17 May 2020

Bukit Kutu - Mandaki hampir separuh mati


Assalamualaikum

Ni cerita lama, masa awal tahun haritu. Aku ni tak pernah hiking, tapi suatu hari tu, kakak ngan abang aku ajak pegi hiking kat Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu. Disebabkan masa tu aku baru habis belajar dn banyak aktiviti lapang. So aku nak manfaatkan hari-hari aku dengan buat aktiviti produktif. Kononnya 2020 ni nak stay fit stay productive laa. Lagipun aku dah lama sangat tak hiking, so inilah masanya untuk kita kembali menyinar. Ewah. 

Walaupun I ni pemalas, tapi I suka tau aktiviti outdoor camni :P

Aku tak ambil banyak gambar pun masa mendaki ni sebab well, nyawa aku masatu 50-50 je, nak ambil gambar pun tak mampu dah. So, tengok jelah mana yang ada ya.

Ini adalah gambar baru nak start mendaki. Masih awal lagi so muka semua okay je haha
credit

Macam yang aku cakap tadi, aku ni tak pernah hiking ya. Dan menjadikan Bukit Kutu sebagai tempat hiking setelah sekian lama berehat adalah suatu kesilapan besar bagiku. Ini yang orang kata overconfident.

Untuk orang yang tak biasa hiking macam aku ni, sumpah aku kata trail hiking dia sakit hati gila xD Rasa macam nak terputus roh dari badan aku. Kawan-kawan aku yang pernah daki sini pun kata trail Bukit Kutu ni agak mencabar.

Korang tengok gambar kat atas ni, yang part panjat ikut akar kayu ni paling sakit sekali bagi aku sebab curam and time tu dah tak larat sangat, kena pulak panjat sambil berpaut kat akar-akar pokok ni. Aku maki je dalam hati, kenapa trail ni macam ni hahaha!


Sepanjang pendakian, aku adalah insan yang paling lembik dalam team kami haha malunyaaa! Banyak kali aku cakap kat diorang nak turun balik, biar diorang je yang hike sampai atas. Sebab masa tu aku penat sangat sampai nak termuntah. Rasa macam takleh teruskan. Time tu aku baru panjat 300++ meter tapi dah pancit gilaa sedangkan bukit kutu ni berketinggian 1090 Meter. Ko ghaseee?

Awal-awal pun dah pancit, taktaula selamat ke tak untuk sampai ke puncak xD

Motivation haritu memang kakak dengan abang aku sebab diorang gigih tarik aku, tolak aku dari belakang, bila aku dah penat macam nak pengsan diorang stop kejap. Ahaha susah betul menjaga warga emas yang sorang ni yerr.

Tapi penipuan diorang adalah setiap kali bila aku tanya,
"Jauh lagi ke?"

diorang akan jawab,
"Tak jauh dah, sikit lagi sampaila tu"

At the end, sampai kesudah-sudah tak sampai weyhh haha! Tapi itulah trick untuk bagi semangat kat kawan-kawan yang tak larat hiking sebenarnya. Jangan cakap jauh lagi, cakap dah nak sampai :p


Dah lama-lama panjat tu, Dalam ketinggian 600 meter something kot, ada batu besar yang orang selalu ambil gambar kat kawasan ni. Bila dah sampai sini, umpama dah lepas peak point pertama. Nak naik sampai puncak, kena hadap lagi 400 meter lagi. Tapi biasanya bila dah sampai kat batu-batu ni, jaranglah tak cuba naik sampai atas kan sebab dah dekat. Tapi ada jugak aku jumpa orang-orang lain yang dia kata tak mampu dah nak naik sampai atas. 

Serious ya, ramai jugak orang yang muka dah barai sepanjang mendaki kat sini. Ada yang aku jumpa injured. Nampak tak betapa ganasnya Bukit Kutu ni.


Kat sini memang kitorang berehat lama gila sebab batu dia sejuk, and ambil gambar puas sebab pemandangan kat sini cantik. Rasa macam lagi semangat bila dah tengok kitorang mampu daki setinggi ni. Masa dah sampai sini, memang takdelah aku terfikir nak patah balik sebab sayang weh. Dah jauh daki haha.


Daki punya daki, bila dah nampak tugu ni, tandanya tersangat hampir nak sampai puncak. Tapi kena panjat tangga sikit. Bila kita tengah hiking ni, benda yang paling dibenci adalah tangga kot. 

And finally, kita dah sampaii! Masa ni jangan cakap lega dia camne. Aku rasa bangga dengan diri aku sebab berjaya buat comeback kat bukit yang setinggi 1000 meter dalam keadaan trail dia yang takleh bawa bincang ni. Kitorang sampai puncak ni tepat pukul 12 tengahari dan total pendakian 4 jam. Dah sampai puncak ni, berehatla kat situ sejam untuk ambil-ambil gambar dan boost balik tenaga.

Standard masa untuk daki ialah 4 jam, turun 3 jam. Tapi sebab masa daki tu kan kitorang banyak rehat, itu yang jadi lambat sikit. 


Kalau nak ambil gambar kat spot yang paling cantik, kena panjat sikit batu yang tersangat-sangat curam. Quite bahaya ya, silap langkah habis jatuh nanti. 

Macam ni ya dia punya tangga tu. Boleh bayangkan tak betapa gayatnya nak panjat guna tangga yang macamtu? Aku risau gila tangga tu bergerak ke, patah ke hahah. 

Aku yang suka tempat tinggi pun rasa gayat gila. Tak berani nak berdiri kat atas puncak batu ni. Hanya muat 2 orang sahaja. Menggeletar jugaklah aku nak naik sini, tapi for the sake of photo, kita sanggup jelah.


