3 Feb 2018

Sungai Kanching waterfall, Rawang


Assalamualaikum

Pada 20 disember 2017 yang lepas, kami satu kelas plan nak pergi mandi sungai. Kitorang plan ni dah lama sangat dah sebenarnya tapi asal dah plan cantik je ada pulak benda busynya. Lepas semua dah sepakat pilih tarikh ni, maka konvoilah kami 4 kereta nak ke sungai ni. Dari Puncak Alam nak kesana tak jauh mana pun, dalam 20 minit macam tu sampai dah.

Nak masuk dalam ni kena bayar, sorang dalam RM 1.40 gitulah. Nasib baik tak mahal sangat.
Credit Jiji

Dekat Hutan Lipur Sungai Kanching ni ada laluan trek bagi memudahkan pengunjung yang datang. Tapi treknya berbukit sikitlah, kena hiking sikit. Kitorang jalan termengah-mengah dah,  masing-masing merungut time tu, haha. Sungai ni memang berperingkat-peringkat, yang kitorang mandi ni peringkat berapa aku pun tak kira. Tapi antara yang tertinggi jugaklah. 

Sebenarnya kat area bawah-bawah tu pun ada jugak sungai, cuma kat situ air dia cetek sikit. Apa barang kitorang ni nak mandi kat kawasan air cetek kan? Itu yang gagahkan diri jugak hiking tinggi sikit, demi nak mandi air sungai yang sesuai dengan taraf kitorang :p


Air terjun kat sini lawa sangat. Aku suka duduk kat bahagian air terjun tu. Rasa sedap je badan bila air tu lalu kat kita, macam duduk kat kerusi urut cuma ni style semulajadi punya.

Tempat yang kitorang mandi ni merupakan attraction spot dimana orang memang selalu mandi kat kawasan situ. Tapi nasib baik masa pergi haritu taklah sampai bersesak-sesak sangat, masih ada ruang untuk kitorang mandi. 

Air sungai ni paras bahu jugaklah, tinggi. Boleh lawan menyelam dengan member. Syok gila berendam kat situ tapi airnya sejukk, berkedut jugaklah jari aku duduk lama sangat dalam sungai tu. 


Tapi hati-hati juga, batu sungai selalunya licin. Aku hampir nak tergelincir masa nak panjat batu-batu ni. Calar-calar tu benda biasalah bila mandi sungai kan.

tempat letak barang. Makanan janganlah dibiarkan duduk luar, takut monyet datang je nanti.
Cakap pasal monyet kan, monyet kat sini taklah agressif sampai kejar orang. Aku taktaulah kalau hari-hari lain dia ganas macam mana kan, tapi time kitorang datang haritu syukur baik-baik je monyet ni. Cuma kitorang je yang takut sangat, hahaha. Paling kelakar passing-passing sandwich and makan dalam sungai. Sampai kat aku je habis basah sandwich tu, lol.

As usual, a group photos :p

Kitorang mandi kat sini dari pukul 11 lebih camtu sampailah pukul 1. Ada tandas dan bilik mandi jugak tapi dia dekat bawah sekali dan agak jauh dari tempat yang kitorang mandi tu, cuma kena bayar RM 1 untuk shower dan tandas 50 sen.

Kat situ ada disediakan surau dengan gerai makan. Lepas dah solat semua kebulur teruk so pergilah makan kat area Selayang. Makan kat restoran nasi lemak je tapi harga dia uyoo... Boleh tahan mahaii.

me, tersedak dengan harga nasi lemak
Sebelum kitorang makan kat Selayang, lalulah dekat bawah highway Rawang Bypass yang baru bukak tu. 1st time tengok Rawang Bypass ni so jakun sikitlah sebab tak pernah tengok flayover setinggi ni. Bilalah nak try lalu atas ni agaknya kan, haha.


Secara keseluruhan dari trip singkat kami ni, sungai ni memang besttt, air pun bersih je. Memang sesuailah kalau nak datang dengan group macam kitorang ni atau datang dengan family. Masa kitorang pergi ni masih dalam fasa musim sekolah so ramai jugaklah family yang datang sini dengan anak-anak.

Menjadi jugaklah keluar berjalan-jalan dengan diorang ni. Terima kasih gais, memang memori mandi sungai sampai kena perli dengan lect ni tak boleh lupalah hahaha!

Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

OPEN DAILY from 7 AM -5.30 PM

Thanks for reading!

21 comments:

  1. Sebelum ini hanya mendengar je, tak tahu betapa indahnya Templer Park ni

    ReplyDelete
  2. to be honest, worst experience ever.. hahahahah. haritu kteowg bawak makanan, pastu monyet/kera tu bawak geng... mencacak lari tauuu

    then makan kat bawah, naik kemudian. pastu penat gilaaaaaaaaaaa..merungut tu yes! for me, tak pergi sana dah kot. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA faham sangat perasaan tu. kitorang pun sampai makan dalam sungailah takut monyet tu datang

      cuma haritu monyet macam tak agressif sangat sampai kejar orang

      Delete
  3. Cantik lah tempat dia, memang best sekali sekala berkelah macam ni. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cntik kann. dah lama tak mandi sungai camni

      Delete
  4. i miss spending time with my friends

    ReplyDelete
  5. bestnya
    geram tengok air terjun
    lama tak berkelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. air dia sejukk memang syok gila mandi

      Delete
  6. monyet mana je yang sopan dalam dunia ni ahahaha

    ReplyDelete
  7. Ya Allah canteknyaaa. Lama sangat dah tak pegi mana2 air terjun, teringinnyaaaa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti berkelahlah dengan family kat sini hehe

      Delete
  8. Lama tak datang sini. Bestnya. Best main air hehe.
    Last pergi tahun 2012. Lama sangat tu. Btw, salam perkenalan dari ika. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru 1st time pegi sini hehe
      salam perkenalan juga!

      Delete
  9. Tak pernah sampai sini lagi tapi OMG! lamanya dah tak nampak sungai macam ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. memang teruja bila nampak sungai sbb kita selalu mandi laut je, sungai jarang xD

      Delete
  10. Kena bayar ke sekarang ni? Harga weekend dengan weekday sama ke? Hahah aku nama pun duduk rawang tapi last datang situ time kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bayar nak masuk tu. haritu kitorang pegi time weekdays so taktau lak weekend harga dia cmne, tpi rasanya sama jee

      Delete

Nak komen apa? silakan~