20 Feb 2018

Trip Boracay - Helmet Diving and sunset sailing


Assalamualaikum

4/2/2018 - Ahad


Aktiviti seterusnya ialah helmet diving. Diorang bawak kitorang naik boat pegi ketengah-tengah laut dimana situ ada station untuk buat aktiviti ni.

Helmet diving ni antara aktiviti yang paling rare dan susah nak jumpa kat mana-mana, paling glamour kat Boracay la. Kalau korang teringin nak scuba tapi takde lesen, boleh cuba yang ni dulu. 


Sebelum masuk laut diorang briefing sikit pasal keselamatan dan bahasa-bahasa isyarat yang boleh digunakan dalam laut tu. Diorang juga ada ajar cara-cara nak buang tekanan udara dalam telinga kita dengan telan air liur. Memang rasa telinga pekak je masa pakai helmet tu.

Diver tu tanyalah kitorang reti berenang ke tak, pastu masing-masing jawab tak pandai. Dia kata kalau tak reti berenang ni is a big problem, aku dah cuak gila time tu. Takut aku turun tidak kembali je. Mulalah rasa taknak masuk laut tu.

Tapi sebenarnya takde hal pun, kalau tak reti berenang diver tu boleh tolong. Cuma kalau korang reti berenang sendiri boleh memudahkan kerja diver tu jela, diorang tak payah nak kena turun laut banyak kali untuk angkat korang naik. Haha saja je kan nak buat orang takut.


Kedalaman laut ni ialah 5 meter dalamnya, sebelum masuk diorang akan pakaikan helmet. Suprisingly, air tak masuk dalam helmet tu langsung sebab tekanan oksigen yang tinggi. Kau boleh bernafas dan bercakap macam biasa je even dalam laut pun. 

Tapi kalau bercakap takde orang dengarlah sebab tekanan yang kuat dalam helmet tu, cakap sorang-sorang jelah haha.


Perasaan duduk dalam laut masatu agak susah nak imbangkan badan, kalau badan senget sikit je habis air masuk. Tapi seronok duduk bawah tu, rasa 20 minit tu macam tak cukup je sebab ikan-ikan dia banyak gila. Kitorang pun diberi umpan untuk bagi ikan makan. Semua ikan datang menyerbu ramai-ramai masatu.

Lepas dah 20 minit tu semua orang kena naik atas. Aku naik paling last sekali, maka tinggallah daku kat bawah laut tu sorang-sorang. Huish gelap gila bawah tu, takut muncul jerung je. Tapi merasa jugaklah duduk bawah laut sorang-sorang, rasa sunyii.

Tak ingat sape nama bro ni tapi dia gelarkan diri dia mushroom. Scandal kak aten ni, lulz.

Lepas habis helmet diving ni kitorang pulang semula ke homestay untuk solat dan rehat-rehat. Pukul 5 petang tu baru datang balik ke Station 1 untuk tengok sunset.

Boracay street yang busy 


Kitorang naiklah sailing boat ni untuk tengok sunset. Tempat duduk dia agak menakutkan sikit sebab kena duduk atas jaring tu je tanpa penghadang, tapi InsyaAllah takkan jatuh aku rasa.


Maghrib kat sana memang pukul 5 cuma matahari haritu terbenam agak lambat pulak. Aku ingatkan lepas dah bawak kita ke tengah laut tu dia tunggulah matahari tu terbenam sampai langsung tak nampak kelibat. Rupanya cuma stop sekejap dalam 5 minit gitu je, pastu terus patah pegi tepi pantai untuk ambil orang lain pulak.

Kalau tau sekejap sangat sunset sailing ni kitorang datang lewat sikit pun takpe. Barulah lawa sikit kalau nak ambil gambar huhu.

Tapi dapat juga ambil gambar dari tepi pantai, tetap cantik!


So itulah aktiviti untuk hari kedua yang sangat padat. Bakal bersambung di hari ke-3 pula!

17 comments:

  1. menariknya yg helmet diving tu, first time tengok. memang cantik sangat laut dia, siap tengok sunset lagi. bestttnyyaaaaa! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru 1st time dengar pasal helmet diving ni sebelum nk ke boracay xD memang unik

      Delete
  2. salam ziarah & follow kat sini yer sis.. :)

    cantiknya Boracay tuu..salah satu tempat teringin nak pergi satu hari nanti..sea walk tu masa pergi Tioman thn bile ntah dorang ade nak buat..kiranya 1st kat situ..tp malangnya xde rezeki nak try sbb masa tu helmet tu x sampai lagi orang tu ckp..sepatutnya sampai masa kitorg ade kat sana,.,tp delay..maybe next time jer la..hihi

    jemput singgah blog kite kat sini yer sis julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya kat tioman nanti bakal adalah helmet diving ni, wahh mesti best kan :D

      Delete
  3. Bestnyaaa Mazni! First time dengar pasal helmet diving ni. Heheh. View pun cantik gilaa :)

    ReplyDelete
  4. wah bestnya boleh diving dekat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepasni nak try scuba diving pulak kalau berani, haha

      Delete
  5. Aaaaaaaaaaaaaaa bestnya, Mazni dapat pegi bercuti.
    Doakan nina belajar rajin-rajin dapat kumpul duit nak gie holiday hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, nina pun boleh pegi sini gak. bajet tak mahal mana pun hehe

      Delete
  6. Oh nama benda tu helmet diving ke, tapi tina pun taktau swimming gak. Rasanya kat sabah pun ada jugak helmet diving macam ni

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat buat macam-macam aktiviti kat Boracay ni. Tiba-tiba teringin nak buat helmet diving rasanya :D

    ReplyDelete
  8. teringin nak cubaaa helmet tu. tapi seramnyaaa kena pegi bawah laut tu. tapi kenapa Mazni cakap gelap. gelap ke ?? dok jeling2 jugak Boracay insyallah one day kesana pulak.

    ReplyDelete
  9. Comelnyaa helmet diving tu. Terus teringat sandy dalam kartun spongebob. Eh, betul ke nama si tupai tu. Lama pulak tak tengok. :P

    Bestnya part tengok sunset tu. Mesti fefeeling sangat masa duk atas sailing boat tu. Uwaaa, jelesnyaaa.

    ReplyDelete
  10. OMG bestnya Mazni!!! I never experienced diving. Bila lah nak dapat merasa entah hahah.

    ReplyDelete
  11. short vacay habis belajar ke camna ni. hehehe

    ReplyDelete
  12. best gilaaaa

    hi jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~