19 Apr 2018

Winter Japan Trip - Tokyo Camii mosque and Shibuya


Assalamualaikum

Previous entry kami daripada Harajuku nak pegi ke Tokyo Camii Mosque di Shibuya. Ni merupakan masjid yang terbesar di Jepun dan boleh menempatkan 1,200 jemaah. Kalau pada kita memang tak luas manalah. Masjid ni dibina oleh orang Turki dan design dia lebih kurang sama macam Blue Mosque kat Turkey tu. 

Masa kat Harajuku station tu memang boleh nampak dah masjid ni, tapi kalau nak berjalan kaki dari Harajuku station tu lebih kurang 40 minit. Mak aku pulak memang kaki dia tak larat sangat masatu. Kitorang nak naik train tapi kakngah taksure station mana yang berdekatan kat masjid tu. So kitorang trylah cari jalan lain yang kononnya shortcut la.

bangunan kurus. kat sini memang selalu sangat jumpa bangunan2 yang kurus haha

So kitorang jalan kaki ni lalulah deka area Shibuya crossing. Rasanya semua tau kat Shibuya ni memang paling glemer dengan dia punya crossing yang ramai gila orang ni. Tapi kitorang tak lalu pun crossing tu sebab nak pegi masjid lalu arah arah lain. 


Tengah jalan kan, apesal tiba-tiba rasa jauh gila kitorang jalan ni? Padahal tadi tengok macam dekat je masjid ni. Sedar tak sedar, rupanya kitorang dah jalan kaki dekat 10 km! Dengan tersesat-sesat jalannya, patutlah rasa macam jauh sangat je. Kalau ikut jalan yang dari Harajuku st. tu lagi senang rasanya. Kesian kat mak sebab kena jalan jauh huhu. Kaklong aku pun kesian gak, dahla beliau tengah pregnant.

Tapi mak power okay, boleh gak tahan sampai masjid

masing-masing bila nampak tempat duduk. Macam nampak syurga

Tapi bila jalan kaki ni sebenarnya best gak sebab kita boleh tengok tempat-tempat dengan lebih terperinci walaupun kaki kau rasa macam nak patah. Barulah nampak macam independent backpackers kan, haha. 

Dan akhirnya setelah berjalan 10 km........... 

ALHAMDULILLAH SAMPAI PONN. TERIMA KASIH YA ALLAH!



Dia punya tahap lega bila dah nampak kubah masjid tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Inilah maksud the real musafir agaknya, sanggup berjalan jauh semata-mata nak pegi masjid ni.


Kat sini juga dipanggil sebagai culture center dimana selalu ada kuliah ataupun kelas bagi mereka-mereka yang berminat nak mendalami Islam. Masa kitorang singgah haritu adalah beberapa orang Japanese non-muslim datang masuk sini.

Kitorang solat asar dan terus tunggu maghrib sebab masing-masing nak rehatkan kaki. Penat tau jalan jauh lagipun masjid ni selesa je ada heater. Kat luar sejuk nauu.

Pastu ayah aku adalah borak borak dengan penjaga masjid tu pasal restoran halal. Kat area situ ada satu kedai halal makanan india. Dalam 500 meter jugaklah dari masjid tu, tapi masa datang tu kedainya tak bukak. Lapar gila tau, kitorang tak makan sejak tengahari. Pastu pegilah Lawson beli mochi dengan onigiri  je sobss.

Dan masa otw kat station nak pegi Shibuya, kami dipertemukan dengan 2 puan dari Indonesia yang memang dah menetap kat sini, diorang kerja kat Chiba. Macam biasalah, haruslah kami berdrama kata tak jumpa kedai makan halal HAHA! Maka diorang pun tunjukkan lah kedai mee udon yang selamat dimakan dan orderkan makanan untuk kami hehe. Terima kasih puan!

tengah musim sejuk makan benda panas memang nikmat

Lepastu, kitorang terus pegi Shibuya pulak untuk jalan-jalan. Kitorang ada naik bas untuk pegi ke Shibuya center tu, bas tu gambar anjing and tambang dia 120 yen jurr.

Pagi tadi tak sempat nak lalu kat Shibuya crossing tu, ini malam kita lintass! Dia punya ramai orang tu ya ampun, takut aku dibuatnya. Macam kat padang mahsyar.. Kawan aku kata, "more to sibuknya(shibuya) crossing".


Have you ever heard about Hachiko statue? Ni kisah anjing yang setia dengan tuan dia. Anjing ni milik seorang professor kat Universiti Tokyo, tiap hari dia selalu temankan tuan dia sampai ke shibuya station untuk pegi kerja. Tapi satu hari tu, tuan dia dah mati kat tempat kerja. So setiap kali waktu petang anjing ni akan tunggu master dia kat shibuya station tu selama 9 tahun sampailah anjing ni mati..


