11 Mar 2016

Trip WA : Pink Lake, Port Gregory


Assalamualaikum

Salah satu benda yang paling aku teringin nak tengok dalam bumi ni, Pink Lake. Dulu masa first google pasal pink lake ni, ternganga jugak sebab tak sangka ada tasik pelik yang warna pink macam ni. Dahla warna macam ayaq dutch lady strawberry pulak tu, nampak sedap :p

Sebelum ni selalu berangan "bilalah agaknya aku nak pi tengok pink lake ni kan", "boleh ke aku tengok pink lake ni depan mata", rasa macam mustahil sangat je village people ni nak jumpa pink lake tu, haha. Akhirnya tercapai jugak hajat nak tengok pink lake ni, Alhamdulillah!

Disebabkan aku tau yang harini nak pegi pink lake, so aku pun pakailah tudung dengan baju pink! :p Ini bukan kebetulan, ianya memang telah dirancang.

Kalau ada yang bertanya kenapa warna dia jadi pink, memang asal warnanya semulajadi begitu. Aku ingatkan ada anasir jahat yang pegi tuang bahan-bahan kimia ke, air strawberry ke dalam lake tu. Warna dia jadi gitu sebab bakteria yang hidup dalam tasik ni. Meh baca sikit,

No-one fully knows why the lake is pink. Scientists speculate that the colour comes from a dye created by bacteria that lives in the salt crusts.

Selain pink lake, ada jugak blue lake dan green lake. Ni bukan kaler blue yang biasa kita tengok kat tasik lain tu, ni warna cobalt blue. Yang warna hijau tu lebih kurang macam warna green tea. Memang pelik :D

Aku taktau musim angin monsun barat daya apa yg datang menyerang tapi angin kat sini kuat betul sampai jarum peniti kat tudung aku boleh tercabut -__- Tudung pun dah bersepah macam apa dah waktu tu. Nasib baik takde orang lain selain kereta kitorang je. Untuk hijabis yang nak datang sini, mohon pin tudung kat bahagian belakang okayy kalau taknak tudung kau tercabut, haha. 

Walaupun musim summer, tak terasa sangat pun panasnya sebab cuaca berangin je. Tapi keterikan matahari tu masih terasalah kat mukaa. Eyy rasa panas kott kat muka ni. Maka dari situlah aku dapat sunburn pertama kat Australia T___T Baru masuk 2nd day kott, dah kena sunburn..

Ada beza tau pink lake ni, meh tengok.

Perbezaan antara 3 gambar kat atas ni adalah dari segi warna. Yang satu tu pink dia memang macam tak nampak langsung pun sebab dah separuh kering, kitorang panggil aje nama dia white lake. Gambar second, warna macam pink guava dan warna pink last sekali tu yang paling aku suka, pastel pink! Itulah warna dutch lady strawberry!

Ahh dia ni, daripada tadi tak habis2 dengan warna dutch lady strawberry dia tu, lol!
white lake - pink lake - pink girl(aku) - white man(uncle saf). lol

Kalau korang perasan ada macam buih-buih putih kat tepi lake tu, itulah dia punya garam. Bau lake ni quite smelly. Harap je kaler pink tapi busuk, hahaha. Ingatkan bau busuk tu bau chemical atau bau arak, sebab ada botol arak kat situ...

Rupanya buih2 a.k.a garam tulah yang buat lake tu berbau begitu.
acah photographer sikitt


thanks for reading! see you next entry :)

46 comments:

  1. uihhh..cantik kan..tengok dalam gambar je lah...

    ReplyDelete
  2. lawanyaaaaaAAaaa pink lake ;_;

    ReplyDelete
  3. baru je lecturer explain pasal pink lake haritu. tetiba tringat kat mazni :3

    ReplyDelete
  4. omg seronoknya!! it was actually my plan trip untuk tahun ni. nak buat WA trip. tp plan tukar pulak hiks

    ReplyDelete
  5. wahhhh cantiknya !! mampu tgk awak update je lah huhuhu :3

    ReplyDelete
  6. ya allah cantik gilaaaaaaaaaaa. bila lah agaknya sy nak pergi experience sendiri benda mcm ni T_T

    ReplyDelete
  7. wah..jeles.pink lake ni ada time summer je kan?hari tu gi melbourne time spring mmg x pink pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? x surelah pulak.. alaa sayangnya x dapat tengok pink lake kt melbourne.. nnti datanglah tengok kt perth pula

      Delete
    2. jangan dikenang Kak Sal ahahha..

