1 Jan 2019

Ayam FatCat Bangi viral


Assalamualaikum


Bangi penuh dengan makanan yang enak. Pegi jelah seksyen mana-mana pun sentiasa je ada makanan sedap-sedap tak pun cafe hipster. Haritu kat twitter ada orang viralkan pasal stall FatCat ni. Sebelum ni pun memang aku teringin je nak makan ayam ni tapi selalu susah nak beli sebab stall ni bukak malam sahaja dari pukul 8 malam sampai 12 atau sampai ayam tu habislah.

FatCat Bangi ni terletak di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kalau siapa orang bangi, nak cari stall dia senang je. Dekat dengan Red Wok yang kedai steamboat tu, pastu masuk kiri yang ada banyak-banyak kedai tu. Stall FatCat ni betul-betul duduk kat depan laundry dan berdekatan dengan KK Mart. Tapi nak tunggu tu lama sikitlah. Paling kurang pun dalam sejam tunggu giliran. 

Nah kat bawah ni aku sertakan gambar daripada google maps. Tapi kalau korang tak familiar dengan kawasan bangi, boleh je waze "Fatcat bangi".




Apa yang specialnya dengan FatCat Bangi ni ialah, diorang buat ala-ala korean fried chicken dengan harga yang murah dan isi yang padatt! Ada 3 perisa, iaitu honey lime, spicy lime dan spicy. Aku cuba semua perisalah. Kat sini pun ada jual chicken chop tapi tak belilah pulak.

Ni senarai harga bagi ayam-ayam tersebut

SET A - 6 PCS CHICKEN + FRIES (RM 7)
SET B - 10 PCS CHICKEN + FRIES (RM10)

Chicken Chop
Small - RM 7
Large - RM 10

Agak-agak aku ambil yang mana? Mestilah yang set 10 pcs tuuu xD Berbaloi tau 10 ketul ayam siap kentang dapat harga RM 10 je. Tempat lain mana nak dapat harga camni. Memang kenyang giler lah haha.

 Spicy

 Honey Lime

Spicy Lime

Aku suka perisa spicy dengan spicy lime tu. Pedas dia agak sesuai dengan lidah saya yang manja ni. Memang puashati makan ayam FatCat ni. Ni pun kitorang makan 4 orang, ingatnya sorang tu dapat sekotaklah, tapi tak habis weyy. sambung makan lagi sekotak setengah untuk esok.

Sebab aku memang suka korean fried chicken, so rate aku bagi 5/5 kerana kuantiti yang memuaskan dengan harga yang berbaloi dan rasa pun sedap jugak. Sape-sape orang bangi-kajang-putrajaya bolehla try ayam ni hihi.

Btw selamat tahun baru! semoga tahun baru ini kita menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya dan berjaya achieve apa yang dah di target untuk 2019 ni :D

Thanks for reading!

12 comments:

  1. MURAHNYA! dahlah banyak pulak tu. berbaloi 1 jam tunggu giliran hahaha. i cannot tgk gmbr makanan time malam2 ni ughhhhhh

    btw selamat tahun baru jugak mazni! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss memang murah dan banyakk. puashati giler makan xD

      Delete
  2. teringat nickname fatcat zaman mirc dulu ... yeah dulu

    ReplyDelete
  3. Area Bangi ni memang syurga makanan betul. Macam macam ada. Woww dekat sejam eh menunggu, boleh pergi jalan jalan tempat lain dulu. Hahah! Nampak sedap jugak ayam dekat sini, puas hati lah portion besar walaupun kena tunggu lama kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita duk main game je sambil tunggu ayam xD sebab nak tunggu dia salut satu2 ikut giliran customer tu hahaha

      yep memang puashatii

      Delete
  4. Bangi ni apasal banyak sangat tempat makan yang viral T^T

    ReplyDelete
  5. ohhhhohoi ni nanti akak balik kampung bolehla nak terjah ni. sungguhla macam2 skrng kat Bangi tu tatau kadang2 nak cuba mana 1 dulu..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~