12 Apr 2019

Omulab - nasi pattaya Jepun


Assalamualaikum

Image result for japanese omurice gif

Dulu aku selalu tengok satu citer jepun ni tajuk queen of lunchtime. Dia suka sangat makan omurice sampaikan aku pun teringin nak makan jugak. Tapi kat sini memang susahla nak jumpa omurice aka nasi pattaya jepun ni, selain dari family mart. 

Lepas aku nampak post daripada Have Halal Will Travel ada restoran omurice ni baru buka, terus plan nak pegi dengan kakak dan akhirnya, merasalah saya omurice yang comel ni. Masa aku sampai ni betul-betul waktu lunch hour, makan kami perlulah menunggu sebentar sehingga mendapat tempat duduk. Memang penuh kedai ni. Last2 dapat makan kat bahagian luar aje haha.


Omulab ni berada di Petaling Jaya. Memang signature sini adalah telur.

Apa yang menarik sangat pasal omurice ni? Rupa dia nampak je macam nasi pattaya, tapi rasa dia memang tak sama. Diorang akan masak telur tu dan buat bentuk bujur dan bahagian dalam telur masih runny(cair) lagi. Kemudian telur diletakkan atas nasi, potong, dan telur tu pun jatuh macam lava gunung berapi.


Yang atas ni adalah classic omurice. Kakak dan abang aku punya. Nasi goreng dengan telur dan sos demiglaze. Sos tu paling best, rasa macam creamy2 dan ada rasa cheese sikit mengikut lidah aku ni.


Inilah rupa setelah dipotong. Tapi tak lawa sikitlah sebab kitorang yang potong sendiri haha. Texture macam nilah yang paling perfect untuk omurice. Dia kalau telur tu dah masak habis tak jadilah.


Yang ni pula aku punya, omu teriyaki chicken. Dish ni takda nasi. Sedap weyy. Aku suka presentation makanan dia. Sangat colourful dan boleh buat terliur. Cuma kalau korang lapar sangat aku tak prefer ambil ni, pergi ambil yang ada nasi sebab aku masih lapar setelah makan benda ni xD

If ada yang tanya makanan kat sini halal ke tak, semua bahan-bahan adalah dari supplier halal dan menu sini adalah pork free dan alcohol free. Boleh tengok kat facebook page diorang juga.

Overall memang aku suka makanan kat sini. Harga memang mahal tapi sedap okayy. Aku cadang nak repeat lagi dan nak cuba omu kare dia pulak!

Here's the menu yang aku snap. Tapi maaf saya snap 1 page jee


Thanks for reading!

Address7, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Operation hour : 10.30 am - 10.15 pm

17 comments:

  1. Makanan pun kawaii lah orang jepun ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. This is one of the place yang nak try bila balik Malaysia nanti. Sebab nak fefeeling macam dalam anime juga. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kak farah. boleh tahan sedapp!

      Delete
  3. waahhhh nice, teringin nak makan omurice sebab anime jugak XD
    harga boleh tahan jugak tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia mmng tak mampulah kalau nk makan selalu. kalau sekali sekala okaylah xD
      dah lama sangat teringin nk makan omurice ni hehe

      Delete
  4. saya pernah datang situ! tapi salah hari daaa.. isnin tutup. hahahaha. entah bila nak datang cuba lagi makan kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh sayangnyaa. kena cuba lenkali ni

      Delete
  5. teringin nak try! sebab susah nak buat sendiri omurice yang cantik dan kemas macam ni XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep betulll. nk buat sndiri tu rasanya mmng tak jadilah kan T__T

      Delete
  6. that looks cute. I've always wanted to try one but xde rezeki lgi nak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun baru dapat merasa setelah sekian lamanya teringin hehe. harap nnti bukak lebih bayak lagi restoran yg jual omurice

      Delete
  7. would love to try eating at this place one day! sama lah kita, kadang2 tengok anime, terasa jugak nak makan omurice ;D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pengaruh anime je ni sebenarnya haha!

      Delete
  8. ade tertengok psl omurice ni masa adik tgh layan anime. mase tu terus zappp terpikir nasi pattaya hehe

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~