26 Feb 2016

Trip WA : Night at Perth & guest house


Assalamualaikum

5/2/2016 (Friday) DAY 1

Lepas seminggu balik dari kem, minggu depannya terus bertolak pegi Perth. Rindu kat kem pun tak hilang lagi tau dak, hahaha.

Alkisahnya, sebelum nak pergi Perth ni memang banyak rintangan yang berlaku. Sampai aku dengan kakak rasa macam dah taknak pegi pulak trip ni. Tapi Alhamdulillah everything went well. Semua benda yang kitorang rancang akhirnya tercapai jugak. Oh lupa, partner trip kali ni cuma aku dengan kakngah berdua je. Ni pengalamanlah merasa travel 2 orang. Sebelum ni selalu travel satu family terus.

Masa bulan 8 last year, actually family aku pegi perth jugak. Sepatutnya kitorang berdua ikut sekali, tapi tiket terpaksa biar je camtu sebab aku ni dahla baru masuk universiti, takkan nak ponteng kelas sampai seminggu pulak kan. Si kakngah ni pulak ada FYP, Memang idoklah dia nak pegi melancong. Maka disitulah bagaimana cara kami kena tinggal. End.

So, kitorang pun tukarlah tarikh flight masa CNY. Sebab time tu jelah yang dua ketul beradik ni tengah cuti. Tapi nak tukar tarikh tu kena bayar lagi RM400++ laa. Airasia bukan macam MAS boleh tukar tarikh ikut suka-suka. Ini pun kira nasib baik boleh tukar, sepatutnya tak boleh tau.
              
makanan time pegi, chicken teriyaki. Balik kimchi chicken. Dua2 sedap! *thumbs up*
Flight dalam 5 hours gakla. Patutnya flight pukul 8, tapi kena delayed pukul 10 sebab ada orang sakit. Sampai sana pukul 4.11 pm, sama je waktu dengan Malaysia. Suhu masa tu 37 celcius. Kitorang datang time summer okay, so tahap kepanasan dia tu sampai kau tak nampak awan langsung like seriouslyyy. Memang takde awan. Aku dari atas flight tu dah macam, "waduh malas gilaaaaa, panasnyaaaaaa". Tah kenapa masuk je bumi Australia tu memang macam tak eksited pun. Jauh beza perasaan dia dengan masa pegi Korea 3 tahun lepas :') Faktor cuaca barangkali..

sunny hott
Sampai2 je terus tuan rumah datang jemput kitorang. Hj.Yon dengan aunty Ilah. Kitorang stay kat rumah ni 6 hari. Sangattt selesa. Dah nama pun rumah, so apa benda yang ada kat rumah korang, kat guest house ni semua adaaa. Memang macam rumah sendirila. Dapur, pinggan mangkuk periuk, mesin basuh baju, semua ada! Buat berat luggage je kitorang bawak traveller cooker dengan iron TvT Towel pun dah disediakan.

Sepanjang duduk sana, kitorang rajinla membasuh sebab time summer baju cepat kering! Sidai pakaian warna hitam, 2-3 minit dah kering. yang seluar jeans 10 minit gitu kering dah. Nak masak telur kat luar rumah pun boleh sangat dah ni~ Jimat gas.
  
excuse my face.. ni muka time nak balik. dah hitam terbakar
Rumah ni ada ruang tamu, ruang makan, dapur, 3 bilik tidur, bilik mandi, tandas, mesin basuh

Ada meow jugak tapi ni kucing jiran sebelah yg selalu lepak sini.
berlagak betul Putih ni T__T
ni baik sikit
Kalau nak dibandingkan dengan hotel, rasanya duduk rumah ni lagi best kot. Tuan rumah pun sangatlah baikk. Sebab kitorang ni 2 beradik je yg pegi, dia anggap kitorang ni macam anak dah. Terutama aunty Ilah. Belanja itulah, belanja inilah.. Rindu sangat nak dengar aunty Ilah panggil saya adik, panggil kakngah kakak.. Kadang2 panggil kitorang sayang.. T__T

So for malaysian, kalau nak sewa kat sini sangatlah boleh. Area rumah ni kat Marangaroo, jarak nak pegi ke Perth City tak sampai 20 minit pun.

