28 Apr 2020

Lawatan ke Nasyrul Quran


Assalamualaikum

Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah dapat kita merasa Ramadan tahun ni walaupun ada sedikit kurang. Tapi takpe, banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan selain tak dapat ke bazaar dan solat terawih. Boleh gunakan masa ni untuk perbanyakkan baca Al-Quran!

Cakap pasal Al-Quran, beberapa bulan lepas aku dengan kawan-kawan pergi melawat ke kilang percetakan Quran yang paling besar kat Malaysia. Nasyrul Quran ni adalah kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia selepas Madinah. So bangga ke tak bangga?


Bangunan ni dari luar memang besar. Nampak ciri-ciri islamik dia tu. And kat sini kalau nak masuk free je. Korang boleh tengok proses penghasilan Quran dari A to Z. Replika Quran kat dalam ni pun cantik-cantik coraknya. 


Before dia bawak masuk pegi lawatan, kena masuk dewan ni dulu sebab pihak diorang akan bagi intro dulu. Tapi sebab aku datang lambat, so tak dapat dengar :p Dalam 10 minit aje intro tu. 


Kat gambar ni diorang terangkan 10 step untuk hasilkan Quran guna tangan. Ni hasilkan guna tangan tau. Daripada proses melakar, scan, menyemak, menulis. Surprisingly, proses untuk menghasilkan sebuah mushaf Al-Quran memakan masa 10 tahun.

Aku pun terkejut bila dia cakap 10 tahun. Tapi bila fikir balik logikla, sebuah Quran je dah berapa mukasurat kan, nak kena tulis surah satu-satu, warna motif2 bunga kat Quran tu, pastu lembaran Quran tu diterap pakai daun emas asli. Nak buat semua benda-benda ni kena detail.

Bahagian ni putih bersih bersinar-sinar sangat, ahaha. 

Kat sini dia pamerkan contoh mushaf Al-Quran dari setiap negeri-negeri di Malaysia. Corak kat tepi Quran tu semua lain-lain bagi melambangkan setiap negeri. Macam kat bawah ni aku snap gambar negeri Selangor dengan Terengganu kot.

surah an-nas dan surah al-falaq


kulit Al-Quran yang bersalut emas dan tools yang digunakan untuk menulis Al-Quran


Yang ni pulak adalah contoh-contoh mushaf Quran yang ada di seluruh dunia. Ada banyak tapi aku ambil gambar ni je. yang dalam gambar ni ialah mushaf Fatimah, Mushaf Nigeria, Mushaf Mandarin dan Mushaf Palestine.


Kat sini bukan pamerkan pasal Al-Quran je, ada jugak dia tunjuk seni-seni yang bertemakan islamik macam jubin atau tembikar. Ukiran kayu pun ada gak kat sini.


Ini adalah bahagian production. Pelawat cuma boleh tengok dari atas je. Nak masuk kat sini ketat sikit, bukan boleh suka-suka masuk.

Sedikit perkara yang aku suka tentang kerja kat sini,
  • Staff yang akan terangkan semua benda yang ada sepanjang rombongan adalah pelajar-pelajar tahfiz
  • Hanya pekerja lelaki sahaja yang dibenarkan untuk bekerja di bahagian production, staff perempuan boleh kerja di bahagian-bahagian lain
  • Sebelum mula kerja production, solat dhuha akan dilakukan secara berjemaah
Worth it sangat lawatan ke sini. Banyak ilmu yang kita dapat. Aku amazed tengok kecantikan replika Quran yang dihasilkan kat sini. Before balik pun diorang bagi kita Yaasin free yang dicetak kat sini!

Thanks for reading!

34 comments:

  1. ohhhhhhhhhh-- baru kakak tau setiap negeri berbeza design dan warna border dalam al-quran tu.. wah.. best nya dik dapat peluang explore tempat-tempat camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ni sekadar pameran je kak, taktau kalau quran yg dibuat kat negeri tu border dia memang ikut sama mcm pameran ni ke tak ^^

      Delete
  2. Wow, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. WOW, sangat cantik. rasa nak pergi !

    ReplyDelete
  4. Baru tahu kewujudan tempat ni. Selain tu, banyak juga benda baru belajar pasal tempat ni through post ni. Thank you for sharing, Mazni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni agak baru juga kak farah, belum 5 tahun lagi :D
      you're welcome!

      Delete
  5. Yesssssssss! Dah pernah pergi before this! Wktu pembukaan dia tak silap! Mmg ada Hari apa tah dia buat sempena pembukaanlah rasanya x silap! N waktu tu alhamdulillah akk dpt peluang masuk n tgk dkt bahagian production tu! :D Pusing2lah dkt bwh tu tgk mesin2 dia berkerja huhuhu. N mmg nicelah setiap yg ada dlm Nasyrul Quran tu >< Alhamdulillah for the experience! Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa untungnya dapat masuk bahagian production! kitorang ni nak sangat masuk tapi tak lepas hahah!

      Delete
  6. Kita baru tau boleh lawat ke siNi..next time nk bawa ank2 lah. Mesti byk info kita boleh dpt kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup boleh masuk. bagus kalau bawak anak2 ^^

      Delete
  7. Bestnya Mazni dapat pergi ke sana... Cantiknya tempat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah hehe. cantik sangat!

      Delete
  8. cantiknyaaa. baru tau lain negeri lain coraknya

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. betul tu. halus sangat seni islam ni

      Delete
  10. Wah! Kita boleh pergi melawat ye? Selama ni tak tahu pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh awakk! banyak kali lalu sini tapi tak pernah melawat, ni pun sebab utk group project je kitorang lawat. boleh pergi lagi hehe

      Delete
  11. Kedua terbesar di dunia? Sungguh baru tau. Terima kasih info nya. Cantikkkk nya lahai. Harap2 dapat sampai sini nanti~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, kedua terbesar di dunia ^^ hehe datanglah, masuk free je!

      Delete
  12. bangga sgt. i can't believe it's in malaysia

    ReplyDelete
  13. waaaa cantiknya! macam mana diorang boleh buat guna tangan benda yang halus-halus tu eh. Respect la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. rasa kagum gila diorang boleh lukis detail halus camtu

      Delete
  14. what a beautiful memory you got here! InsyaAllah nanti izzati pun nak pergi jugak!! cantik sangat. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tempat ni dekat je dgn rumah, boleh pegi lagi hehe

      Delete
  15. Cantiknya tempat tu dan sejuk mata memandang..salam ramadhan cikguzim follow sini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, cantik ^^ salam ramadan, nanti saya follow balik!

      Delete
  16. mashaAllah bestnya! cantik betul and lucky you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cantik! nanti datangla sini gak, free je masuk ^^

      Delete
  17. Bestnya dapat masuk dalam ni. boleh tambah ilmu dalam penghasilan senaskah Al Al Quran.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~