23 Sep 2017

EID Halal Korean Food Bangi


Assalamualaikum and hiii

Makanan korea dengan aku ni memang kira dah sebati jugaklah. Tapi so far aku selalu makan korean foods dekat Sopoong dan Dubuyo je, tempat lain tak pernah makan lagi, jadi masa raya haji baru ni kami pun pergilah EID Halal Korean Food. Maklumlah kedai ni pun kat Bangi, memang kawasan guwa lah, lulz.


Eid Halal ni dimiliki oleh owner Korean muslim. Asalnya restoran ni cuma ada satu branch je dekat Itaewon, so kat Bangi ni merupakan branch kedua dan cuma ada satu je kat Malaysia ni. Dari jauh dia datang tauu.


Environment kedai agak kecil tapi selesa, decoration pun simple-simple je tapi nice. Nasib baik pergi haritu tak ramai orang pun.

Untuk menu pula tak banyak sangat choices, tapi aku percaya semua sedap-sedaplah. Untuk street foods cuma ada choice tteobokki dengan pajeon(?) Tak surelah pajeon tu terkategori dalam golongan street foods ke tak sebab makanan dia ringan jee, haha.


Lepas dah diteliti kesemua menu ni, aku pilih bulgogi, kakngah dakgangjeong n kaklong amek japchae. Alah nampak je dalam gambar menu ni portion dia cam kecik kann? Bila makan memang meletup guwa cakap.


Ni dia punya side dish. tiga2 ni memang sedap nak mampus okay. Aku kalau makan korean foods at least mesti ada 1 side dish yang aku tak makan(eg; kimchi timun T__T) tapi kat sini punya sangaaat sedap, terutama bowl yang penuh dengan salad tu. Dia salad biasa je tapi sos salad tu sedap. Orang yang tak makan sayur pun boleh suka agaknya :p Yang remaining 2 side dish tu ialah ketulan2 fishcake dan kimchi. Kimchi dia pun sangat real taste of korea.

Side dish ni boleh refill sampai muntah ya.

Bulgogi Set - RM 23

Korean Beef BBQ ni memang antara yang paling glemer jugaklah. Ramai yang kata sedap so aku pun trylah, ternyata memang benar sekali kesedapannya, secukup rasa gituu. Recommended!

Japchae - RM 19

Lebih kurang macam mie so un jugaklah. Potong mood sebab mee tu dah dikecai-kecaikan. Rasa biasa-biasa je kot tapi yang bestnya potrion dia banyak.

Dakgangjeong(original) - RM 20 

Ayam ni ada dalam 9 ketul tak silap, kitorang masing-masing amek 3 ketul sorang. Ni ayam goreng yang telah di glazed kan dengan korean sauce pedas2 manis. Dahla comel pastu berkilat pulak tu lagi nampak mengancam. Pada aku rasa dia sebenarnya biasa je cuma sos tu yang jadikan ayam tu special. Mungkin aku dah banyak kali makan glazed chicken ni so takdela mau bilang wow gitu. Ni pun antara menu glemer kat sini jugak, recommended!

Satu je yg aku kureng kat sini dengan dia punya sup, kategori side dish. Rasa dia macam hanyir sikit n bila hirup tu sakit tekak, so tak berjaya habiskan sup tu. Aku kalau makan korean food mesti habiskan sup yang dia kasi(sebab sedap) tapi kalini tak harhar.. Cuma sebab sup tu side dish so takpela kot, lagipun cukuplah sekadar untuk membasahkan nasi :p

Sikhye (korean sweet rice tea large) - RM10

Memula cam curious dengan rasa dia sebab 1st time minum rice tea. Takut betul kalau rasa dia macam air beras kat rumah tu tapi bila minum ni memang refreshing habis. Lebih kurang macam air barli je cuma lagi sedap sikit, hehe.

Nak datang lagi tak? Jawapannya, yes! Kalau datang lagi nanti nak cuba kimchi bokkeumbbap aka nasi goreng kimchi pulak! :D

Jln Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi
11 am - 10 pm (closed on monday)

EID BANGI INSTAGRAM

18 comments:

  1. Pernah pergi sekali je. Tak ingat dah makan apa kat situ. Haha. Order sikhye juga. For me, sikhye dia sedap though tak sesedap macam ahjumma Gwanjang Market. lol. Masa pergi dulu takde pun Dakgangjeong. Kalau tak, mesti nak order yang tu sebab teringin nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun 1st time minum air tu, tak sangka sedap! Menu dia makin upgrade dari hari ke hari, harap lepasni diorang masukkan sundobu jigae pulak dlm menu. Saya kalau makan kt soopong/dubuyo mmng selalu order sundobu, nak buat perbandingan rasa

      Delete
  2. teringin nak try sikhye! semua nampak sedap pulak tu. asal jauh sangatttttt hahahaha :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah tempatnya sgt jauh dgn negeri akak TT kena terus fly pergi korea jelah mcm ni, makan puas2 kat sana hehe

      Delete
  3. Sedapnya air tu. Rasa haus lak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sangat menyegarkan. Sekali minum comfirm tk rasa haus dah haha!

      Delete
  4. yeyy baru tau dia da bkk cawangan dkt bngii,senang la kalau mengidam ! :D

    ReplyDelete
  5. Nak tryyy tapi jauhhh. Sedihh la gini

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba makanan korea lagi. Tengok review ni terliur pulak. Teringin nak merasa :D

    Fatinamudz

    ReplyDelete
  7. dari kedai ni nak buka tahun lepas sampai la sekarang asyik tak pergi2 je. kalau makanan korea selalu terjah myeondong toppoki je sbb harga below rm20 termasuk air. makanan korea kalau portion tak besar memang tak korea la tu. hahaha

    pernah minum sikhye dekat ko hyang restaurant . my favorite korean rice tea! first time minum terus jatuh chenta gitu! hahaha

    ReplyDelete
  8. ini free ads ke? okay, right, nnt dah balik boleh cuba! thank uu

    ReplyDelete
  9. Teringinnya nak pegiiii... Bangi is quite far for me.. Q_Q

    ReplyDelete
  10. Jauhnyaaa nun di Bangi. Heheh. Nanti lah bila bila ke sana boleh singgah :)

    ReplyDelete
  11. Pernah pergi yang dekat Itaewon punya. Samgyetang dia sedap!

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap... ayam tu memang nampak menarik sangat...

    ReplyDelete
  13. bestnyaaa nak pergi lagi. ritu pegi dengan kawan walaupun dekat ngan rumah kat kampung tapi bercinta nak pergi situ sebab sesak.. ehhe..

    ReplyDelete
  14. Sis JM dah 2 kali mkn kat Itaewon sana mmg sedap gile..cuma kat bangi ni belum lagi

    ReplyDelete
  15. Cuma tertanya gak la..kenapa dia pilih bangi eh utk buka new branch

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~