6 Jul 2020

Cita-cita dan takdir


Assalamualaikum



Masa kecik dulu, kita semua ada cita-cita. Pergi sekolah pun cikgu selalu tanya apa cita-cita kita semua. Bila dengar jawapan daripada kawan-kawan, hebat-hebat sungguh impian diorang.

Ada yang nak jadi arkitek, doktor, cikgu, engineer, saintis, angkasawan, pilot, fashion designer, usahawan dan macam-macam lagi.

Kalau korang tanya aku, sebenarnya cita-cita aku ni asyik berubah-ubah. Maklomla tak tetap pendirian. Sekejap tu nak jadi pelukis, sekejap nak jadi pelukis komik, sekejap nak jadi cikgu. Tapi akhirnya aku memutuskan untuk menjadi cikgu, dan cita-cita ini paling lama aku pegang, hingga ke sekolah menengah.

Tapi lepas je aku naik tingkatan 4, 5 aku lebih ke arah seni. Yes aku minat dunia-dunia seni tapi at the same time aku masih kekalkan cita-cita nak jadi cikgu jugakk haha pening tak xD Dan lepas masuk universiti, memang course aku bukan dalam bidang perguruan pun sebab masa isi UPU tu maybe tak layak wahaha. 

Walaupun sekarang aku dah bekerja di dalam bidang yang aku pelajari semasa di universiti, tapi bila teringat balik cita-cita masa dulu, macam kelakar pulak aku ni minat nak jadi cikgu ye. Lama pula tu aku simpan niat nak jadi cikgu ni. Tapi takpe, aku suka dengan kerja yang sekarang ni sebab at least tak rugi diploma dengan degree aku, walaupun pada asalnya ini bukanlah cita-cita aku sejak kecil. 

Even sekarang tengah kerja pun, aku taktahu apa target aku di masa akan datang. Bila makin besar, makin kita taktahu sebenarnya apa cita-cita kita. Bunyinya macam orang yang takde arah tuju ._.

Apa pun tetap bersyukur dah dapat kerja yang kita suka. Sometime bila tengok orang lain, dia main kerja je apa-apa yang ada asalkan ada pendapatan. Zaman sekarang ni kebanyakannya orang bekerja sebab nak survive je.

Bila tengok kat twitter, ramai je anak-anak muda yang menganggur dan ada juga yang struggle cari kerja, ada yang tak kisah kerja dalam apa-apa bidang walaupun tak seperti yang diimpikan oleh diorang. Ada tu  yang struggle sangat sampai buat side income jadi agen dropship, jadi penghantar makanan. Padahal belajar tinggi-tinggi kemain susah.

Betullah tu zaman sekarang ni kadang2 kita kerja hanya untuk survive. Kadang-kadang orang dah tak peduli dah pun terpaksa lepaskan cita-cita yang dia idamkan, asalkan ada kerja pun dah cukup. Cukuplah ada gaji dan boleh bayar segala komitmen, bagi duit kat ibubapa dan yang paling penting halolll wa fil toyyiban~ Rasanya mungkin impian setiap anak bila dah ada duit, nak bagi kat parents kan?

Mungkin sekarang ni tak dapat jadi cikgu, tapi soon boleh jadi cikgu kepada anak-anak kita kan. eh?

Apa cita-cita korang sejak kecil? Korang berjaya tak capai cita-cita tu? :D


11 comments:

  1. Yang penting ada kerja untuk menjana pendapatan.
    Tak semestinya kerja yang kita cita-citakan

    ReplyDelete
  2. Sama laa cita2 selalu berubah2 jgk dr kecik smpai mmbesar ni. Cikgu pernah masuk dalam list cita2 jugak. Hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau ikut cita-cita nak jadi peguam tapi nak buat macam mana bagi speech kat depan je dah bergetar tangan.

    Susah jari kerja sekarang ni. Dengan Covid lagi. Sedihnya.

    ReplyDelete
  4. Sama la cita2 kita kak Mazni, nak jadi cikgu! Tapi bila tak lepas interview untuk TESL dulu2, terus batalkan niat nak jadi cikgu. Haha..

    Saya pun tak tahu jaminan masa depan macam mana lagi kan.. Mudah2an saya pun dapat kerja dalam bidang yang saya belajar sama macam akak! :)

    ReplyDelete
  5. Realiti kehidupan sekarang. Kadang-kadang kita tak dapat penuhi apa yg kita impikan atas sebab2 tertentu, chaiyok Mazni... nnti boleh jadi cikgu utk anak-anak suatu hari nnti. Hehehe

    ReplyDelete
  6. dulu nk jadi doktor haiwan 😂😂

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tercapai juga cita-cita tu. Zumal yang tak tahu cita-cita ni sampai sekarang terumbang-ambing. Hehe

    ReplyDelete
  8. Woah awak nak jadi cikgu rupanya dulu2. saya dulu lama tau nak jadi doktor. pastu time nak spm terus ragu dengan kemampuan sendiri hahaha. sekarang amik kos optometri. ok la tu dalam bidang health science jugak

    ReplyDelete
  9. eh? eh? tiba2 pulak masuk topik jadi cikgu kpd anak2 hahahaha lol

    dulu pun cita2 sy bertukar2, smpai skrg ni hah tak pasti nak jadi apa HAHAH teruk tak? sebab takut gila kalau tak dpt cita2 yang diinginkan TT so apa2 pun nanti mmg pasrah & reda je dpt kerja apa, janji dpt duit yang halal je inshaallah

    ReplyDelete
  10. Most people work not according to their educational background. In my country this is also the case. But that's okay because the most important thing is that you can make money.

    ReplyDelete
  11. Cita2 tak pernah tetap, tapi minat sangat bidang Sains. Ended up sekarang keje advertising. Umur macam ni cita2 nak kumpul duit and travel the world jela. Haha

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~