Dah habis duduk kat atas ni, kitorang pun kena turun sebab takut lewat. And yes, nak turun pun kamu harus menempuh lagi 4-3 jam ya. Aku fikir bila nak turun ni kuranglah sikit seksa dia. Ternyata seksanya sama seperti mendaki ya kawan-kawan.. 

Sebab Bukit Kutu ni curam, n kaki kita kena banyak brek sepanjang nak turun. Sakit gila kaki okey, nak terkehel rasa. Nak-nak pula kasut aku dah haus so banyak kali tergelincir persis seperti nangka busuk. Rasa nak meraung sebab banyak kali tergeliat.

Jumpa dengan hikers ni, borak-borak dengan diorang. Banyak tempat dah diorang ni pernah hiking sebab diorang ni join kelab hiking.

Air yang tenang dan sejuk...

Sampai je bawah, terus kitorang celup kaki kat dalam air. Lega rasa weyy. Pastu rasa sayang pulak tak bawak baju untuk mandi sebab air terjun kat sini bersih dan sejukk. Tak ramai orang pulak tu. Kalau dapat berendam ni memang syiok habiss.


Dari pukul 8 pagi sampailah nak dekat pukul 4 tak makan benda yang mengenyangkan langsung. Lepas solat je terus shoot pegi Setia Alam nak makan nasi kambing sahara yang glemer ni. Masing-masing muka kelaparan dan makan persis monster. Sebabkan kitorang compang camping dan bushuk, kami duduk kat meja luar je jauh sikit dari orang lain xD

So kesimpulannya, adakah aku nak repeat Bukit Kutu ni lagi?

Jawapannya NO! Cukup sekali sebab sakit sungguh!

But if kalau orang nak ajak hiking lagi, aku memang berminat and i'm looking for more adventure!

Semoga staminaku bertambah kuat lepasni, takmo lembik-lembik dah hehe

Thanks for reading!

23 comments:

  1. Seronoknya dengar orang muda yg suka hiking. Makcik dulu pun suka panjat gunung depan rumah. Paling tinggi pun panjang gunung Jerau. Bila kawin semua lepas ketepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takdelah puan, saya pun dah lama tak hiking sebenarnya, ni baru mula balik.

      Bestnya rumah dekat dengan gunung! Sihat blake lah zaman dulu2 ya hehe

      Delete
  2. dulu time sekolah, excited hiking time camping. Sekarang ni, nak hiking pun jarang jadi minat tu macam dah semakin pudar. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka je hiking, tpi selalu takde peluang hiking dgn kawan2. sekarang kakak ngan abang minat hiking, lepasni kena rajinkan diri pegi joinlah hehe

      Delete
  3. Wow tinggi nya sampai 1000m+. Lya bukit 300m 400m pun dah pancit. Suka jugak hiking tapi stamina lembik haih. Btw cantik lah trail bukit ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tinggi, tapi masih panggil bukit haha.
      eh kita 300 meter dah pancit, naik yang selebihnya tu dengan badan je bergerak, roh saya terbang da xD

      erm.. cantik.. tapi hawau HAHA

      Delete
  4. hiking penat, tapi seronok.. kan? saya pon suka, walau jarang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul. dah sampai puncak tgok pemandangan tuh rasa fuhh!

      Delete
  5. Tahniah dik :) Tak pernah g hiking sebab takut pacat hihihi

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tahu kewujudan bukit ni. Ingatkan selangor ada bukit broga je XD Balik-balik hiking dekat bukit dekat teluk chempedak.

    ReplyDelete
  7. pernah mendaki gunung ledang.. mula2 mendaki tu ok lg sebab ada tangga.. lepas dah xde. nak kena hadap tanah licin pulak. nak sampai puncak tu rasa mcm nak tercabut nyawa.. huhu. tp bila dah smpai tenang giler rasa.

    ReplyDelete
  8. BV ni entah bila la hiking bagai. lama dah teringin tapi kat sini macam takda tempat hiking XD
    bestnyaaa hiking ramai2 ngan kawan :)

    ReplyDelete
  9. saya hiking boleh kira dengan jarti berapa kali. sekali dapat tu teruja nya haha tapi nak sampai ke puncak tu adehhhh nak pitam pun ada haha

    ReplyDelete
  10. View dia cantik! Kalau akak, memang tak bolehlah hiking tempat macam ni. I'm not made to be outdoor and hiking makes me feel tired just by thinking about it. Hahahahah

    ReplyDelete
  11. bestnya... kita hiking selalu pi bukit sapu tangan dkt taman botani tu je la... haha
    bosan dah..nak pergi tempat lain mcm tak ada kawan pula nak teman.

    ReplyDelete
  12. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. my father is a hiker so he always story about his journey to me. Hehe. Izzati tak pernah hiking sebab ada sakit and it seems to be a fun activity to do. jeles tengok orang hiking ni hehehe. Love to see more from youuu.. <3

    ReplyDelete
  14. jernih gila air
    bestnya
    tak sabar nak buat aktiviti semula jadi nih

    ReplyDelete
  15. Teringin nak outdoor macam ni. Tapi Beeha macam cepat pancit je and mental breakdown terus hahaahha

    ReplyDelete
  16. Never heard of Bukit Kutu before but that is one amazing view!
    When it comes to hiking, I'm not the person for it haha last hiking masa naik Broga and it was so overrated and exhausted. Lepas tu terus mandi air terjun nearby. That's the best part of the whole thing.

    And man, that nasi kambing look so gooooood!

    ReplyDelete
  17. Rasa rindu nak kembali hiking moga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  18. rasa nak naik lagi la kutu. dah lupa mcm mana trek dia. hahaha

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~