      Delete
    3. ada rezeki try cari pink lake musim summer pulak ye, hehe

      Delete
  8. Gambar cantik memang cantik ni Mazni tapi kan akak rasa macam kosong je..apa yang kosong pun tak tahu..pink2 dan tanah kering tu rasa macam ala2 marikh pun ada..kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah mmng kosong pun sbb tempatnya luas. nak nak langit pulak biru je takde awan. biru pink je dia punya background :p

      Delete
  9. Pic last tu cantik tp napelah tutup muka tu ..haihh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nk tayang handsock dgn jam pinklaa. haha jk jk, silau sebenarnya. kalau amek gambar pun end up dgn mata tertutup jugak so baik tutup muka terus :p

      Delete
  10. lawanyaaaaaaaa ditambah pula dgn pakai warna pink mmg match sgt!!! smua pink sgt lawooo okay uuu jeles T_T

    ReplyDelete
  11. Subhanallah!!! Woahhhh. Super excited tgk pink lake yang lawa nii. Dan modelnya yg berbaju pink. Ehhh? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah rancang nak pakai baju pink haritu sebab kite tau nak singgah pink lake. eheh motif sangat

      Delete
  12. Masa jejak kaki di WA x pernah terfikir nak ke pink lake ni... Apakah perlu direpeat? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya perlu kot! hahaha :p

      Delete
  13. ada orang mandi-manda tak kat tasik ni? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde, sbb bau dia busuk kot? :p

      Delete
    2. hahahaha, kelakar pulak bila baca reply tu

      Delete
  14. cantiknya tasik macam2 warna. paling2 yang warna pink tu. :D
    mazni pun pakai pink, matching lak ngan tasik pink. comel :3

    ReplyDelete
  15. Salam Cik,

    Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
    laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
    Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

    Terima Kasih.

    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Tasik pink? Baru tahu ada wujud. Hehehe

    ReplyDelete
  17. Baru tahu ada tasik pink, terasa sungguh kerdil.. Thanks sudi share keindahan ciptaan Allah ni.. Btl mcm air susu dutch lady.. :-)

    ReplyDelete
  18. Subhanallah, cantiknya pemandangan laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. tpi ni tasik sebenarnya, bukan laut awak. hehe :)

      Delete
  19. Subhanaallah.. cantik nya view =) Rasa damai je. Hehe salam perkenalan dear.

    ReplyDelete
  20. cantik! tapi cam takut nak masuk haha sebab warna camtu

    ReplyDelete
  21. so cantiklah, luv pink colour ~

    ReplyDelete
  22. subhanallah betul hihi.
    alaaa tp syg bussuk sikit ek hihihihi harap cantik jekan. takpe asal gmbr lawo and the memoriesss wiwiwiwi <3

    ReplyDelete
  23. eh eh ..rugi x ke sini ulu..Tasik Pink tu..ohhhh cantik

    ReplyDelete
  24. MAzni..emailkan sis JM alamat bloeh..nk pos small gift for u..sbg penghargaan support my blog..email ke jarimanis4ever@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou kak JM! nnti saya email!

      Delete
  25. Ya Allah, bertuahnya dapat tengok sendiri depan mata. Laluan kat pink lake tu tombolo ke, Mazni? Ada hubung dengan pulau ke laluan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x surelah conenect sampai hujung ke tak, huhu.. ebab pink lake ni luas sangat

      Delete
  26. Subhanallah! Tak tahu akan kewujudan pink lake. Indahnya ciptaan Allah. Terima kasih share benda ni :)

    ReplyDelete
  27. Salam sis. Boleh sy tau exact location pink lake ni dekat mana ya? Sy ada cari tp jauh dr perth

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Pink lake ni dkt port gregory :) ya mmng jauh dari perth, dlm 8 jam perjalanan rasanya. Its near to kalbarri

      Delete
  28. salam, boleh sy tahu ada apa2 papan tanda tak kalau nk ke pink lake ni? awk punya view cantik boleh diri tghw tu, sbb kebanyakan blog lain tk dpt tempat cantik mcm ni, tlong sy ye ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, ada tulis papan tanda seingat saya. pink lake port gregory dan jalan nk masuk kt pink lake ni sempit je, kena pandai redah

      btw boleh tengok kat sini https://www.australiascoralcoast.com/business/tours/hutt-lagoon-pink-lake-tours hehe!

      Delete

Nak komen apa? silakan~