Ini emel hj. Yon, sebarang pertanyaan boleh tanya beliau :)
hj_yon@hotmail.com


So 1st day tu tak buat apa2 pun lepas sampai. Cuma malam tu kitorang keluar pegi city centre sebab nak beli sim kad. Terlupa beli kat airport tadi. Mostly kedai banyak yang dah nak tutup. Sebab kat sana kedai memang tutup awal. Pukul 5/6 dah tutup. Even pasaraya pun. Kalau hari Jumaat je dia buka lama sikit sampai pukul 9. Tapi sim card tu kitorang dapatlah cari sebab kedainya tutup pukul 9, yay.


              

Time berjalan malam2 kat city ni memang sejuk weh. Ingatkan kalau musim summer dari pagi sampai ke malam bahang, tapi malam dia sejuk macam kat London, hahaha. Actually ada nama street kat setiap kawasan city ni, tapi aku ingat 1 street je, Hay Street. Pasai nama dia senang nak ingat. 


Ini adalah view Perth City dari South Perth. Malam2 tengok memang cantik sebab lampu warna-warni. Cuma time kitorang datang ni dah lewat sangat nak dekat2 pukul 10, Banyak lampu yang dah kena tutup. Time yang paling cantik tengok city ni waktu malam dalam pukul 7 hingga 8 gitu.

Office hour diorang habis pukul 3-4. Bila semua pekerja dah balik, malam tu cleaner pun start cuci satu bangunan pejabat. So, semua lampu kat setiap floor diorang bukak, Bila kita tengok dari jauh nampak cantik sangat. Ada gambarnya, tapi itu entry last day nanti eh, hahaha.

Itu je untuk 1st day dekat Perth. Nantikan entry seterusnya kat location yang paling penuh dengan nature things! Sampai sekarang takleh move on lagi dengan tempat tu. See ya!

Thanks for reading!

*Waktu siang lebih panjang. 5.30 dah sunrise, azan subuh pukul 4.30. Pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8.
* Apa yg aku suka pasal summer ni, baju cepat kering, lighting nak amek gamba terbaek! :p

51 comments:

  1. seronoknyaaaa~ i wish satu hari dpt jejak kaki dkt sana. susah tak nak cari makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah sangat pun. banyak je kedai halal. kalau nk masak sendiri pun ada kedai daging, fish market yg halal kat perth ni :)

      Delete
  2. best lah mazni dpt pergi. tengok gambar dalam blog ni pun takpe. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat, hehe :D

      Delete
    2. fewitt. boleh tahan guesthouse dia. letak gambar banyak2 utk cuci mata

      Delete
    3. hahaha okay :p next entry

      Delete
  3. best nyer melancng dikk.. akak ntah bila nk jejak kaki kat ausie ni pon xtauu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun 1st time saya pegi Oz. InsyaAllah ada rezeki nanti kak dapat pegi Oz :)

      Delete
  4. wahhhh bestnyaaa :D
    menanti entry seterusnya dah nie. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sabar2, masih dlm draft :p

      Delete
  5. bestnyaaa. gambar pun cantik2. tak sabar nak baca next entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa bersemangat pula baca komen2 camni. hehe tunggu ye!

      Delete
  6. Mazni mazni mazni qila ada crush dkt sydney!!!! Errrrr nnt jom gi lagi sekali nk tak ke oz? Hihihi. Anyway im so so so so damn happy that u finally updated ur blog okay!! Pls la sambungan ugh. Full details pls. Loving it ok sumpah. Hihi best best! Nnt qila nk ajak kakak qila la hehe hj_yon@gmail haha dah terhafal gituw

