20 Jun 2017

Ketandusan idea

Assalamualaikum

Ini adalah entry ketandusan idea, so cara penulisan pun agak ketandusan idea jugaklah, ampunkan saya. Sorry lama tak berblog sebab busy kerja. Kerja tu satu, satu lagi malas dan takde benda menarik pun yang boleh dishare kat blog ni. Hidup aku penuh dengan kebosanan sejak cuti ni :p

 Perasan tak Ramadan tahun ni rasa macam sekejap sangat? Rasa mixed feelings pulak nak tinggalkan bulan ni sebab rasa amalan macam sikit je yang mampu buat, Sedih kan..

Apapun, gunakanlah masa yang masih berbaki ni dengan baik. Jangan skip terawih tau dah malam2 terakhir ni!

 Walaupun macam takde kena-mengena tapi nak cerita jugaklah. Kalau puasa tahun-tahun lepas, kitorang selalu sahur makan nasi, berbuka mesti nak benda lain selain dari nasi. Tapi kalini selalu berbuka makan nasi. Sebelum ni memang tak boleh kot ._. 

Korang kalau berbuka memang wajib tak makan nasi? hehe

Image result for ramadan 2017

 Nak balik kampung Jumaat ni tapi rasa macam takde feel je. Semua baju tak kemas lagi, baju nak bawak balik kampung pun ada yang belum sempat dibasuh lantaran kerana kesibukan bekerja(LOL). Pastu balik kampung pun rasa macam sekejap je, raya ketiga dah kena balik Selangor dah, huhu.

Padahal haritu punyalah semangat beli baju raya awaii. Ni balasan sebab melebihkan raya daripada bulan puasa agaknya, habis semua mood raya kau ditarik #insaf

Image result for packing stresses me out

 Ramadan tahun ni banyak sangat berita sedih contohnya berita kematian arwah Zulfarhan. Setiap kali baca news pasal arwah memang menangis kot. Ya Allah sedihnya bila memikirkan arwah yang didera sampai melecur tahap 3, parents dia lagi.. Harap sangat pelaku dapat hukuman yang setimpal!

Rest well Zulfarhan, charming sungguh senyuman arwah..

Image result for zulfarhan osman

Tahun ni jugak otak manusia banyak yang semakin rosak dengan pembawakan liberal. Suka suka hati je nak buat fahaman sendiri dan ubah hukum yang dah ditetapkan oleh agama. Moga kita terjauh dari pikiran durjana macamni.

 Baru ni, adik aku dapat tawaran diploma ke UiTM Kedah. Sebagai kakak yang baik, haruslah saya gembira. Tapi sedih sikit sebab takde kawan kat rumah. Nak nak pulak dia dapat kat tempat yang jauh, memang susahlah nak balik. Nanti time aku dah masuk sem baru rasa kesian pulak kat mak abah sebab duduk berdua je.. T__T

Buat masa sekarang ni tinggal aku sorang jelah kat rumah. Kakak lagi 2 orang tu menyewa rumah lain, abang lak kat kolej dia. Nasib baiklah kitorang 4 orang ni duduk dekat je so bolehlah balik tiap minggu. Begini rasanya bila semua dah makin membesar....

 
Kampus dia not bad, lawa jugak. Perabot kat bilik pun okay je takde rosak

Itu saje kot entry ketandusan idea harini. Publish entry ni pun sekadar nak membuktikan pada korang yang aku belum bersara lagi dari dunia blogging ni. Untuk sesiapa yang nak balik kampung nanti, hati-hati di jalan raya dan selamat menyambut hari raya aidilfitri! #TeamRayaPerak


18 comments:

  1. -Sy bukak puasa ok je klau x de nasi sbb air tu yg paling penting XD. Dahaga sgt.

    -Takut la baca news skrg. Moga kita dijauhkan dri prkara2 buruk.

    -Tahniah ya utk adik mazni.berusahalah.

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha puasa tahun ok sikitlah,boleh tahan dahaga. tpi lapar tu selalu sangat .-.

      betul tu, kawan baik pun boleh bunuh kawan sendiri hmm

      Thankyou!

      Delete
  2. saya buka puasa mesti cari mcm2 jenis mee mcm bihun goreng,kueh tiaw goreng etc. sepanjang puasa ni baru satu kali je mkn nasi time berbuka hahaha

    semangat raya saya pun dah hilang dah ni hah tak ada mood rasanya

    congrats untuk adik mazni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow makan nasi sekali je time berbuka? saya ni tak tentu menunya haha

      kann, rasa malas je nak raya #terukperangai

      thankyouuu

      Delete
  3. sedih baca pasal zulfarhan tu. Kejamnya manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam sangat..padahal kawan 1 squad

      Delete
  4. wahhh wahhh, orang perak rupanya. saya dulu study dekt uitm seri iskandar. hewhewhew. hati2 balik kampung. yoshh ganbare!

    ReplyDelete
    Replies
    1. parents je org perak hehe. uitm sri iskandar dekat jugak dgn kampung saya :D

      Delete
  5. BV pun belum datang lagi mood nak beraya,
    sedih baca pasal zulfarhan tu, kejamnya manusia T^T
    congrats utk adikkkk mazni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. padahal ada lagi beberapa hari je nak raya ni, huhu
      saya slalu ikuti perkembangan kes arwah ni.. harap dpt pembelaan
      thankyouuu ^^

      Delete
  6. ramadan tahun ni kalau tengok berita rasa macam... ya Allah dunia ni nak kiamat sangat2 dah... makin ramai jauh dari tuhan takut pulak allahu... tu belum lagi bukak twitter tengok orang islam bergaduh sesama sendiri... moga kita insaf T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kan tengok dunia sekarang, jenayah sana sini.. yes twitter sekarang jadi makin teruk, banyak yg tweet mcm dah takde akidah. suka lagi twitter masa dulu2 :(

      Delete
  7. Selamat balik kg jumaat ni. Semoga selamat pergi dan balik. Bestnya dpt blk kg. Kak Ana 2-2 rumah parents dekat KL je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri kak ana! raya kat KL mesti sunyi nanti :D

      Delete
  8. Harap yg bersalah tu dapat habuan masing2 nanti.

    Selamat hai raya dan jangan lupa main meriam buluh malam raya.

    ReplyDelete
  9. kan, I pun rasa mcm singkat sgt Ramadan tahun ni. hm. mmg byk yg menyedihkan TT__TT

    ReplyDelete
  10. Masih ketandusan idea ke?

    ReplyDelete
  11. Siqah kalau berbuka puasa, awal2 Ramadhan wajib makan nasi. Bila dah lama, tak kisah pun. Tapi bersahur wajib dengan nasi. Kalau tak nanti, tak tahan rasa. Hehe.

    Begitulah kalau adik beradik dah besar kan. Berpisah sebab belajar kerja. Sesekali jumpa meriah je rasa nanti. Tambah lagi bila raya =)

    Bestnya Kedah! Ada sawah padi. Hehe.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~