Statue ni duduk betul-betul dekat dengan shibuya crossing dan shibuya station yang ramai orang tu. Sobss sedih betul kisah ni.. Jadilah orang yang setia sebagaimana setianya anjing hachiko ni pada tuan dia.

target utama abang aku datang sini sebab nak beli uniqlo je

ni bukan Shibuya Crossing, ni anak dia

Kalau datang Shibuya ni aku rasa better datang malam kot sebab lampu-lampu dia meriah gilaa, neon sana sini. Tapi in fact, memang semua bandar kat Jepun ni meriah waktu malam. Kat sini highlight dia shibuya crosswalk tu dengan datang shopping jelah. Kalau nak nampak dengan lebih jelas ke-busy-an crosswalk tu, duduk dekat dalam Starbucks yang bebetul menghadap crosswalk ni.

Dah puas shopping uniqlo, terus balik rumahla. Dari Shibuya station, ambil JR Yamanote line untuk turun Komagome.

Otw, masa nak balik kitorang lupa rumah dekat mana.. Maklomla rumah kat Jepun ni banyak betul dia punya lorong-lorong kecik sampai tekeliru. Pastu try tanya pakcik ni kalau-kalau dia tahu jalan walaupun sebenarnya beliau pun kurang pasti. Tapi dia punya semangat nak tolong kitorang cari rumah tu memang bagus wei. Selagi tak jumpa rumah kitorang, selagi tu dia tak balik rumah dia.

Nilah budaya orang Jepun yang suka tolong orang. Dia tolong kita sampai habis oi, terharu weolls. Lepas jumpa rumah kitorang tu dia punya senyum sampai ke telinga, haha.

potrait of me kat depan komagome station(suka lampu-lampu kat blakang tu). muka acah jekan

Thanks for reading!




15 comments:

  1. I'm gonna binge-reading all your japan post later. just got back from osaka and i'm planning to visit osaka next. in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you mean visit tokyo next? :D
      japan memang bestt

      Delete
  2. Cantiknyaaa masjid tu Mazni. Yass pernah jugak dulu travel jalan kaki nak cari satu tempat tu. Tengok macam dekat tapi ya ampun penat dia memang rasa sampai nak balik bilik dan baring. Hahahah! Banyak ke shopping tu? Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkk. haha kan?! nampak je dekat tapi nak menapak kesana macam2 liku cabaran
      kat uniqlo shopping selai baju je :p

      Delete
  3. Haihh... Bila laa boleh jejak jepun lagi nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak SS dah jejak banyak negara dah tuu

      Delete
  4. Haha my friends and I beria tau nak gi Jepun. Rancang punya rancang, flight tickets pun dah mahal T^T so we decided nak pergi Jeju je. Brokeeeee~~~~ Money come to mummy~~~

    Teringin nak ke sana masa musim bunga.

    Btw masjid tu lawa and night view kat city tu superb <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. benarr, tambang nk ke jepun mahal sikit T_T wewww jeju! kalau dtg jeju time spring pun cantik kot!

      yes, shibuya sangat cantik waktu malam!

      Delete
  5. Bilalah nak dapat peluang jejak Jepun ni. Teringin juga nak tengok Shibuya Crossing ni. Teringin juga nak pergi Camii Mosque ni. Selalau tengok dalam insta story orang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai gila orang kat crossing ni, macam semut.
      please come to japan! mesti akak suka dtg situ, tak jauh beza sgt dengan korea xD

      Delete
  6. Yeahh, jalan kaki memang pilihan paling best kalau travel. Boleh masuk ceruk2 and berhenti mana tempat yang kita suka. Tapi, letih dia tu memang luar biasa jugaklah. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, saya prefer jalan kaki tapi kesian kat mak je sebab tak larat

      Delete
  7. wahhhh cantiknya masjid dia! Mesti hilang rasa penat bila tengok masjid cantik macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang penat lepas sekian lama berjalan jauh xD

      Delete
  8. jauhnyaaa 10KM itulah hari tu rancang nak pergi Tokyo lepas raya ni tapi bawak mak pkir balik nanti mak tak larat nak jalan. sebab nak cover tu memang kena tabah menapak. last2 kensel ahahah xda rezeki mak pun tamo ikut... kalo bawak mak akak rasanya kena amek pakej. xleh jalan sendiri.

    sronok kan dapat pergi masjid sana. kami pi Hokkaido masjid pintu tutup tak leh masuk kunci. dala keseeeeeejokan !! ahahah. nasib badan.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~