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sapetu qilaaa? :P cepat je dh ade crush dgn mat salleh eh, hahaha. Melbourne jom qila, kite dh jatuh cinta dgn oz! T__T haha sorry lately jarang update blog, sbb sebelum ni xde cerita sgt pun nak share kat sini! tp style saya ni jenis yg suka update entry seminggu sekali :p
      pegi perth dgn kakak, sewa rumah kt situ k, hahhahaa

      Delete
  7. Pergi berdua je? Ingatkan pergi satu family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes kena tinggal ni, tu pasal pergi berdua je hahaha

      Delete
  8. KENAPA RAMAI SANGAT ORANG MELANCONG NI??????????? HUWAAAAAAAAAA NAK IKOTTTTTT
    uwaaaaaa dah lama teringin nak melancong tapi tak berani kalau takde parents XD kali terakhir melancong gi indon je haritu hahaha. tak sabar nak tunggu update pasal tasik pink tu hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, rasa tak yakin gak pegi berdua dgn kakak. tpi nasib baik kitorg amek tour guide. tasik pink tu selang lagi 2 entry, hehehe :p

      Delete
  9. waaa seronoknyaaaa pergiiiii perth! xD

    ReplyDelete
  10. Uiii, dah lama tak datang sini. Datang2 dah ke perth dah awak! Jelesss. Hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sorry jarang update blog sebelum ni. alhamdulillah, merasa gak pegi ostolia :D

      Delete
  11. Perth eh...mmg sana kalau panas, malampau gila degree diaa..hahahaha...seronok berjalan berdua?

    ReplyDelete
  12. Memang sangat. Tu yg kena sunburn teruk tu T__T hehe seronok!

    ReplyDelete
  13. Seronok betul mazni !! >< jeles jeles

    ReplyDelete
  14. Gambar yang paling captured perhatian akak, gambar langit. Siang dan malam cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time summer mmng langit lawa2 sangat :D

      Delete
    2. Lapang hati tengok langit cantik macam tu :)

      Delete
  15. Patutlah gambar lawa lawa dekat ig, ke Perth rupanyaaa. Bestnyaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe lawa time pegi perth haritu jela :p skrng x dah, haha

      Delete
  16. untunglah dia.. untunglaa hahaha tapi seyes best kalau dah dapat stay kat rumah rather than you duduk hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel mostly bnyk yg mahal pastu xleh masak dlm bilik lak tu. Klu duduk rumah nk masak, membasuh, semua boleh

      Delete
  17. Nampak tenang je suasana dekat sana

    ReplyDelete
  18. Cantiknya view memalam kat Perth tu yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. view dri bandar mmng lawa dgn lampu warna-warni

      Delete
  19. ehehe hai.. akak datang korek entry nak cedok tips =P
    simpan da emel haji yon.. kotla berminat lepas ni.

    ReplyDelete
  20. email da pakcik tu.. rasanya @hotmail.com kot sbb akak hntr kat gmail dia kata email tu xdak.. plus pakcik ni x balas2 lagi.. kena cari bekap lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah hotmail, sorry sangat tersilap bagi! klau dia reply lambat, boleh cuba email isteri uncle, jamilahyon@gmail.com :) kalau aunty ilah lambat reply email akak ke apa, nnti saya boleh ws dia

      Delete
  21. Saya pon pernah duduk kat situ sewa :D sgt selesa!

    ReplyDelete
  22. Saya pon pernah tinggal di rumah 2. best sgt. selesa. :D kteorg masak tomyam. senang je nk dpt bahan makan kat sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh tak sangka jumpa jugak org yg kenal hj yon ni! :D kann best kann! selalu beli barang halal kat mirrabooka kan? hihi

      Delete
  23. Salam. Blh bg contact ws hj yon? Going to perth this mac 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini number hj yon - (+61419409067)

      Delete
  24. Assalam... berapa ye rate utk semalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, dalam 80 AUD gitu :)

      Delete
  25. Salam Mazni, akak nak tanya sewa homestay hj yon ni bape rate nye ye?
    if kite nk sewa 2 bilik pun consider sewa whole house ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, dalam 80 AUD per night. haah, dikira whole house juga :)

      Delete

Nak komen apa? silakan~