18 Oct 2017

life updated


Assalamualaikum

Hi semua! Rasa dah lamaa sangat tak update blog.

Memandangkan sekarang ni dah jadi final year student, so busy dia lain macam sikit. Cuma sekarang ni tengah cuti midsem, adalah jugak curi-curi masa untuk update blog ni even kerja banyak gila tahap melampau. 

Bila dah sem akhir ni dia punya FYP mengganas sungguh, tambah pulak sekarang ni dah minggu ke-6 (how time flies..). Maka, itulah salah satu faktor kenapa aku jarang update blog. Lagipun sejak naik sem baru ni memang aku tak pernah connect wifi kat laptop pun. Bukan tak pernah tau, masalahnya memang TAK PERNAH DAPAT. Cuma henpon jela satu-satunya sumber nak dapat wifi *nangis

Cakap pasal final year student, nak habis diploma dah aku ni rupanya. Semalam bukak instagram penuh gambar orang berkonvokesyen. Teringin nak konvo jugak cuma sayangnya nak habiskan diploma ni.. Nanti dah sambung ke peringkat yang lagi tinggi suasana dia tak sama macam yang kita hadap time diploma..Ramai kawan2 yang nak tukar course masa degree nanti :(

shot waktu petang dalam perjalanan nak pegi kafe
Btw 2 minggu yang lepas, umur aku baru meningkat jadi 20 tahun. Wow, Kalau boleh tiap-tiap tahun tak percaya umur ni makin meningkat, lebih-lebih lagi dah dapat gelaran 20-an tu, bukan belasan lagi. Agak sedihla hahaha T_T

Dapat ni daripada roommate. Beliau seorang yang contrast dari perangai aku(tak suka benda comel), so bila dia bagi aku patung comel ni rasa terharu ciked. 

Nak buat pesanan khidmat masyarakat sikit, sekarang ni cuaca selalu tak menentu so jagalah kesihatan masing-masing, minum air kosong dan jangan terlalu terdedah dengan cuaca panas bakhang. Sekarang ni kami satu rumah tengah demam, dahsyat betul tuu.

Demam-demam pun masih gigih juga bukak laptop siapkan assignment. Time-time kita tengah rajin nilah dia nak demam sana sini, bertuah punya badan!

Thanks for reading!


32 comments:

  1. oh, dekat kampus alam bina tu ada diploma? i thought degree je. hahaha, sekali lagi amik diploma art & design in apa? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, diploma kitorang je kat alam bina tu. art n design tpi department Printing Technology xD

      Delete
  2. Syafakillahhh semoga dipermudahkan segala urusan :D

    ReplyDelete
  3. Mazniii, makan panadol jugak taw. Get well soon :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! dah sihat sikit dah xD tak sempat nk makan panadol haha

      Delete
  4. Selamat Hari Lahir Mazni (walaupun da lps hmm)
    X dpt byg cmne jd final year student huhhu😨

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tomo x) haha japlagi awak merasalah tu

      Delete
  5. Goodluck Mazni, sikit aje lagi nak habis tu. Jaga diri jugak tauuu! Memang musim panas sangat sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann panas melampau pulak tu. semalam baru hujan turun

      Delete
  6. hoiii...dah final sem dah! akak jugak yg tak hbs belajar lagi..bila nak hbs pun tak tau laa...asyik cuti khas je ni..kahkahkah...

    btw, kat Korea ni sejuk gila...hahahaha...so, pesanan masyarakat td tak valid utk akak :P

    best of luck la dik oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tula kak sally, kata belajar puncak alam tapi kita ni sampai dh nak habis belajar tak pernah terserempak pun kat sana :p

      jaga2, musim sejuk pon japlagi boleh kena demam gak tu haaa

      Delete
  7. All the best Mazni. You can do it :)

    ReplyDelete
  8. kan, kita pun sedih jugak sebab dah tak belasan tahun. T^T btw, selamat hari jadi :D study leklok :3

    musim panas sekarang, memang duduk dalam rumah je la. memang kena minum banyak air. get well soon :)

    ReplyDelete
  9. Masih 20. Lagi muda dari ai. Hahaha.

    And your roommate is so kiut. Patung tu dia beli ke buat sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. u beza 3 tahun jekan dari umur ai :p kita sama2 muda hahha

      takla, dia beli je xD

      Delete
  10. all the best mazni! kite ni tngah stress dgn assignment + exam aihhhhh rasa nak jerit kat satu dunia je hahahaha happy birthday mazni! walaupun terlambat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou! wow nak exam dah ke? all the best! xD

      Delete
  11. Happy belated birthday kak mazni! Wahh, dah final year? Rasa macam baru semalam dok baca blog kak mazni masa kak mazni form 4. Aduhaii.. Cepatnya masa berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou niena! alaaa terharunya, thanks sudi baca blog akak dari zaman sekolah dulu hahaha! time tu sumpah kelakar sangat xD awak ni antara pembaca setia dari zaman kita skola dulu kot :p

      Delete
  12. sedihnya nak abis dah.kita baru masuk u.. hrmm.. happy birtday mazni. moga senyum selalu :)

    ReplyDelete
  13. yuuuhuuu da final year. kena extra focus tu.. jangan main banyak2 hehe blaja rajin2.. macam mak mak x ? ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mak2 sangat xD doakan saya ya cikgu siti hehe

      Delete
  14. All the best ye mazni..jaga kesihatan..dah final year eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak JM, lama akak tk singgaj blog saya kan hehe :p

      Delete
  15. U can do it..dh free nanti baru update blog eh

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~