah. Parking je tak masuk dalam sebab nak beli bunga je kat area situ. Tak sempat nak explore CM. Bunga kat sana murah murah. Betul, baby breath tu dah kering dan bertahun saya simpan pun masih lawa.

    ReplyDelete
  15. CM mmg best..syok window shopping kt sini..

    ReplyDelete
  16. Ala...bila PKPB nak berakhir ni. Baca entry ni langsung terasa nak berjimbaan di kawasan Pasar Seni selepas Covid19 redha. KSarie pernah makan di Luckin Kopi tuh, memang tempat ambil gambar dia tuh comel sangat

    ReplyDelete
  17. Allahu, telan liurrr. Nasib skrg ni berpantang

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~