30 Jun 2017

Aktiviti raya setiap tahun


Assalamualaikum

Disebabkan ramai sangat orang bercerita pasal hari raya mereka, aku pun nak share jugaklah. Maklomla setahun sekali je beraya. Tapi jujur kata, raya tahun ni memang tak berapa meriah, walaupun semua adik beradik abah balik beraya belah perak tahun ni. Barangkali sebab tak banyak beraya kat rumah relatives tahun ni? Huaaaa T__T

Apapun bersyukur sebab kampung memang full house sangat raya tahun ni. Of courselah opah yang paling gembira sekali!

Dan inilah aktiviti raya yang kitorang wajib buat setiap tahunn

nampak tak muka berlakon tu?
Bakar lemang is a must! Biasanya barisan laki-laki yang tolong bakar lemang ni. Rendang pun ada buat jugak tapi lupa nak amek gambar. Hari raya kat kampung haruslah kena air tangan sendiri gituu.


Family portrait yang hanya boleh dapat setiap 2 tahun sekali. Tahun lepas ada separuh keluarga beraya belah mertua, tahun ni semua beraya kat kampung perak so memang kira lengkaplah 1 keluarga hehe. Ni pun ada lagi yang tak cukup sebab diorang datang lambat.


Inovasi terbaru, tripod kerusi! Disebabkan kamera ni takde tripod maka kita rembat kerusi makan je. Gigih tak gigih jugakla aku si photographer ni nak kumpulkan semua orang. Tunggu diorang nak ready je amek masa 5 minit. 

family sayeeeee

Kes dah datang rumah, tapi tuan rumah pulak keluar beraya. HAHA


Tahun ni macam kurang sikit makan lemang mahupun ketupat, makan dekat 2 buah rumah je. Aku lebih berminat sambar kuih raya daripada lemang2 ni. Tapi tak mampu nak menolak kalau tuan rumah sediakan mee yang bersup. Picky sangat kan :p Ampun tuan rumah, yang penting saya masih menjamah kuih raya.

OOTD baju raya. Bella ammara x minimalace. Ini baju raya yang paling mahal yang aku pernah beli. Janganla kecam saya, dah lama sangat teringin baju ni, memang berdikari beli pakai duit sendiri je tau.


Kalau siapa pernah baca entry raya tahun lepas korang kenal kot dengan kucing tu :p Gambar kanan ni pulak saja nak tunjuk yang anak muda tetap dengan gadget masing-masing biarpun di hari raya. Ngaku jelah korang pun comfirm camni jugak kannn?

So, camne raya korang tahun ni, best tak? Sharelah sikitt 

Thanks for reading, selamat hari raya!


34 comments:

  1. Meriah raya tgk baju lawa2

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak best raya tahun ni. Kan semua orabg berkumpul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sebab tahun ni saya beraya kat kampung sekejap je. raya ke-3 dah balik selangor. biasanya duduk kampung sampai raya ke-5

      Delete
  3. bestnya beraya ramai2 di kampung macam nie.
    rindu pulak nak beraya di kampung dengan cousin2 :D

    selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin ye mazni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe seronok sbb masak ramai2. duit raya pun dapat jugak :p
      BV tak beraya kat kampung?

      selamat hari raya maaf zahir dan batin jugak BV :D

      Delete
  4. Bestnya, kita dah lama tak rasa semua tu. Lemang pun beli je. haha. Selamat hari raya btw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm so grateful sebab masih ada kampung lagi TT
      selamat hari raya!

      Delete
  5. bestnya semua orang berkumpul kat kampung. Kampung ai semua kosong sebab dah besar masig-masing beraya tempat lain

    btw, selamat hari raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak best kan bila semua dah besar, suasana kampung jadi sunyi je..

      selamat hari raya too!

      Delete
  6. saya pun lebih prefer makan kuih2 raya je hahaha rendang2 ni saya mmg tak berapa minat,tapi makan jugaklah sikit kan tu pun sbb mak paksa hahaha

    selamat hari raya mazni! maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bukan apa, bila dah banyak sgt makan lemang rendang ni jadi muak pulak xD

      selamat hari raya!

      Delete
  7. bestnyaa family kitorang tak pernah buat lemang. selalu beli je.

    lol mazni banyak baju lawa2 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang sebab family ramai, hehe

      haha thanks xD

      Delete
  8. rindu nak beraya masak2 lemang tu semua. Sejak atuk nenek dah takde, balik kampung masa hari raya je... jadinya takde la rasa sangat persiapan nak raya tu. haha sbb keluarga moden, duk beli yg dah siap je. haha adoi.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah saya masih mengekalkan tradisi lama hehe :p

      Delete
  9. meriahnya raya :) cantik baju raya tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. Gambar family is a must! Bestnya bakar lemang! Siqah dah lama tak ada aktiviti membakar lemang. Tahun ni memang tak jumpa lah dah nama pun raya kat bandar. Ketupat daun palas pun tak jumpa tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang langsung takde org jual2 eh? mesti sunyi je bandar time hari raya tu

      Delete
  11. Meriahnya raya, kiteorang tak pernah buat lemang, kalau nak makan beli je. Ketupat sahaja bikin sendiri ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu ketupat buat sendiri, ada juga air tangan dri rumah hehe :D

      Delete
  12. Pernah bakar lemang time raya memang memenatkan!
    Tapi puas lah sebab dapat makan lemang sedap dan banyak haha.
    Selamat Hari Raya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat kann, tambah pulak dgn cuaca panas2 ni
      Selamat Hari Raya!

      Delete
  13. tak best sebab ada exam kan? ahahhaa. main agak je lah. hihi

    selamat hari raya mazni! maaf salah dan silap sepanjang kita berkenalan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak best sbb tak beraya banyak rumah T_T lagipun sekarang tgh cuti sem kak hehe

      Selamat hari raya jugak :D

      Delete
  14. Selamat Hari Rayaa Mazni ๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak nani ๐Ÿ˜˜๐Ÿ’•

      Delete
  15. Bestnya ada gambar satu family. Family saya jenis tak suka bergambar. Kalau bergambar jugak kira langgar tradisi keluarga hahaha :')

    Selamat hari raya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha apetu langgar tradisi keluarga ๐Ÿ˜‚ sayangnya tak bergambar ramai2, setahun sekali je awaknya huhu

      Selamat hari raya too! :D

      Delete
  16. Kira meriah juga ni. Seronoknya bakar lemang sendiri. Akak selalu makan lemang beli je. Tahun ni tak dapat makan lemang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah jugakla sbb semua balik kampung, cuma tak banyak beraya je huhu.
      kenapa tak dpt makan lemang? :(

      Delete
  17. Bestnya bakar lemang...saya tak pernah ada pengalaman tu...mesti seronok kan menunggu lemang tu masak...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jugaklah nak tunggu lemang masak hehe

      Delete

Nak komen apa? silakan~